RodaRoda
☰
Isu Terkini

Oktober 2024

Model Baru / 9 Mei 2025

Honda Gold Wing Tour 2025 Masuki Pasaran Negara – RM222,888

Bersempena dnegan pameran terbesar iaitu Malaysia Autoshow 2025, Boon Siew Honda Sdn Bhd (BSH) tidak melepaskan peluang dengan memperkenalkan dua model terbaru yang berlainan segmen antaranya Honda CB1000 SP 2025 dan Honda Gold Wing Tour 2025.

Honda Gold Wing Tour merupakan model edisi ulang tahun yang ke-50 bagi jentera kembara terulung itu. Model yang serba mewah ini menggunakan enjin 1,833cc, enam silinder, Euro5, SOHC dengan sistem penyejuk cecair yang boleh menghasilkan kuasa maksimum 93kW pada 5,500rpm dan nilai torknya 170Nm pada 4,500rpm

Sistem transmisi jenis DCT menampilkan tujuh tahap kelajuan yang boleh kita tukarkan kedudukan gearnya menerusi butang ‘+’ dan ‘-‘ yang ada panel bar hendal. Model ini juga mempunyai mod Forward dan Reverse bagi memudahkan pergerakkan terutama semasa di tempat parking.

Pakej elektronik yang ada pada jenetra touring ini antaranya Throttle Bt Wire (TBW), empat mod tunggangan (Tour, Sport, Econ & Rain), Dual Combined Brek System (D-CBS), Cruise Control, Tyre Pressure Monitoring System (TPMS), Honda Selectable Torque Control (HSTC) Hill Start Assist (HAS) dan sistekm Idling Stop.

Cermin penghadang anginnya boleh dilaras secara elektronik di mana penunggang hanya perlu menekan butang naik atau ke bawah yang ada pada bar hendel sebelah kiri. Model ini sememangnya layak digelar sebagai sebuah jentera yang amat mudah ditunggang kemana sahaja. Kotak simpanan di bahagaian belakang bersaiz 60 liter yang mampu memuatkan dua buah topi keledar. Penunggang juga boleh meletakkan barang-barangan peribadi di kotak sisi di bahagian kiri dan kanan jentera yang masing-masing bersaiz 30 liter. Menariknya lagi, untuk membuka penutup pada kotak barang boleh diakses menerusi sistem kunci pintarnya.

Antara kelengkapan lain seperti:

  • Meter TFT 7-inci dengan fungsi Apple CarPlay & Android Auto melalui sambungan Wifi
  • Fungsi Beg Udara untuk tujuan keselamatan
  • Lampu-lampu LED
  • Tangki baha api 21 lite
  • Fungsi interkom Bluetooth yang dinaik taraf

Honda Gold Wing Tour 2025 ditawarkan pada harga bilik pameran yang disyorkan RM222,888 dengan dua pilihan warna iaitu Eternal Gold dan Bordeaux Red Metallic. RR

Popular

  • Yamaha Kali Ini Lebih Agresif Dengan RW700

  • Model Baru

    KTM 790 Duke 2027 Tampil Dengan Beberapa Pembaharuan

  • Model Baru

    Honda CRF1150L Africa Twin Enduro Sports Diperkenalkan

  • Warta Roda

    Yamaha BLU Universe Pertama Dibuka di Serdang

  • Model Baru

    APRILIA RS 457 GP Replica Dilancarkan. Harga RM35,900

Artikel berkaitan

KTM 790 Duke 2027 Tampil Dengan Beberapa Pembaharuan

Honda CRF1150L Africa Twin Enduro Sports Diperkenalkan

APRILIA RS 457 GP Replica Dilancarkan. Harga RM35,900

CFMOTO 500SR Dilancarkan - RM29,988

Yamaha YZF-R9 Tiba di Malaysia - RM68,000

Model Kembara Mewah, Brixton K750GT Bakal Masuk ke Pasaran Negara

KTM 1390 Super Adventure Tampil Dengan Tiga Varian untuk Pasaran Negara - Bermula RM144,000

KTM 990 RC R - Diinspirasikan Jentera Lumba KTM di MotoGP

Disyorkan untuk anda
Warta Roda

Yamaha BLU NEXUS: Pengalaman Premium Dunia Yamaha

Hong Leong Yamaha Motor (HLYM) terus memperkukuhkan kedudukannya dalam industri motosikal Malaysia menerusi pengenalan Yamaha BLU Nexus, sebuah pusat pameran utama (flagship showroom) yang terletak di Kompleks Hong Leong Yamaha, Sungai Buloh, Selangor.

Model Baru

KTM 1390 Super Adventure Tampil Dengan Tiga Varian untuk Pasaran Negara - Bermula RM144,000

KTM Malaysia secara rasmi memperkenalkan model adventure yang menawarkan tiga varian iaitu 1390 Super Adventure R, S dan S EVO.

Model Baru

Aveta Falcon 180 Diperkenalkan - RM9,798

Aveta Malaysia secara rasminya memperkenalkan Falcon 180 untuk pasaran negara.

Model Baru

CFMOTO 500SR Dilancarkan - RM29,988

CFMOTO Malaysia melancarkan 500SR sempena MotoGP Malaysia 2026.