RodaRoda
☰
Isu Terkini

Oktober 2024

Model Baru / 4 Oktober 2025

Mforce Pamer SOUO S2000

Bersempena dengan majlis Mid Autumn Gala Dinner dan pelancaran lima model terbaru yang terdiri daripada SYM serta WMOTO, Mforce Bike Holdings Sdn Bhd turut mempamerkan sebuah jenama motosikal dari GWM iaitu SOUO Motorcycles menerusi model S2000.

Model ini dikuasakan dengan enjin 1999cc Horizontal Opposed 8-silinder, 4-lejang, DOHC 32 injap bersama sistem penyejuk cecair. Enjin transmisi DCT 8-kelajuan (dual-clutch transmission) ini berupaya menghasilkan kuasa maksimum 152hp pada 6,500rpm dan tork sekitar 190Nm pada 4,500rpm.

Dibina atas kerangka Die-cast aluminium, SOUO mempunyai panjang 2,660mm, lebar 950mm dan tinggi keseluruhan 1,540mm. Sebagai sebuah jentera touring mewah berbadan besar, ketinggian pelananya hanya 740mm. Berat jentera ini pula sekitar 450 - 461kg.

Jentera ini dilengkapi brek cakera berkembar 320mm di bahagian hadapan bersama kaliper jenis Brembo, manakala bahagian belakang pula didatangkan dengan brek cakera tunggal 200mm. Sistem ABS dua saluran dipasang secara standard. Saiz tayar hadapan 130/70 R18 dan belakang 200/55 R16 dan tangki tangki bahan api bersaiz 26.2 liter dengan kadar penggunaan bahan api 5.4L/100km (WMTC) sesuai untuk perjalanan jarak jauh.

Jika model ini dibawa masuk oleh Mforce Bike Holdings, SOUO Motorcycle bakal menjadi alternatif menarik kepada model-model touring mewah yang sudah lama menguasai pasaran Malaysia. Apa pun kita tunggu pengumuman rasmi daripada pihak Mforce. RR

Popular

  • Yamaha Kali Ini Lebih Agresif Dengan RW700

  • Model Baru

    KTM 790 Duke 2027 Tampil Dengan Beberapa Pembaharuan

  • Model Baru

    Honda CRF1150L Africa Twin Enduro Sports Diperkenalkan

  • Warta Roda

    Yamaha BLU Universe Pertama Dibuka di Serdang

  • Model Baru

    APRILIA RS 457 GP Replica Dilancarkan. Harga RM35,900

Artikel berkaitan

KTM 790 Duke 2027 Tampil Dengan Beberapa Pembaharuan

Honda CRF1150L Africa Twin Enduro Sports Diperkenalkan

APRILIA RS 457 GP Replica Dilancarkan. Harga RM35,900

CFMOTO 500SR Dilancarkan - RM29,988

Yamaha YZF-R9 Tiba di Malaysia - RM68,000

Model Kembara Mewah, Brixton K750GT Bakal Masuk ke Pasaran Negara

KTM 1390 Super Adventure Tampil Dengan Tiga Varian untuk Pasaran Negara - Bermula RM144,000

KTM 990 RC R - Diinspirasikan Jentera Lumba KTM di MotoGP

Disyorkan untuk anda
Warta Roda

Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026 Lebih Meriah... Lebih Mencabar

Seramai 393 penunggang motosikal dari seluruh negara menyertai Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026 yang berlangsung di Gerik, Perak pada pertengahan September yang lalu.

Model Baru

Aveta Falcon 180 Diperkenalkan - RM9,798

Aveta Malaysia secara rasminya memperkenalkan Falcon 180 untuk pasaran negara.

Model Baru

KTM 1390 Super Adventure Tampil Dengan Tiga Varian untuk Pasaran Negara - Bermula RM144,000

KTM Malaysia secara rasmi memperkenalkan model adventure yang menawarkan tiga varian iaitu 1390 Super Adventure R, S dan S EVO.

Warta Roda

Voge DS800X Rally Sudah Berada di Pengedar Mforce Seluruh Negara

Voge DS800X Rally akhirnya tiba ke pasaran negara.