RodaRoda
☰
Isu Terkini

Oktober 2024

Model Baru / 3 Januari 2025

Zontes 368G Adventure Dilancarkan. Harga Bermula Dari RM28,800

Zontes Malaysia telah memperkenalkan model terbaru yang merupakan pencabar baru motosikal skuter adventure di Malaysia iaitu Zontes 368G Adventure. Model ini ditawarkan pada harga asas RM28,800 dengan tiga pilihan warna iaitu Iron Grey with Blue, White with Gold dan Golden Stone Green. Dengan rekabentuk yang cantik dan ciri-ciri serba canggih, skuter ini direka untk kegunaan harian dan off-road ringan.

Zontes 368G Adventure didatangkan dengan enjin satu silinder 368cc, SOHC dengan sistem penyejuk cecair yang mampu menghasilkan kuasa maksimum 38hp pada 7,500rpm dan tork 40Nm pada 6,000rpm. Dengan berbekalkan tangki bahan api bersaiz 17.5 liter, skuter ini boleh menyusuri perjalanan sehingga 500 kilometer dengan sekali isian sahaja. Menurut pihak Zontes, purata penggunaan minyak dia adalah sekitar 3.5 liter untuk setiap 100 kilometer.

Salah satu ciri yang istimewa pada Zontes ini adalah sistem kamera di bahagian hadapan dan belakang jentera yang menggunakan sensor Sony STARVIS CMOS dengan sudut lanse 140 darjah dan mampu merakam video 1080HD. Ruang storan yang disediakan adalah 128GB.

Zontes 368G Adventure ini turut dilengkapi dengan paparan meter TFT 8 bewarna 8-inci yang lengkap bersama empat jenis paparan berbeza. Skrin ini juga menyokong ciri ketersambungan pada telefon pintar dan interkom topi keledar.

Terdapat dua mod tunggangan iaitu Eco dan Sport. Apa yang menarik lagi, sistem tunggangan pada motosikal ini akan beralih ke mod Sport secara automatik jika jentera mencapai 7,000rpm. Para penunggang juga boleh memantau tahap tekanan tayar pada jentera ini melalui sistem pemantauan tekanan tayar (TPMS).

Pelbagai ciri keselamatan yang diterapkan pada skuter ini untuk memastikan penunggang sentiasa dalam keadaan yang baik ketika menunggnag. Pakej brek terdiri dari kaliper brek jenis J.Juan di bahagian hadapan dan belakang yang turut dipadankan bersama sistem ABS dua saluran. Model ini juga turut dilengkapi dengan sistem Traction Control (TCS) sacara standard bagi menjamin kawalan menunggang yang lebih stabil.

Bagi memudahkan pergerakan ke mana jua, Zontes 368G Adventure memiliki ruang bawah pelana yang cukup besar iaitu bersaiz 52 liter dan boleh memuat dua buah topi keledar. Cermin pengahadang anginnya boleh laras kepada lima tahap berbeza.

Antara kelengkapan lain yang ada seperti lampu kabus, fork USD, tayar 17 inci (depan), tayar 14-inci (belakang), lampu DRL, sistem kunci pintar, crash bar, handguard, rim jenis jejari, pemanas pendikit, parking brek serta soket pengecas USB (fast-charging) Type-A dan Type-C. RR

Popular

  • Yamaha Kali Ini Lebih Agresif Dengan RW700

  • Model Baru

    KTM 790 Duke 2027 Tampil Dengan Beberapa Pembaharuan

  • Model Baru

    Honda CRF1150L Africa Twin Enduro Sports Diperkenalkan

  • Warta Roda

    Yamaha BLU Universe Pertama Dibuka di Serdang

  • Model Baru

    APRILIA RS 457 GP Replica Dilancarkan. Harga RM35,900

Artikel berkaitan

KTM 790 Duke 2027 Tampil Dengan Beberapa Pembaharuan

Honda CRF1150L Africa Twin Enduro Sports Diperkenalkan

APRILIA RS 457 GP Replica Dilancarkan. Harga RM35,900

CFMOTO 500SR Dilancarkan - RM29,988

Yamaha YZF-R9 Tiba di Malaysia - RM68,000

Model Kembara Mewah, Brixton K750GT Bakal Masuk ke Pasaran Negara

KTM 1390 Super Adventure Tampil Dengan Tiga Varian untuk Pasaran Negara - Bermula RM144,000

KTM 990 RC R - Diinspirasikan Jentera Lumba KTM di MotoGP

Disyorkan untuk anda
Warta Roda

Aveta Nova 200 Limited Edition Tiba ke Pasaran Negara - RM8,788

Aveta Malaysia turut memperkenalkan Nova 200 Limited Edition yang menampilkan warna dan kemasan berbeza berbanding varian standard.

Model Baru

Global: Honda CBR500R FOUR Serba Baru Diperkenalkan

Honda Eropah baru sahaja memperkenalkan model sport baru iaitu CBR500R FOUR yang kini hadir dengan enjin 4 silinder sebaris dan sistem E-Clutch yang sudah pasti menjanjikan kemantapan tunggangan di jalanan biasa, laluan berselekoh mahupun di dalam litar.

Model Baru

Ducati Panigale V4S 2027: Lebih Moden & Lebih Berkuasa

Ducati terus menhangatkan pasaran superbike dengan melancarkan Panigale V4 S 2027, sebuah jentera sport yang menggabungkan enjin Desmosedici Stradale V4, Sistem Saspensi Elektronik Öhlins dan rekabentuk aerodinamik yang diinspirasikan daripada dunia perlumbaan.

Model Baru

Suzuki GSX-8TT 2027 Tampil Dengan Warna Merah Serba Baru!

Jentera 'retro-moden', Suzuki GSX-8TT bakal memasuki tahun model 2027 dengan perubahan yang cukup menarik dengan memperkenalkan warna Candy Daring Red.