RodaRoda
☰
Isu Terkini

Oktober 2024

Model Baru / 11 Ogos 2025

QJMOTOR Malaysia Lancar Model Sport Naked Terbaru, QJMOTOR SRK250S. Harga Bermula RM9,888

Bersempena dengan majlis perasmian Mforce SmartShop Tat Kang Motor Sdn. Bhd., yang turut merupakan Mforce SmartShop ke-17 di Malaysia dan ke-7 di Johor semalam, QJMOTOR Malaysia telah memilih hari yang cukup meriah itu untuk memperkenalkan sebuah model sport naked terbaru iaitu QJMOTOR SRK250S.

QJMOTOR SRK250S hadir dengan dua pilihan warna iaitu Black dan Grey, dengan penawaran harga bermula RM9,888.00 (tidak termasuk cukai jalan dan insurans). Model jalanan ini disempurnakan dengan enjin silinder tunggal, 4-lejang, 4-injap, bersesaran 249cc yang menjana kuasa maksimum 20.5kW pada 9,500rpm dan tork puncak 22.5Nm pada 7,250rpm.

Model baru ini juga di datangkan dengan transmisi 6-kelajuan dengan sistem pacuan akhir jenis rantai, serta klac jenis basah berbilang plat. Sistem suntikan bahan api jenis EFI bukan sahaja menawarkan pecutan yang mantap tetapi juga memastikan penjimatan bahan api optimum ketika berada di atas jalan raya.

Sistem saspensi terdiri daripada fork jenis USD yang dipadankan dengan penyerak hentak tunggal boleh laras yang dilengkapi gegelung dan redaman minyak di bahagian belakang.

Saiz tayar hadapan ialah 110/60-R17 dan belakang 140/60-R17 yang dilengkapkan dengan brek cakera depan bersaiz 300mm dan belakang 240mm beserta sistem ABS. Paparan meter jenis digital, manakala sistem pencahayaan adalah jenis LED sepenuhnya.

Antara yang menarik, QJMOTOR SRK250S menawarkan fungsi sambungan Bluetooth yang membolehkan penunggang menjawab dan menamatkan panggilan terus dari motosikal, port USB Type-A, serta rekabentuk ekzos bergaya. Setakat tempoh pelancarannya, ciri ini hanya menyokong peranti Android, namun akan dikemaskini dengan memberikan akses kepada peranti IOS juga dalam masa terdekat.

Dengan setiap pembelian mana-mana model QJMOTOR SRK250S, para pembeli boleh menikmati jaminan pengeluar selama dua tahun dengan jarak perbatuan tanpa had dan perkhidmatan pembelian alat ganti tulen atas talian oleh Mforce Bike Holdings Sdn. Bhd. RR

Popular

  • Yamaha Kali Ini Lebih Agresif Dengan RW700

  • Model Baru

    KTM 790 Duke 2027 Tampil Dengan Beberapa Pembaharuan

  • Model Baru

    Honda CRF1150L Africa Twin Enduro Sports Diperkenalkan

  • Warta Roda

    Yamaha BLU Universe Pertama Dibuka di Serdang

  • Model Baru

    APRILIA RS 457 GP Replica Dilancarkan. Harga RM35,900

Artikel berkaitan

KTM 790 Duke 2027 Tampil Dengan Beberapa Pembaharuan

Honda CRF1150L Africa Twin Enduro Sports Diperkenalkan

APRILIA RS 457 GP Replica Dilancarkan. Harga RM35,900

CFMOTO 500SR Dilancarkan - RM29,988

Yamaha YZF-R9 Tiba di Malaysia - RM68,000

Model Kembara Mewah, Brixton K750GT Bakal Masuk ke Pasaran Negara

KTM 1390 Super Adventure Tampil Dengan Tiga Varian untuk Pasaran Negara - Bermula RM144,000

KTM 990 RC R - Diinspirasikan Jentera Lumba KTM di MotoGP

Disyorkan untuk anda
Model Baru

CFMOTO 500SR Dilancarkan - RM29,988

CFMOTO Malaysia melancarkan 500SR sempena MotoGP Malaysia 2026.

Warta Roda

Aveta Nova 200 Limited Edition Tiba ke Pasaran Negara - RM8,788

Aveta Malaysia turut memperkenalkan Nova 200 Limited Edition yang menampilkan warna dan kemasan berbeza berbanding varian standard.

Model Baru

Kawasaki Versys 900 2027: Versatil & Berkuasa

Kawasaki melangkah ke era lebih menarik dengan memperkenalkan Versys 900 2027, sebuah motosikal sport-touring yang menggabungkan enjin 948cc, empat silinder sebaris yang berkuasa 120hp pada 9,500rpm dan tork 9.3Nm pada 8,000rpm.

Model Baru

Suzuki GSX-8TT 2027 Tampil Dengan Warna Merah Serba Baru!

Jentera 'retro-moden', Suzuki GSX-8TT bakal memasuki tahun model 2027 dengan perubahan yang cukup menarik dengan memperkenalkan warna Candy Daring Red.