RodaRoda
☰
Isu Terkini

Oktober 2024

Model Baru / 26 Mei 2024

Mforce Lancarkan Skuter Elektrik Terbaru, YADEA G150 P

Mforce Bike Holdings telah memperkenalkan satu lagi skuter elektrik jenama YADEA ke dalam pasaran tempatan iaitu G150 P. Model ini bakal berada di Malaysia pada bulan Ogos nanti dan harga asasnya ialah RM 6,999.

Skuter elektrik rekaan syarikat terkemuka di dunia iaitu KISKA pernah memenangi Anugerah Rekabentuk Red Dot 2020.

Majlis pelancaran ini telah disempurnakan oleh Menter Besar Selangor, Datuk Seri Amiruddin Shari dan ditemani Ketua Pegawai Operasi Mforce Bike Holdings Sdn Bhd, En. Asri Ahmad serta Ketua Pegawai Eksekutif MARii, En. Azrul Reza Aziz.

YADEA G150 P dilengkapi pek bateri 72V 38Ah Graphene serta digerakkan oleh motor elektrik berkuasa 2000W yang menghasilkan tork sekitar 145Nm. Model ini mempunyai dua mod tunggangan iaitu Mod 1 untuk kelajuan sehingga 50km/j dan Mod 2 sehingga 60km/j.

Untuk pemgecasan penuh mengambil masa dari 5 sehingga 6 jam dan jarak perjalanan boleh pergi sehingga 100 kilometer. Antara ciri-ciri lain yang ditawarkan pada skuter elektrik ini adalah lampu-lampu LED, paparan meter LED 5 inci, fork teleskopik, penyerap hentak berkembar dan brek-brek jenis cakera.

YADEA G150 P didatangkan dalam tiga pilihan warna seperti Hitam/Oren, Biru dan Kelabu. Menurut pihak YADEA Malaysia, skuter elektrik ini berpontesi menerima inisiatif rebat sebanyak RM2,400 di bawah Skim Galakkan Pengguna Motosikal Elektrik (MARiiCas)

Jika model ini layak dalam program tersebut, harga asas selepas menerima rebat akan menjadi RM4,599 untuk pemoohon yang layak. RR

Isu Pada

Julai 2024

Popular

  • Yamaha Kali Ini Lebih Agresif Dengan RW700

  • Model Baru

    KTM 790 Duke 2027 Tampil Dengan Beberapa Pembaharuan

  • Model Baru

    Honda CRF1150L Africa Twin Enduro Sports Diperkenalkan

  • Warta Roda

    Yamaha BLU Universe Pertama Dibuka di Serdang

  • Model Baru

    APRILIA RS 457 GP Replica Dilancarkan. Harga RM35,900

Artikel berkaitan

KTM 790 Duke 2027 Tampil Dengan Beberapa Pembaharuan

Honda CRF1150L Africa Twin Enduro Sports Diperkenalkan

APRILIA RS 457 GP Replica Dilancarkan. Harga RM35,900

CFMOTO 500SR Dilancarkan - RM29,988

Yamaha YZF-R9 Tiba di Malaysia - RM68,000

Model Kembara Mewah, Brixton K750GT Bakal Masuk ke Pasaran Negara

KTM 1390 Super Adventure Tampil Dengan Tiga Varian untuk Pasaran Negara - Bermula RM144,000

KTM 990 RC R - Diinspirasikan Jentera Lumba KTM di MotoGP

Disyorkan untuk anda
Warta Roda

Honda ADV160 RoadSync Kini Dengan Warna Perlumbaan Trico

Boon Siew Honda Sdn. Bhd. memperkenalkan Honda ADV160 Trico Edition dengan Honda RoadSync, yang menampilkan corak warna merah, putih dan biru yang telah membawa semangat perlumbaan Honda sejak sekian lama.

Warta Roda

Yamaha BLU Universe Pertama Dibuka di Serdang

Yamaha Blu Universe pertama di Malaysia

Model Baru

Aveta Falcon 180 Diperkenalkan - RM9,798

Aveta Malaysia secara rasminya memperkenalkan Falcon 180 untuk pasaran negara.

Warta Roda

Pusat Servis & Pejabat Urusan Mforce KL Berpindah Ke Lokasi Baru!

Mforce Bike Holdings Sdn. Bhd. mengumumkan perpindahan Pusat Servis dan Pejabat Urusan Mforce cawangan Kuala Lumpur ke premis baharu yang lebih luas dan lengkap di Jalan Segambut Tengah. Langkah ini merupakan komitmen berterusan syarikat dalam memperkasakan perkhidmatan selepas jualan seiring dengan peningkatan jumlah pemilik motosikal-motosikal Mforce di Malaysia.