RodaRoda
☰
Isu Terkini

Oktober 2024

Model Baru / 7 Oktober 2025

KOVE MOTO Malaysia Umum Harga 450 Rally - RM39,900

Bersempena dengan pelancaran dua model terbaru iaitu 450R dan 800X GT, MDua Motor Sdn Bhd yang secara rasmi menjadi pengedar rasmi jenama KOVE di Malaysia turut mengumumkan harga untuk KOVE 450 Rally. Model ini ditawarkan pada harga asas bermula RM39,900

Model yang pernah menyertai perlumbaan Rally Dakar ini dijana dengan enjin 449cc silinder tunggal, sekaligus menghasilkan kuasa maksimum 51.7hp paad 9,500rpm dan tork sekitar 40Nm pada 7,000rpm. Jentera ini turut dipadankan dengan kotak gear enam kelajuan bagi memberikan pecutan responsif serta prestasi stabil di atas jalan mahupun laluan lasak.

Bahagian saspensi terdiri daripada fork USD 49mm manakala belakang menggunakan penyerap hentak monoshock. Kedua-dua saspensi tersebut boleh dilaras sepenuhnya. Lebih menarik Kove 450 Rally didatangkang dengan saiz tangki bahan api seluas 30 liter manakala berat jentera sekitar 145kg dan kelegaan tanah hanya 297mm, sesuai untuk kegunaan rali sebenar serta pengembaraan lasak.

Kelengkapan lain yang ada pada jentera ini adalah lampu-lampu LED, paparan meter TFT, tayar hadapan bersaiz 90/90-21, tayar belakang 140/80-18, tinggi pelana 960mm dan brek-brek jenis cakera serta sistem ABS yang boleh dinyahaktifkan..

Bagi yang ingin melihat jentera ini dengan lebih dekat boleh kunjungi AMI Bumirai Showroom, PJ222 Petaling Jaya. Harga yang dipaparkan adalah tanpa pendaftaran, cukai jalan dan insurans. RR

Popular

  • Yamaha Kali Ini Lebih Agresif Dengan RW700

  • Model Baru

    KTM 790 Duke 2027 Tampil Dengan Beberapa Pembaharuan

  • Model Baru

    Honda CRF1150L Africa Twin Enduro Sports Diperkenalkan

  • Warta Roda

    Yamaha BLU Universe Pertama Dibuka di Serdang

  • Model Baru

    APRILIA RS 457 GP Replica Dilancarkan. Harga RM35,900

Artikel berkaitan

KTM 790 Duke 2027 Tampil Dengan Beberapa Pembaharuan

Honda CRF1150L Africa Twin Enduro Sports Diperkenalkan

APRILIA RS 457 GP Replica Dilancarkan. Harga RM35,900

CFMOTO 500SR Dilancarkan - RM29,988

Yamaha YZF-R9 Tiba di Malaysia - RM68,000

Model Kembara Mewah, Brixton K750GT Bakal Masuk ke Pasaran Negara

KTM 1390 Super Adventure Tampil Dengan Tiga Varian untuk Pasaran Negara - Bermula RM144,000

KTM 990 RC R - Diinspirasikan Jentera Lumba KTM di MotoGP

Disyorkan untuk anda
Model Baru

KTM 790 Duke 2027 Tampil Dengan Beberapa Pembaharuan

KTM 790 Duke 2027 dikatakan akan di bawa masuk ke pasaran negara tahun hadapan.

Warta Roda

Voge DS800X Rally Sudah Berada di Pengedar Mforce Seluruh Negara

Voge DS800X Rally akhirnya tiba ke pasaran negara.

Model Baru

Aveta Falcon 180 Diperkenalkan - RM9,798

Aveta Malaysia secara rasminya memperkenalkan Falcon 180 untuk pasaran negara.

Warta Roda

Aveta Nova 200 Limited Edition Tiba ke Pasaran Negara - RM8,788

Aveta Malaysia turut memperkenalkan Nova 200 Limited Edition yang menampilkan warna dan kemasan berbeza berbanding varian standard.