RodaRoda
☰
Isu Terkini

Oktober 2024

Model Baru / 28 November 2024

Moto Morini X-Cape 700: Lebih Berkuasa, Lebih Anggun

Itali: Moto Morini memperkenalkan model terbaru iaitu X-Cape 700, pengganti kepada model X-Cape 650 yang diperkenalkan ke peringkat global tahun 2021 yang lalu. Sudah tentulah peningkatan utama berkenaan dengan enjin yang kini ditingkatkan kepada 693cc. Kuasa maksimum terkini ialah 71hp, berbanding 59.8hp untuk model 650 sebelum ini.

Model baru ini didatangkan dengan kerangka jenis trellis yang dipadankan dengan lengan ayun aluminium dan fork hadapan 50mm jenis Marzocchi (boleh dilaras sepenuhnya). Penyerap belakang jenis tunggal yang telah pun terbukti 'bekerja' dengan baik. Sistem brek untuk model ini jenis Brembo, yang disempurnakan dengan sistem ABS.

Melihat kepada rekabentuk luarannya, memang tidak begitu banyak perubahan yang dilakukan selain corak liveri baru dan warna yang lebih elegan iaitu Putih, Merah & Hitam. Penggayaan utama datangnya dari sistem pencahayaan jenis LED, soket dwi USB serta port USB-C, pelindung tangan, tongkat tengah dan skrin TFT 7 inci yang lengkap dengan sistem navigasi bersepadu.

Cermin pengadang angin telah direka semula dengan sistem pelarasan yang lebih efisien. X-Cape 700 dilengkapkan dengan tayar bersaiz 17" dan 19", rim jenis berjejari, dipadankan dengan tayar Pirelli Scorpion Rally STR.

Moto Morini X-Cape 700 dijangka memasuki pasaran Eropah pada musim bunga 2025. Bagaimana dengan Malaysia...nanti kita tanya pihak Mforce. RR

Popular

  • Yamaha Kali Ini Lebih Agresif Dengan RW700

  • Model Baru

    KTM 790 Duke 2027 Tampil Dengan Beberapa Pembaharuan

  • Model Baru

    Honda CRF1150L Africa Twin Enduro Sports Diperkenalkan

  • Warta Roda

    Yamaha BLU Universe Pertama Dibuka di Serdang

  • Model Baru

    APRILIA RS 457 GP Replica Dilancarkan. Harga RM35,900

Artikel berkaitan

KTM 790 Duke 2027 Tampil Dengan Beberapa Pembaharuan

Honda CRF1150L Africa Twin Enduro Sports Diperkenalkan

APRILIA RS 457 GP Replica Dilancarkan. Harga RM35,900

CFMOTO 500SR Dilancarkan - RM29,988

Yamaha YZF-R9 Tiba di Malaysia - RM68,000

Model Kembara Mewah, Brixton K750GT Bakal Masuk ke Pasaran Negara

KTM 1390 Super Adventure Tampil Dengan Tiga Varian untuk Pasaran Negara - Bermula RM144,000

KTM 990 RC R - Diinspirasikan Jentera Lumba KTM di MotoGP

Disyorkan untuk anda
Warta Roda

Yamaha BLU NEXUS: Pengalaman Premium Dunia Yamaha

Hong Leong Yamaha Motor (HLYM) terus memperkukuhkan kedudukannya dalam industri motosikal Malaysia menerusi pengenalan Yamaha BLU Nexus, sebuah pusat pameran utama (flagship showroom) yang terletak di Kompleks Hong Leong Yamaha, Sungai Buloh, Selangor.

Model Baru

KTM 790 Duke 2027 Tampil Dengan Beberapa Pembaharuan

KTM 790 Duke 2027 dikatakan akan di bawa masuk ke pasaran negara tahun hadapan.

Model Baru

BMW 450RR Dilancarkan. Hadir Dengan Pakej Cukup Menarik!

Tapi kali ini, BMW bawa sesuatu yang lebih kecil ke dalam keluarga RR mereka menerusi BMW F 450 RR, sebuah motosikal sport bersaiz sederana yang tampil dengan enjin 420cc, dua silinder (parallel-twin) dan sistem sejukan cecair.

Dari Litar

SIC Sasar 200,000 Pengujung Tahun Ini, Hakim Danish Bakal Menjadi Tumpuan di GP Malaysia

PETRONAS Grand Prix of Malaysia 2026 bakal kembali berlangsung di Litar Antarabangsa PETRONAS Sepang (SIC) dari 30 Oktober hingga 1 November ini.