RodaRoda
☰
Isu Terkini

Oktober 2024

Model Baru / 22 Mei 2025

Yamaha Tracer 7 & Tracer 7 GT: Prestasi 'Sport Touring' Era Baru

Yamaha TRACER 7 dan TRACER 7 GT 2025 hadir untuk memberikan takrif baru untuk segmen Sport Touring 'kelas pertengahan dengan menampilan wajah baharu yang lebih garang dan diberikan pelbagai peningkatan teknologi menarik bagi memastikan pemiliknya dapat menikmati prestasi dan keselesaan jarak jauh.

Dibangunkan untuk mereka yang mencari tunggangan 'sporty' setiap hari dan pada masa yang sama, ia juga teman untuk pengembaraan yang mencabar dan jarak jauh.siri Tracer 7 baru menggabungkan teknologi Yamaha terkini, casis yang diperhalusi dan peningkatan ergonomik untuk menawarkan tunggangan yang dinamik. Untuk tahun 2025, Tracer 7 dan Tracer 7 GT dilengkapi dengan Y-CCT (Yamaha Chip Controlled Throttle), memberikan tindak balas pendikit yang tepat untuk tunggangan yang lebih intuitif. Ditambah dengan mod YRC (Yamaha Ride Control), mod tunggangan untuk disesuaikan dengan keadaan jalan raya dan gaya tunggangan yang berbeza.

Model TRACER 7 hadir dengan od menunggang Sport dan Road,yang boleh ditala oleh penunggang melalui oanel meter jenis TFT menerusi aplikasi MyRide secara percuma. Penunggang boleh memilih daripada tiga pemetaan untuk kuasa dan dua tahap Traction Control.

Mod Sport telah dibangunkan untuk tunggangan yang lebih agresid melalui jalan berliku-liku dan dalam pilihan mod ini, tahap kuasa (Power Mode) paling responsif (PWR1) dan Traction Control yang lebih rendah (TCS1).Mod Road pula, direka untuk kegunaan harian, menggunakan penghantaran yang lebih lembut (PWR2) dan tahap TCS2. PWR3 disetkan untuk pergerakan dalam hujan atau permukaan basah.

Model kembara baru ini disempurnakan dengan enjin a 690cc EU5+ CP2 yang menawarkan hantaran kuasa 54.0kW pada 8,750rpm dan tork 68Nm pada 6,500rpm. Ya, ia adalah pakej yang cukup menarik khususnya untuk memecut.

Untuk tujuan keselesaan, posisi tunggangantelah direka semula bagi menghasilkan postur badan yang lebih natural dan rileks. Bar hendal kini 30mm lebih tinggi dan 25mm lebih lebar pada setiap sisi. Pelana yang berasingan juga menyumbang kepada keselesaan buat kedua-dua penunggang dan pembonceng.

Berikut adalah ciri-ciri menarik yang ditawarkan oleh Tracer 7 dan Tracer 7GT

  • Sistem pencahayaan LED dan lampu posisi
  • Pendikit Elektronik Y-CCT dan Mod Tunggangan YRC
  • Fork hadapan jenis USD 41mm
  • Sistem Auto Cruise
  • Tangki bahan api 18L
  • Panel meter TFT 5-inci dengan sambungan telefon pintar
  • Sistem navigasi 
  • Sistem Traction Control dan sistem ABS

Apa yang kita berharap tentulah pihak Hong Leong Yamaha Motor akan membawa masuk model ini ke pasaran negara pada harga yang menarik! RR

Popular

  • Yamaha Kali Ini Lebih Agresif Dengan RW700

  • Model Baru

    KTM 790 Duke 2027 Tampil Dengan Beberapa Pembaharuan

  • Model Baru

    Honda CRF1150L Africa Twin Enduro Sports Diperkenalkan

  • Warta Roda

    Yamaha BLU Universe Pertama Dibuka di Serdang

  • Model Baru

    APRILIA RS 457 GP Replica Dilancarkan. Harga RM35,900

Artikel berkaitan

KTM 790 Duke 2027 Tampil Dengan Beberapa Pembaharuan

Honda CRF1150L Africa Twin Enduro Sports Diperkenalkan

APRILIA RS 457 GP Replica Dilancarkan. Harga RM35,900

CFMOTO 500SR Dilancarkan - RM29,988

Yamaha YZF-R9 Tiba di Malaysia - RM68,000

Model Kembara Mewah, Brixton K750GT Bakal Masuk ke Pasaran Negara

KTM 1390 Super Adventure Tampil Dengan Tiga Varian untuk Pasaran Negara - Bermula RM144,000

KTM 990 RC R - Diinspirasikan Jentera Lumba KTM di MotoGP

Disyorkan untuk anda
Model Baru

Yamaha YZF-R9 Tiba di Malaysia - RM68,000

HLYM secara rasminya melancarkan model supersport baharu iaitu YZF-R9.

Dari Litar

SIC Sasar 200,000 Pengujung Tahun Ini, Hakim Danish Bakal Menjadi Tumpuan di GP Malaysia

PETRONAS Grand Prix of Malaysia 2026 bakal kembali berlangsung di Litar Antarabangsa PETRONAS Sepang (SIC) dari 30 Oktober hingga 1 November ini.

Warta Roda

Aveta Nova 200 Limited Edition Tiba ke Pasaran Negara - RM8,788

Aveta Malaysia turut memperkenalkan Nova 200 Limited Edition yang menampilkan warna dan kemasan berbeza berbanding varian standard.

Warta Roda

Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

Wow...katanya para peminat dua roda tanahair bakal mempunyai satu lagi pilihan menarik apabila sebuah jenama motosikal dijangka akan hadir ke pasaran negara dengan mengenengahkan skuter berkonsepkan retro.