RodaRoda
☰
Isu Terkini

Oktober 2024

Model Baru / 30 Oktober 2024

Yamaha Europe Perkenalkan Tracer 9, Tracer 9 GT & Tracer 9 GT+ 2025

Yamaha Motor Europe telah memperkenalkan rangkaian Sport Touring mereka bagi tahun 2025 iaitu Yamaha Tracer 9, Tracer 9 GT dan Tracer 9 GT+ Y-AMT yang menerima pelbagai peningkatan serta ciri-ciri yang lebih menarik.

Tracer 9 GT+
Tracer 9 GT+
Tracer 9 GT
Tracer 9 GT

Ketiga-tiga varian ini didatangkan dengan enjin CP3 tiga silinder yang bersesaran 890cc dengan sistem penyejuk cecair mampu menhasilkan kuasa maksimum 119PS pada 10,000rpm dan tork 93Nm pada 7,000rpm. Selain mencapai standard piawaian Euro5+, teknologi canggih seperti Y-AMT (Yamaha Automatic Manual Transmission) turut dipadankan pada Tracer 9 GT+ secara standard. Namun, transmisi manual masih ditawarkan pada Tracer 9 dan Tracer 9 GT.

Tracer 9
Tracer 9

Teknologi Y-AMT ini membolehkan penunggang melakukan penukaran kedudukan gear dengan menggunakan butang khas yang terdapat pada panel bar hendal di sebelah kiri. Menerusi sistem ini penunggang dapat menunggang Tracer 9 GT+ secara automatik seperti sebuah motosikal skuter atau pun secara manual.

Bahagian hadapan dilengkapi dengan sistem Cornering Headlight bagi kesemua varian Tracer 9 2025. Manakala Tracer 9 GT dan Tracer 9 GT+ disempurnakan bersama teknologi lampu hadapan jenis LED Matrix yang terdiri dengan lampu rendah dan lampu tinggi yang bersambung dengan kamera. Fungsi kamera ini adalah untuk mengesan pancaran cahaya di sekeliling bagi menyelaraskan semula kecerahan dan pancaran cahaya pada jentera secara automatik.

Yamaha turut menyempurnakan model ini dengan pakej elektronik yang dikawal menerusi 6-axis IMU termasuklah lima mod tunggangan seperti Sport, Street Rain dan dua mod kustom, cruise control, suspensi elektronik dan transmisi Y-AMT.

Tracer 9 GT & Tracer 9 GT+
Tracer 9 GT & Tracer 9 GT+

Antara kelengkapan lain seperti:

  • Sistem KYB Actimatic Damper (KADS) - Tracer 9 GT & Tracer 9 GT+
  • Paparan meter TFT 7 inci
  • Sistem Garmin Navigation (Tracer 9 GT & Tracer 9 GT+)
  • Adaptive Cruiser Control (ACC) - Tracer 9 GT+
  • TPMS (sistem pemantauan tekanan tayar)
  • Cermin penghadapang angin boleh laras secara elektronik

Y-AMT pada Tracer 9 GT+.
Y-AMT pada Tracer 9 GT+.

Yamaha Tracer 9 2025 didatangkan dengan dua pilihan warna bagi kesemua varian iaitu Redline dan Midnight Black untuk Tracer 9. Manakala bagi Tracer 9 GT adalah Ceramic Ice dan Tech Black serta varian  Tracer 9 GT+ hadir dengan warna Cobalt Blue dan Icon Performance. RR

Popular

  • Yamaha Kali Ini Lebih Agresif Dengan RW700

  • Model Baru

    KTM 790 Duke 2027 Tampil Dengan Beberapa Pembaharuan

  • Model Baru

    Honda CRF1150L Africa Twin Enduro Sports Diperkenalkan

  • Warta Roda

    Yamaha BLU Universe Pertama Dibuka di Serdang

  • Model Baru

    APRILIA RS 457 GP Replica Dilancarkan. Harga RM35,900

Artikel berkaitan

KTM 790 Duke 2027 Tampil Dengan Beberapa Pembaharuan

Honda CRF1150L Africa Twin Enduro Sports Diperkenalkan

APRILIA RS 457 GP Replica Dilancarkan. Harga RM35,900

CFMOTO 500SR Dilancarkan - RM29,988

Yamaha YZF-R9 Tiba di Malaysia - RM68,000

Model Kembara Mewah, Brixton K750GT Bakal Masuk ke Pasaran Negara

KTM 1390 Super Adventure Tampil Dengan Tiga Varian untuk Pasaran Negara - Bermula RM144,000

KTM 990 RC R - Diinspirasikan Jentera Lumba KTM di MotoGP

Disyorkan untuk anda
Dari Litar

Hakim Danish Gegarkan SIC. Nyaris Podium Di Laman Sendiri

Muhammad Hakim Danish Ramli membuktikan bahawa dirinya mempunyai semangat juang luar biasa apabila menamatkan perlumbaan Moto3 Grand Prix Malaysia 2026 di tempat keempat di Litar Antarabangsa Sepang (SIC).

Warta Roda

Yamaha BLU NEXUS: Pengalaman Premium Dunia Yamaha

Hong Leong Yamaha Motor (HLYM) terus memperkukuhkan kedudukannya dalam industri motosikal Malaysia menerusi pengenalan Yamaha BLU Nexus, sebuah pusat pameran utama (flagship showroom) yang terletak di Kompleks Hong Leong Yamaha, Sungai Buloh, Selangor.

Yamaha Kali Ini Lebih Agresif Dengan RW700

Model Baru

Honda PCX160 Kembali ke Malaysia Selepas 6 Tahun - RM12,998

Honda PCX160 tiba semula ke pasaran negara pada harga RM12,998.