RodaRoda
☰
Isu Terkini

Oktober 2024

Model Baru / 1 Ogos 2025

SUZUKI GSX-R1000R Kembali Dengan Lebih Mantap!

Suzuki kembali menggegarkan dunia permotoran dengan mengumumkan kemunculan semula model lagenda yang gigelar sebagai 'Raja Superbike' GSX-R1000R yang kini diperkenalkan dalam versi terbaru iaitu Suzuki GSX-R1000R M6 2026. Menerusi perkenalkan ini mengukuhkan lagi kedudukan GSX-R di pasaran global malah menjadi simbol sambutan bersejarah ulang tahun ke-40 legasi GSX-R.

Sejak pelancarannya pada tahun 2001, GSX-R1000 telah merevolusikan dunia sportbike yang menampilkan prestasi luar biasa sama ada di jalan raya mahupun dalam litar. Model tersebut diiktiraf sebagai simbol kuasa, ketahan serta kejayaan di mana jentera ini telah mendominasi pentas dunia dengan 15 Kejuaraan Dunia FIM Endurance.

Penampilan luaran GSX-R1000R M6 kekal dengan rupabentuk yang sama seperti model sebelum ini tetapi terdapat beberapa penambahbaikan termasukllah winglet aerodinamik gentian karbon yang berfungsi untuk meningkatkan kestabilan jentera pada kelajuan tinggi. Lampu hadapan jenis LED bersama DRL yang tajam aagr tampap lebih futuristik.

Suzuki GSX-R1000R M6 2026 tampil dengan enjin yang serba baru termasuklah model ini mematuhi piawaian Euro5+. Model ini menggunakan enjin 999.8cc, empat silinder dengan sistem penyejuk cecair yang boleh menghasilkan kuasa maksimum sekitar 195hp pada 13,200rpm dan tork 110Nm pada 11,000rpm. Antara bahagian dalaman enjin yang dipertingkatkan seperti omboh, cranshaft, crankcase, rod, valve dan camshaft.

Teknologi Suzuki Racing Variable Valve Timing (SR-VVT) pula memberikan kawalan lebih halus dalam pembukaan injap untuk menghasilkan kuasa yang lebih lancar dari rpm rendah ke rpm tinggi. Rekabentuk ekzon turut diperhalusi, kini lebib ramping manakala sistem ride-by-wire diperbaharui untuk memberikan rsepon lebih lancar.

Bahagian casis menggunakan kerangka aluminium twin-spar untuk memberikan kawalan maksimum di selekoh manakala sistem saspensi hadapan jenis Showa Balance Free Fork (BFF) dan belakang Showa Balance Free Shock (BFS). Model ini hadir dengan sistem Suzuki Intelligent Ride (S.I.R.S) termasuk Suzuki Drive Mode Selector (SDMS), Suzuki Traction Control dengan Lift Limiter & Roll Tourque Control, Launch Control, Quickshifter dua hala bersama auto-blip, Montion Track Brake System, Slope Dependent Control System, Low RPM Assist serta Suzuki Easy Start System.

Suzuki menampilkan model baharu ini dengan tiga pilihan warna iaitu Biru Putih, Merah Putih serta Kuning dan Biru Matte. Setiap model akan menggunakan grafik ulang tahun ke-40 pada bahagian fairing dan tangki bahan api. Suzuki GSX-R1000R M6 2026 akan berada di pasaran global pada tahun hadapan. RR

Popular

  • Yamaha Kali Ini Lebih Agresif Dengan RW700

  • Model Baru

    KTM 790 Duke 2027 Tampil Dengan Beberapa Pembaharuan

  • Model Baru

    Honda CRF1150L Africa Twin Enduro Sports Diperkenalkan

  • Warta Roda

    Yamaha BLU Universe Pertama Dibuka di Serdang

  • Model Baru

    APRILIA RS 457 GP Replica Dilancarkan. Harga RM35,900

Artikel berkaitan

KTM 790 Duke 2027 Tampil Dengan Beberapa Pembaharuan

Honda CRF1150L Africa Twin Enduro Sports Diperkenalkan

APRILIA RS 457 GP Replica Dilancarkan. Harga RM35,900

CFMOTO 500SR Dilancarkan - RM29,988

Yamaha YZF-R9 Tiba di Malaysia - RM68,000

Model Kembara Mewah, Brixton K750GT Bakal Masuk ke Pasaran Negara

KTM 1390 Super Adventure Tampil Dengan Tiga Varian untuk Pasaran Negara - Bermula RM144,000

KTM 990 RC R - Diinspirasikan Jentera Lumba KTM di MotoGP

Disyorkan untuk anda
Warta Roda

MFORCE Tawar Tiga Model Motosikal Buat JSPT PDRM Dalam Program Proof of Concept (PoC)

Mforce Bike Holdings Sdn. Bhd. (Mforce), telah menganjurkan Majlis Penyerahan Motosikal bagi Program Proof of Concept (PoC) kepada Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT), Polis Diraja Malaysia (PDRM), di ibu pejabat Mforce yang beroperasi di Valdor, Pulau Pinang.

Model Baru

KTM 990 RC R - Diinspirasikan Jentera Lumba KTM di MotoGP

KTM Malaysia secara rasminya memperkenalkan model supersport baharu iaitu 990 RC R.

Model Baru

Honda PCX160 Kembali ke Malaysia Selepas 6 Tahun - RM12,998

Honda PCX160 tiba semula ke pasaran negara pada harga RM12,998.

Warta Roda

Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026 Lebih Meriah... Lebih Mencabar

Seramai 393 penunggang motosikal dari seluruh negara menyertai Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026 yang berlangsung di Gerik, Perak pada pertengahan September yang lalu.