RodaRoda
☰
Isu Terkini

Oktober 2024

Model Baru / 9 September 2025

Honda ADV160 2026 Untuk Pasaran Indonesia Tampil Beberapa Ciri Baharu

JAKARTA - PT Astra Honda Motor (AHM) perkukuhkan segmen skuter di Indonesa dengan melancarkan skuter terbaru iaitu Honda ADV160. Sebagai model untuk tahun 2026, skuter ini tampil dengan beberapa ciri yang dipertingkatkan. Namun bahagian paparan meternya merupakan ciri utama yang diperkemaskan.

Varian Honda RoadSync.
Varian Honda RoadSync.

Walaupun bahagian rupabentuknya tiada perubahan yang ketara namun menurut pihak AHM bahagian panel sisi hadapan jentera telah direka semula agar lebih tegap yang bertujuan meningkatkan perlindungan kaki penunggang.

Antara kemaskini utama yang dilakukan pada ADV160 pada bahagian kokpitnya di mana skuter ini menampilkan paparan meter TFT 5-inci berwarna. Paparan ini juga turut menawarkan ciri terbaru pada skuter ini iaitu Honda RoadSync. Melalui sistem ini, penunggang boleh mengawal mengawal sistem navigasi, panggilan telefon dan muzik dengan menggunakan butang Multi-Switch baharu di sebelah kiri bar hendal selepas telefon pintar disambungkan melalui Bluetooth.

Model ini juga kini dilengkapi soket pengecas USB jenis Type-C yangb terletak di dalam ruang simpanan kecil di depan. Antara kelengkapan  teknologi lain seperti Honda Selectable Torque Control (HSTC), Emergency Stop Signal (ESS), sistem kunci pintar dan Idling Stop System (ISS) kekal sebagai ciri standard.

Manakala ciri lain seperti cermin pengahadn angin boleh laras dua tahap, ruang simpanan bawah pelana 20 liter, tinggi pelana 780mm, brek-brek cakera, fork teleskopik dan penyerap hentak berkembar dengan sub-tank.

Varian ABS terima warna baru, Matte Green.
Varian ABS terima warna baru, Matte Green.

Untuk pasaran Indonesia, Honda ADV160 2026 didatangkan dalam tiga varian iaitu CBS (Glossy Black, Glossy White & Matte Red) pada harga RP37,265,000 (RM9,552.01). Varian ABS (Matte Black, Matte Brown & warna baru, Matte Green) pada harga RP40,311,000 (RM10,332.78) dan varian Honda RoadSync diperkenalkan dalam warna Glossy Brown bersama kemasan rim warna Burnt titanium pada harga RP41,950,000 (RM10,752.90). RR

Popular

  • Yamaha Kali Ini Lebih Agresif Dengan RW700

  • Model Baru

    KTM 790 Duke 2027 Tampil Dengan Beberapa Pembaharuan

  • Model Baru

    Honda CRF1150L Africa Twin Enduro Sports Diperkenalkan

  • Warta Roda

    Yamaha BLU Universe Pertama Dibuka di Serdang

  • Model Baru

    APRILIA RS 457 GP Replica Dilancarkan. Harga RM35,900

Artikel berkaitan

KTM 790 Duke 2027 Tampil Dengan Beberapa Pembaharuan

Honda CRF1150L Africa Twin Enduro Sports Diperkenalkan

APRILIA RS 457 GP Replica Dilancarkan. Harga RM35,900

CFMOTO 500SR Dilancarkan - RM29,988

Yamaha YZF-R9 Tiba di Malaysia - RM68,000

Model Kembara Mewah, Brixton K750GT Bakal Masuk ke Pasaran Negara

KTM 1390 Super Adventure Tampil Dengan Tiga Varian untuk Pasaran Negara - Bermula RM144,000

KTM 990 RC R - Diinspirasikan Jentera Lumba KTM di MotoGP

Disyorkan untuk anda
Warta Roda

Yamaha BLU NEXUS: Pengalaman Premium Dunia Yamaha

Hong Leong Yamaha Motor (HLYM) terus memperkukuhkan kedudukannya dalam industri motosikal Malaysia menerusi pengenalan Yamaha BLU Nexus, sebuah pusat pameran utama (flagship showroom) yang terletak di Kompleks Hong Leong Yamaha, Sungai Buloh, Selangor.

Warta Roda

Voge DS800X Rally Sudah Berada di Pengedar Mforce Seluruh Negara

Voge DS800X Rally akhirnya tiba ke pasaran negara.

Model Baru

BMW 450RR Dilancarkan. Hadir Dengan Pakej Cukup Menarik!

Tapi kali ini, BMW bawa sesuatu yang lebih kecil ke dalam keluarga RR mereka menerusi BMW F 450 RR, sebuah motosikal sport bersaiz sederana yang tampil dengan enjin 420cc, dua silinder (parallel-twin) dan sistem sejukan cecair.

Model Baru

Suzuki GSX-8TT 2027 Tampil Dengan Warna Merah Serba Baru!

Jentera 'retro-moden', Suzuki GSX-8TT bakal memasuki tahun model 2027 dengan perubahan yang cukup menarik dengan memperkenalkan warna Candy Daring Red.