RodaRoda
☰
Isu Terkini

Oktober 2024

Model Baru / 12 November 2024

EICMA 2024: Aprilia Tuono 457 - Jentera Jalanan Ada Aura

Selepas menempa kejayaan dengan model Sport, RS 457, Model ini mewarisi tetapan teknikal RS tetapi dengan estetik yang diilhamkan oleh model Tuono bersesaran tinggi yang cukup popular sebelum ini.

Tuono didatangkan dengan enjin 457cc berkembar selari, sistem penyejuk cecair dengan kuasa maksimum (sama dengan RS 457) iaitu 35 kW atau 47.6hp pada 9400 rpm dan tork 43.5Nm pada 6700 rpm.

Berbanding dengan RS 457, Tuono mempunyai pemacu akhir yang lebih pendek dengan gigi tambahan pada sproket belakang. Kerangkanya direka baru jenis aluminium 'Double Beam' yang bertegaran tinggi tetapi menawarkan kemampuan menjadikan Tuono baru ini bergerak dengan tangkas di pelbagai jenis laluan.

​​​​​​

Fork hadapan bersaiz 41mm yang digabungkan dengan penyerap hentak tunggal di bahagian belakang dengan prabeban boleh laras. Tayar hadapan bersaiz 110/70-17 (hadapan) dan150/60-17 di belakang yang memiliki cengkaman yang mantap

Ketinggian tempat duduk hanya 800 mm, menjadikan  Tuono ini boleh ditunggang oleh semua jenis penunggang. Dengan adanya sistem elektronik tRide By Wire, Aprilia yang dilancarkan di EICMA ini menawarkan tiga Mod Menunggang (Eco, Sport dan Rain, tiga tahap Traction Control dan sistem ABS dari Bosch.

Reka bentuknya serba baharu, dengan elemen aerodinamik paling jelas yang mengingatkan Tuono 1000 R dan V4 1100. Tuono 457 tersedia dalam dua warna (Piranha Red dan Puma Grey) dan boleh disesuaikan dengan pelbagai aksesori, termasuk sistem Quick Shifter (2-hala).

Bila ya agaknya Didi Group nak bawa masuk Tuono 457 ke pasaran negara? RR

Popular

  • Yamaha Kali Ini Lebih Agresif Dengan RW700

  • Model Baru

    KTM 790 Duke 2027 Tampil Dengan Beberapa Pembaharuan

  • Model Baru

    Honda CRF1150L Africa Twin Enduro Sports Diperkenalkan

  • Warta Roda

    Yamaha BLU Universe Pertama Dibuka di Serdang

  • Model Baru

    APRILIA RS 457 GP Replica Dilancarkan. Harga RM35,900

Artikel berkaitan

KTM 790 Duke 2027 Tampil Dengan Beberapa Pembaharuan

Honda CRF1150L Africa Twin Enduro Sports Diperkenalkan

APRILIA RS 457 GP Replica Dilancarkan. Harga RM35,900

CFMOTO 500SR Dilancarkan - RM29,988

Yamaha YZF-R9 Tiba di Malaysia - RM68,000

Model Kembara Mewah, Brixton K750GT Bakal Masuk ke Pasaran Negara

KTM 1390 Super Adventure Tampil Dengan Tiga Varian untuk Pasaran Negara - Bermula RM144,000

KTM 990 RC R - Diinspirasikan Jentera Lumba KTM di MotoGP

Disyorkan untuk anda
Warta Roda

Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026 Lebih Meriah... Lebih Mencabar

Seramai 393 penunggang motosikal dari seluruh negara menyertai Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026 yang berlangsung di Gerik, Perak pada pertengahan September yang lalu.

Warta Roda

Aveta Nova 200 Limited Edition Tiba ke Pasaran Negara - RM8,788

Aveta Malaysia turut memperkenalkan Nova 200 Limited Edition yang menampilkan warna dan kemasan berbeza berbanding varian standard.

Warta Roda

Voge DS800X Rally Sudah Berada di Pengedar Mforce Seluruh Negara

Voge DS800X Rally akhirnya tiba ke pasaran negara.

Warta Roda

Mengapa VOGE SR450X Lewat? Ini Penjelasan VOGE Malaysia

Menurut pihak MForce selaku pengedar rasmi jenama VOGE di Malaysia, kelewatan proses pemasangan model VOGE SR450X di Malaysia adalah disebabkan pihak VOGE telah membuat penambahbaikan ke atas bahagian tangki bahan api.