RodaRoda
☰
Isu Terkini

Oktober 2024

Model Baru / 25 April 2025

SYM Naga 150 Bakal Diperkenalkan di Malaysia

Selain ketibaan dua buah skuter maksi iaitu SYM ADXTG 400 dan TTLBT 500 yang telah kami maklumkan baru-baru ini, akan ada dua lagi skuter yang akan tiba di Malaysia. Kali ini kami perkenalkan terlebih dahulu MMBCU yang merupakan singkatan kepada “Mamba Crossover Unique”. Seperti yang kita tahu, Mamba merupakan spesis ular yang berbisa dan memiliki ketangkasan yang mengagumkan.

Namun begitu, model MMBCU ini juga dikenali dengan nama Naga 150 di Vietnam dan berkemungkinan nama yang sama akan digunakan untuk pasaran Malaysia.

Dari segi spesifikasinya, Naga 150 ini mirip kepada model Husky 150. Ia disempurnakan dengan enjin silinder tunggal, 149.6cc, 4 lejang, OHC, sistem sejukan cecair yang menghasilkan kuasa 14.2 hp pada 8,000rpm dan 13 Nm tork pada 7,500rpm.

Rekabentuk MMBCU ini tampak moden dan agresif. Bahagian hadapannya dikemaskan dengan lampu-lampu LED, panel meter LCD, soket pengecas USB dan ruangan barangan bersaiz sederhana.

MMBCU juga menggunakan teknik salutan warna baru, yang menjadikan warna jentera ini kelihatan berbeza dalam persekitaran pencahayaan yang berlainan. Ia seumpama ular mamba yang boleh menyesuaikan diri dalam pelbagai persekitaran.

Ruang barangan bawah pelana bersaiz 28 liter yang cukup luas untuk memuatkan sebuah topi keledar 'full face' dan barangan asas. Saiz untuk tangki bahan api pula ialah 7.3 liter.

Pergerakan skuter ini dikawal oleh tayar hadapan bersaiz 120/70 dan belakang (130/70) yang dipadankan dengan fork teleskopik serta penyerap hentak tunggal di belakang. Sistem Traction Control dan sistem ABS dua saluran juga merupakan ciri-ciri menarik yang ditawarkan oleh SYM menerusi model ini.

SYM turut melengkapkan skuter ini dengan Anti-Lift Engine Hanger System (A.L.E.H) yang meningkatkan kestabilan sewaktu memecut. Sistem Zero-Resistance Starter & Generator (Z.R.S.G) pula bertujuan untuk melancarkan proses menghidupkan enjin agar lebih senyap dan lancar.

Walaupun harga rasmi masih belum dinyatakan, dijangka MMBCU atau Naga 150 ini bakal dipasarkan pada harga sekitar RM9,000. RR

Popular

  • Yamaha Kali Ini Lebih Agresif Dengan RW700

  • Model Baru

    KTM 790 Duke 2027 Tampil Dengan Beberapa Pembaharuan

  • Model Baru

    Honda CRF1150L Africa Twin Enduro Sports Diperkenalkan

  • Warta Roda

    Yamaha BLU Universe Pertama Dibuka di Serdang

  • Model Baru

    APRILIA RS 457 GP Replica Dilancarkan. Harga RM35,900

Artikel berkaitan

KTM 790 Duke 2027 Tampil Dengan Beberapa Pembaharuan

Honda CRF1150L Africa Twin Enduro Sports Diperkenalkan

APRILIA RS 457 GP Replica Dilancarkan. Harga RM35,900

CFMOTO 500SR Dilancarkan - RM29,988

Yamaha YZF-R9 Tiba di Malaysia - RM68,000

Model Kembara Mewah, Brixton K750GT Bakal Masuk ke Pasaran Negara

KTM 1390 Super Adventure Tampil Dengan Tiga Varian untuk Pasaran Negara - Bermula RM144,000

KTM 990 RC R - Diinspirasikan Jentera Lumba KTM di MotoGP

Disyorkan untuk anda
Warta Roda

Pusat Servis & Pejabat Urusan Mforce KL Berpindah Ke Lokasi Baru!

Mforce Bike Holdings Sdn. Bhd. mengumumkan perpindahan Pusat Servis dan Pejabat Urusan Mforce cawangan Kuala Lumpur ke premis baharu yang lebih luas dan lengkap di Jalan Segambut Tengah. Langkah ini merupakan komitmen berterusan syarikat dalam memperkasakan perkhidmatan selepas jualan seiring dengan peningkatan jumlah pemilik motosikal-motosikal Mforce di Malaysia.

Model Baru

Aveta Falcon 180 Diperkenalkan - RM9,798

Aveta Malaysia secara rasminya memperkenalkan Falcon 180 untuk pasaran negara.

Model Baru

APRILIA RS 457 GP Replica Dilancarkan. Harga RM35,900

Didi Group, pengimport dan pengedar tunggal Aprilia di Malaysia, memperkenalkan model istimewa Aprilia RS 457 GP Replica sempena PETRONAS Grand Prix of Malaysia 2026 di Litar Antarabangsa Sepang pada 30 Oktober lalu. Lebih istimewa, majlis pelancaran tersebut turut diserikan dengan kehadiran pelumba Aprilia Racing MotoGP, Marco Bezzecchi.

Warta Roda

Yamaha BLU Universe Pertama Dibuka di Serdang

Yamaha Blu Universe pertama di Malaysia