RodaRoda
☰
Isu Terkini

Oktober 2024

Model Baru / 21 Jun 2025

CFMOTO 675NK Dilancarkan Untuk Pasaran Negara - RM33,888

Bersempena dengan pembukaan CFMOTO Flagship Store di Ipoh, Perak, CFMOTO Malaysia turut melancarkan model terbaru mereka menerusi 675Nk.

CFMOTO 675NK menggunakan platform enjin yang sama seperti 675SR-R iaitu dijana dengan enjin tiga silinder, DOHC bersama sistem penyejuk cecair. Enjin pada model ini mampu menghasilkan kuasa sehingga 94HP pada 11,000rpm dan tork sekitar 70Nm pada 8,250rpm.

Untuk sistem saspensinya, model ini dilengkapi dengan fork USD 41mm boleh laras di bahagian hadapan manakal belakang menggunakan lengan ayun bersama penyerap hentak tunggal dengan pelarasan pra-beban dan rebound.

Pakej keselamatan pula, 675NK hadir dengan brek cakera berkembar bersaiz 300mm di depan dan belakang menggunakan brek cakera tunggal 240mm. Model ini juga tampil dengan sistem ABS dua saluran. Menariknya lagi terdapat juga sistem 'Brake Cooling' yang bertujuan untuk pengaliran udara bagi menyejukkan sistem brek.

Sayangnya model ini tiada mod tunggangan tetapi pakej elektronik yang hadir seperti Quickshifter (upshift sahaja), Traction Control dua tahap dan sistem pemantauan tekanan angin tayar (TPMS).

Antara ciri-ciri lain seperti lampu-lampu LED, ESS, meter TFT 5-inci, tangki bahan api 15 liter, tinggi pelana 810mm, berat 189kg serta soket USB Type-C dan Type-A.

CFMOTO 675NK tiba dengan dua pilihan warna iaitu Glacier White dan Tundra Grey dengan harga asas bermula RM33,888. RR

Popular

  • Yamaha Kali Ini Lebih Agresif Dengan RW700

  • Model Baru

    KTM 790 Duke 2027 Tampil Dengan Beberapa Pembaharuan

  • Model Baru

    Honda CRF1150L Africa Twin Enduro Sports Diperkenalkan

  • Warta Roda

    Yamaha BLU Universe Pertama Dibuka di Serdang

  • Model Baru

    APRILIA RS 457 GP Replica Dilancarkan. Harga RM35,900

Artikel berkaitan

KTM 790 Duke 2027 Tampil Dengan Beberapa Pembaharuan

Honda CRF1150L Africa Twin Enduro Sports Diperkenalkan

APRILIA RS 457 GP Replica Dilancarkan. Harga RM35,900

CFMOTO 500SR Dilancarkan - RM29,988

Yamaha YZF-R9 Tiba di Malaysia - RM68,000

Model Kembara Mewah, Brixton K750GT Bakal Masuk ke Pasaran Negara

KTM 1390 Super Adventure Tampil Dengan Tiga Varian untuk Pasaran Negara - Bermula RM144,000

KTM 990 RC R - Diinspirasikan Jentera Lumba KTM di MotoGP

Disyorkan untuk anda
Model Baru

Aveta Falcon 180 Diperkenalkan - RM9,798

Aveta Malaysia secara rasminya memperkenalkan Falcon 180 untuk pasaran negara.

Model Baru

BMW 450RR Dilancarkan. Hadir Dengan Pakej Cukup Menarik!

Tapi kali ini, BMW bawa sesuatu yang lebih kecil ke dalam keluarga RR mereka menerusi BMW F 450 RR, sebuah motosikal sport bersaiz sederana yang tampil dengan enjin 420cc, dua silinder (parallel-twin) dan sistem sejukan cecair.

Warta Roda

Pusat Servis & Pejabat Urusan Mforce KL Berpindah Ke Lokasi Baru!

Mforce Bike Holdings Sdn. Bhd. mengumumkan perpindahan Pusat Servis dan Pejabat Urusan Mforce cawangan Kuala Lumpur ke premis baharu yang lebih luas dan lengkap di Jalan Segambut Tengah. Langkah ini merupakan komitmen berterusan syarikat dalam memperkasakan perkhidmatan selepas jualan seiring dengan peningkatan jumlah pemilik motosikal-motosikal Mforce di Malaysia.

Model Baru

Aveta Nova 250 G Elite Edition Diperkenalkan! Harga asas RM14,888

Aveta Malaysia terus mengukuhkan kedudukannya dalam pasaran motosikal Malaysia menerusi pembukaan rasmi G Elite Motor – Aveta Elite Centre di Shah Alam, Selangor.