RodaRoda
☰
Isu Terkini

Oktober 2024

Model Baru / 17 September 2025

MODENAS Supermoped 150 - Paparan Digital Penuh Dengan Rekaan Terkini

Selepas mendedahkan rekabentuk lampu utama, lampu dada dan lampu belakang pada awal September lalu, kali ni bahagian meter dan bar hendal pula untuk diperlihatkan. Menerusi usaha ini, MODENAS amat serius dalam memperkukuhkan identiti Supermoped 150 sebagai sebuah model yang moden dan menarik. Paparan digital penuh berserta susun atur butang kawalan di hendal menyerlahkan lagi ciri sporty pada model ini sekali gus menandakan hala tuju produk ini untuk bersaing dengan pesaing dalam kelasnya.

Salah satu ciri yang menarik perhatian adalah penggunaan panel meter digital penuh yang menampilkan rekaan terkini penuh dengan informasi. Paparan ini memaparkan tahap kelajuan dalam bentuk angka yang besar manakala tahap putaran rpm di bahagian atasnya sehingga 12,000rpm. Ciri ini memberikan gambaran awal karakter enjin pada jentera ini berprestasi tinggi. Selain itu, kedudukan gear, tahap bahan api, jarak perjalanan, lampu ABS serta lampu amaran enjin turut disediakan.

Kemasan meter turut memperlihatkan perkataan "MODENAS" yang terletak kemas di bahagian bawah untuk memberi identiti jelas terhadap jenama tersebut.

Bahagian bar hendal sebelah kiri hadir dengan susun atur suis kawalan yang kemas dan moden. Bahagian kiri, pengguna boleh megakses suis lampu tinggi, lampu kecemasan, isyarat membelok, passing light dan hon. Manakala bahagian kanan terdapat suis penghidup enjin dan suis cut-off yang memebrikan kawalan praktikal buat penunggang. Menerusi rekaan ini menunjukkan bahawa MODENAS mengutamakan aspek keselamatan dan keselesaan untuk tunggangan harian.

Pendedahan panel meter dan bar hendal menguatkan lagi gambaran awal bahawa Modenas Spuermoped 150 dibagunkan sebagai sebuah model yang moden dan mampu bersaing rapat dengan tawaran sedia ada di pasaran negara. RR

Popular

  • Yamaha Kali Ini Lebih Agresif Dengan RW700

  • Model Baru

    KTM 790 Duke 2027 Tampil Dengan Beberapa Pembaharuan

  • Model Baru

    Honda CRF1150L Africa Twin Enduro Sports Diperkenalkan

  • Warta Roda

    Yamaha BLU Universe Pertama Dibuka di Serdang

  • Model Baru

    APRILIA RS 457 GP Replica Dilancarkan. Harga RM35,900

Artikel berkaitan

KTM 790 Duke 2027 Tampil Dengan Beberapa Pembaharuan

Honda CRF1150L Africa Twin Enduro Sports Diperkenalkan

APRILIA RS 457 GP Replica Dilancarkan. Harga RM35,900

CFMOTO 500SR Dilancarkan - RM29,988

Yamaha YZF-R9 Tiba di Malaysia - RM68,000

Model Kembara Mewah, Brixton K750GT Bakal Masuk ke Pasaran Negara

KTM 1390 Super Adventure Tampil Dengan Tiga Varian untuk Pasaran Negara - Bermula RM144,000

KTM 990 RC R - Diinspirasikan Jentera Lumba KTM di MotoGP

Disyorkan untuk anda
Model Baru

Aveta Falcon 180 Diperkenalkan - RM9,798

Aveta Malaysia secara rasminya memperkenalkan Falcon 180 untuk pasaran negara.

Model Baru

KTM 990 RC R - Diinspirasikan Jentera Lumba KTM di MotoGP

KTM Malaysia secara rasminya memperkenalkan model supersport baharu iaitu 990 RC R.

Warta Roda

Yamaha XMAX 250 vs XMAX 300: Empat Media Kongsi Pengalaman

Kalau nak tahu sedap atau tidak sesebuah skuter, jangan tengok angka atas kertas saja. Jangan hanya sekadar membaca komen di sosial media. Jawapannya kena cari sendiri...kena rasai sendiri. Begitu juga dengan perbezaan antara dua skuter 'terhangat' di pasaran. Tak lain dan tak bukan... Yamaha XMAX 250 dan yang terbaru, Yamaha XMAX 300.

Model Baru

Honda PCX160 Kembali ke Malaysia Selepas 6 Tahun - RM12,998

Honda PCX160 tiba semula ke pasaran negara pada harga RM12,998.