RodaRoda
☰
Isu Terkini

Oktober 2024

Model Baru / 18 April 2025

Sah! SYM TTLBT Masuk Pasaran Negara Hujung 2025 atau Awal 2026 - Harga Anggaran RM50K

Selain ADXTG 400, sebuah lagi model dari SYM yang bakal memasuki pasaran negara iaitu SYM TTLBT 508! Walaupun sebuah skuter, tetapi TTLBT ini hadir dengan rekabentuk yang lebih unik di mana kita boleh lihat ianya sebagai skuter maksi dengan gaya 'Sport Tourer'.

Enjin jentera ini sama seperti MAXSYM TL508 yang menggunakan enjin dua silinder, DOHC dengan sistem penyejuk cecair. Model ini menawarkan kuasa maksimum 45hp pada 6,750rpm dan tork 49.9Nm pada 5,250rpm. Dengan adanya sistem ride-by-wire respon di antara pendikit dan enjin lebih cepat. Manakala teknologi Cruise Control boleh digunakan melebihi 50km/j yang memberikan keselesaan untuk perjalanan jarak jauh. Selain itu, terdapat juga dua mod tunggangan seperti Normal dan Rain.

SYM TTLBT dilengkap teknologi menarik iaitu sistem EMS Vitesco yang menyediakan tiga tetapan berbeza. Mod Normal dengan TCS (Traction Control) - enjin motosikal pada tahap kuasa penuh bersama Traction Control, penunggang juga boleh menggunakan mod Normal tanpa TCS untuk tunggangan yang bebas manakala mod Rain mengawal dan mengurangkan kuasa enjin sambil mengekalkan sistem TSC ketika menunggang dalam waktu hujan.

Bagi tujuan keselesaan, TTLBT didatangkan dengan pelana setinggi 780mm bersama tempat penyandar belakang yang boleh dilaras tiga kedudukan. Untuk memudahkan lagi penunggang, cermin penghadang anginnya juga boleh dilaras dengan hanya menekan butang yang tersedia.

Ruang bawah pelana cukup luas yang bersaiz 37 liter. Bukan itu sahaja, model ini turut dipadankan dengan dua kotak barang sisi secara standard bersaiz 14.4 liter dan 13.6 liter. Kedua-dua kotak boleh ditanggalkan. Mereka yang inginkan lebih lagi ruang tidak perlu risau kerana motosikal ini mempunyai pengangkut belakang untuk meletakkan kotak atas yang lebih besar.

Semesa menunggang pada waktu hujan atau dalam cuaca yang sejuk, pendidik pada model ini mempunyi fungi pemanas dengan empat tahap pemanasan yang didatangkan secara standard. kelengkapan lain seperti, soket pengecas USB Type-C, paparan meter TFT 7-inci dengan Apple CarPlay & Bluetooth, lampu-lampu LED, sistem Advance Smart Key dan IMU 6-axis oleh Bosch.

Menurut pihak SYM Malaysia, model ini dijangka memasuki pasaran negara pada penghujung 2025 atau awal 2026 dengan harga anggaran RM50k. RR

Popular

  • Yamaha Kali Ini Lebih Agresif Dengan RW700

  • Model Baru

    KTM 790 Duke 2027 Tampil Dengan Beberapa Pembaharuan

  • Model Baru

    Honda CRF1150L Africa Twin Enduro Sports Diperkenalkan

  • Warta Roda

    Yamaha BLU Universe Pertama Dibuka di Serdang

  • Model Baru

    APRILIA RS 457 GP Replica Dilancarkan. Harga RM35,900

Artikel berkaitan

KTM 790 Duke 2027 Tampil Dengan Beberapa Pembaharuan

Honda CRF1150L Africa Twin Enduro Sports Diperkenalkan

APRILIA RS 457 GP Replica Dilancarkan. Harga RM35,900

CFMOTO 500SR Dilancarkan - RM29,988

Yamaha YZF-R9 Tiba di Malaysia - RM68,000

Model Kembara Mewah, Brixton K750GT Bakal Masuk ke Pasaran Negara

KTM 1390 Super Adventure Tampil Dengan Tiga Varian untuk Pasaran Negara - Bermula RM144,000

KTM 990 RC R - Diinspirasikan Jentera Lumba KTM di MotoGP

Disyorkan untuk anda
Warta Roda

Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026 Lebih Meriah... Lebih Mencabar

Seramai 393 penunggang motosikal dari seluruh negara menyertai Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026 yang berlangsung di Gerik, Perak pada pertengahan September yang lalu.

Pandu Uji

Kawasaki KLE500 - Dari Lebuhraya ke Laluan lasak

Sempena penganjuran Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026, pihak media turut diberi peluang menyertai acara edisi kedua itu dengan menunggang Kawasaki KLE500.

Model Baru

Global: Honda CBR500R FOUR Serba Baru Diperkenalkan

Honda Eropah baru sahaja memperkenalkan model sport baru iaitu CBR500R FOUR yang kini hadir dengan enjin 4 silinder sebaris dan sistem E-Clutch yang sudah pasti menjanjikan kemantapan tunggangan di jalanan biasa, laluan berselekoh mahupun di dalam litar.

Model Baru

Aveta Falcon 180 Diperkenalkan - RM9,798

Aveta Malaysia secara rasminya memperkenalkan Falcon 180 untuk pasaran negara.