RodaRoda
☰
Isu Terkini

Oktober 2024

Model Baru / 14 Oktober 2024

Yamaha MT-09 2024 Di Pasaran Negara! Harga Asas RM57,998

Bagi para peminat jentera jalanan di Malaysia, penantian anda telah berakhir! Hong Leong Yamaha Motor (HLYM) baru sahaja melancarkan MT-09 2024 serba baru yang menawarkan bukan sahaja rupabentuk yang mantap tetapi juga spesifikasi enjin yang cukup cemerlang.

Para pegawai tettinggi HLYM & VVIP melancarkan model terbaru Yamaha MT-09.
Para pegawai tettinggi HLYM & VVIP melancarkan model terbaru Yamaha MT-09.

Majlis pengenalan model ini telah diadakan di Litar Antarabangsa Sepang (SIC) semalam dan disempurnakan oleh Pengurus Besar Penjenamaan HLYM - En. Tim Hoo, Pengarah HLYM - En. Taketoshi Takabayashi, Pengurus Besar 3S HLYM - En. Teo Ming Wei dan para VVIP yang lain.

Yamaha MT-09 baru ini disempurnakan dengan enjin 890cc Crossplane CP3 tiga silinder dengan sistem penyejuk cecair. Enjin baru ini mampu menghasilkan kuasa maksimum 87.5kW (119hp) pada 10,000rpm dan tork 93.0Nm pada 7,000rpm.

Rupabentuk hadapannya hadir dengan bentuk lebih garang menerusi lampu projektor Dwi-fungsi jenis LED yang telah dipertingkatkan. Menurut pihak HLYM, suluhan lampu ini memang cukup terang dan tajam. Lampu DRL (Daytime Running Light) menampilkan rekaan yang lebih nipis, kemas dan terang. 

Yamaha MT-09 2024 dilengkapkan dengan panel meter TFT bersaiz  5 inci dengan mempunyai lima jenis paparan menarik. Ia juga memberi maklumat kepada telefon pintar menerusi sambungan Bluetooth dan aplikasi Y-Connect untuk fungsi notifikasi, muzik, panggilan dan navigasi. Terdapat juga soket pegecas USB Type-C yang diletakkan di bahagian bawah pelana.

Terdapat tiga mod tunggangan iaitu Sport, Street dan Rain. Yamaha juga turut menambah dua lagi mod kustom yang boleh ditetapkan melalui aplikasi Yamaha MyRide atau menggunakan switchgear baru di sebelah kiri penunggang. Sama sepeti MT-09 generasi sebelumnya, model 2024 ini dilengkapi dengan sistem elektronik moden seperti Traction Control (TCS), Slide Control (SCS), Front Wheel Lift Control (LIF) dan Brake Control (BC) yang menjadikan tunggangan bukan sahaja menyeronokkan tetapi juga lebih selamat.

Antara ciri-ciri menarik yang lain seperti sistem QuickShifter generasi ketiga, klac Assit & Slipper, Cruise Control, Emerngency Stop Signal (ESS), fork hadapan USD 41 mm, penyerap hentak tunggal boleh laras di belakang, brek cakera berkembar 298mm (depan) / 245mm (belakang) dan berat 193kg.

Para media kemudiannya diberi peluang untuk menunggang uji model ini di SIC untuk beberapa lap. Kami di RR sempat menikmati kemantapan jentera 'naked' ini untuk 4 lap sahaja dan ini adalah beberapa komen ringkas yang dapat dikongsikan buat masa ini.

Posisi menunggang memang selesa dan relaks tetapi apabila tiba masa untuk memecut di litar, MT-09 ini bertukar menjadi mesin yang cukup garang. Tangkinya yang direka semula dirasakan lebih ramping, memudahkan penunggang mengepit untuk lebih stabil. Sistem QuickShifter memang cukup lancar, proses turun/naik kedudukan memberikan nikmat ketika memecut keluar daripada selekoh. Untuk keselesaan dan pengendalian yang cemerlang, bar hendalnya boleh dilaraskan.

Sistem brek brek cakera berkembar (298mm depan & 245mm belakang) MT-09 ini juga sangat memuaskan hati. Kami hanya gunakan dua jari sahaja untuk memperlahankan kelajuan dengan pantas – cemerlang ketika di laluan lurus sebelum Selekoh 1, Selekoh 9 dan Selekoh 15. Casisnya yang tegar membolehkan kita memiringkan MT-09 ini dengan pantas dan meyakinkan.

MT-09 baru ini ditawarkan pada harga RM57,998 didatangkan dalam 2 warna menarik iaitu Midnight Cyan dan Tech Black manakala harga asasnya ialah RM57,998 (tidak termasuk pendaftaran dan insurans). RR

Popular

  • Yamaha Kali Ini Lebih Agresif Dengan RW700

  • Model Baru

    KTM 790 Duke 2027 Tampil Dengan Beberapa Pembaharuan

  • Model Baru

    Honda CRF1150L Africa Twin Enduro Sports Diperkenalkan

  • Warta Roda

    Yamaha BLU Universe Pertama Dibuka di Serdang

  • Model Baru

    APRILIA RS 457 GP Replica Dilancarkan. Harga RM35,900

Artikel berkaitan

KTM 790 Duke 2027 Tampil Dengan Beberapa Pembaharuan

Honda CRF1150L Africa Twin Enduro Sports Diperkenalkan

APRILIA RS 457 GP Replica Dilancarkan. Harga RM35,900

CFMOTO 500SR Dilancarkan - RM29,988

Yamaha YZF-R9 Tiba di Malaysia - RM68,000

Model Kembara Mewah, Brixton K750GT Bakal Masuk ke Pasaran Negara

KTM 1390 Super Adventure Tampil Dengan Tiga Varian untuk Pasaran Negara - Bermula RM144,000

KTM 990 RC R - Diinspirasikan Jentera Lumba KTM di MotoGP

Disyorkan untuk anda
Model Baru

KTM 1390 Super Adventure Tampil Dengan Tiga Varian untuk Pasaran Negara - Bermula RM144,000

KTM Malaysia secara rasmi memperkenalkan model adventure yang menawarkan tiga varian iaitu 1390 Super Adventure R, S dan S EVO.

Warta Roda

Yamaha BLU NEXUS: Pengalaman Premium Dunia Yamaha

Hong Leong Yamaha Motor (HLYM) terus memperkukuhkan kedudukannya dalam industri motosikal Malaysia menerusi pengenalan Yamaha BLU Nexus, sebuah pusat pameran utama (flagship showroom) yang terletak di Kompleks Hong Leong Yamaha, Sungai Buloh, Selangor.

Model Baru

Aveta Falcon 180 Diperkenalkan - RM9,798

Aveta Malaysia secara rasminya memperkenalkan Falcon 180 untuk pasaran negara.

Model Baru

Global: Honda CBR500R FOUR Serba Baru Diperkenalkan

Honda Eropah baru sahaja memperkenalkan model sport baru iaitu CBR500R FOUR yang kini hadir dengan enjin 4 silinder sebaris dan sistem E-Clutch yang sudah pasti menjanjikan kemantapan tunggangan di jalanan biasa, laluan berselekoh mahupun di dalam litar.