RodaRoda
☰
Isu Terkini

Oktober 2024

Model Baru / 10 Julai 2025

Global: Triumph Lancarkan Scrambler 400XC Serba Baru!

Triumph Motorcycles telah melancarkan Scrambler 400 XC baharu ke dalam rangkaian pengedar globalnya, dan pengenalan ini akan mengembangkan barisan jentera klasik moden 400cc Triumph yang terkenal.

Scrambler 400 XC merupakan model menggabungkan keupayaan lasak dengan ketukangan premium. Hadir dengan rim aluminium jenis berjejari untuk menyempurnakan tayar hadapan 19-inci dan belakang 17-inci. Tayar-tayar ini pula dipadankan dengan brek cakera bersaiz 320mm (depan) dan 230mm di belakang. Pengadang lumpur hadapan, 'fly screen' dan pelindung tangan menjadikan jentera ini sesuai dibawa mengembara walaupun di dalam keadaan sukar. Triumph turut melindungi jenteranya dengan, bar pelindung enjin yang kuat.

Enjin siri TR terkenal dipadankan pada model lasak ini dan sememangnya ditala untuk memberikan tunggangan responsif. Jentera 400cc, sistem penyejuk cecair, silinder tunggal DOHC ini menawarkan hantaran kuasa setinggi 40PS pada 8,000 rpm dan tork 37.5Nm pada 6,500 rpm. Untuk pengendalian mantap di jalanan biasa dan di laluan-laluan lasak, Triumph baru ini dilengkapkan dengan fork hadapan USD 43mm di depan dan penyerap hentak tunggal di bahagianb belakang.

Model Scrambler 400XC ini dilengkapi dengan bar hendal yang lebar dan tempat pemijak lebih cengkaman yang memberikan kelebihan bagi mereka yang menunggang lasak dengan gaya berdiri. Panel meter Triumph 400XC ini simple, meter analog memaparkan tahap kelajuan yang dipadankan dengan paparan digital untuk beberapa tetapan lain termasuklah sistem Traction Control, sistem ABS dan sistem Torque-Assist Clutch.

Triumph Scrambler 400XC dijangka akan dipasarkan secara berperingkat bermula September 2025 serta didatangkan dalam tiga warna pilihan iaitu Racing Yellow, Storm Grey dan Vanilla White. Harapnya pihak Didi Group cepat-cepat bawa masuk model ini ke pasaran negara. RR

Popular

  • Yamaha Kali Ini Lebih Agresif Dengan RW700

  • Model Baru

    KTM 790 Duke 2027 Tampil Dengan Beberapa Pembaharuan

  • Model Baru

    Honda CRF1150L Africa Twin Enduro Sports Diperkenalkan

  • Warta Roda

    Yamaha BLU Universe Pertama Dibuka di Serdang

  • Model Baru

    APRILIA RS 457 GP Replica Dilancarkan. Harga RM35,900

Artikel berkaitan

KTM 790 Duke 2027 Tampil Dengan Beberapa Pembaharuan

Honda CRF1150L Africa Twin Enduro Sports Diperkenalkan

APRILIA RS 457 GP Replica Dilancarkan. Harga RM35,900

CFMOTO 500SR Dilancarkan - RM29,988

Yamaha YZF-R9 Tiba di Malaysia - RM68,000

Model Kembara Mewah, Brixton K750GT Bakal Masuk ke Pasaran Negara

KTM 1390 Super Adventure Tampil Dengan Tiga Varian untuk Pasaran Negara - Bermula RM144,000

KTM 990 RC R - Diinspirasikan Jentera Lumba KTM di MotoGP

Disyorkan untuk anda
Model Baru

Honda PCX160 Kembali ke Malaysia Selepas 6 Tahun - RM12,998

Honda PCX160 tiba semula ke pasaran negara pada harga RM12,998.

Model Baru

Aveta Falcon 180 Diperkenalkan - RM9,798

Aveta Malaysia secara rasminya memperkenalkan Falcon 180 untuk pasaran negara.

Model Baru

APRILIA RS 457 GP Replica Dilancarkan. Harga RM35,900

Didi Group, pengimport dan pengedar tunggal Aprilia di Malaysia, memperkenalkan model istimewa Aprilia RS 457 GP Replica sempena PETRONAS Grand Prix of Malaysia 2026 di Litar Antarabangsa Sepang pada 30 Oktober lalu. Lebih istimewa, majlis pelancaran tersebut turut diserikan dengan kehadiran pelumba Aprilia Racing MotoGP, Marco Bezzecchi.

Model Baru

Aveta Nova 250 G Elite Edition Diperkenalkan! Harga asas RM14,888

Aveta Malaysia terus mengukuhkan kedudukannya dalam pasaran motosikal Malaysia menerusi pembukaan rasmi G Elite Motor – Aveta Elite Centre di Shah Alam, Selangor.