RodaRoda
☰
Isu Terkini

Oktober 2024

Model Baru / 5 November 2025

CFMOTO Dedah V4 SR-RR - Kuasa 210hp & Aerodinamik Aktif

CFMOTO Global cipta sejarah di pentas pameran motosikal antarabangsa EICMA 2025 apabila mendedahkan model prototaip V4 SR-RR yang merupakan sebuah jentera berprestasi tinggi yang menggunakan enjin V4 pertama dari jenama tersebut. Kehadiran model ini menandakan kemuncak inovasi dan kejuruteraan CFMOTO dalam usaha menembusi dunia superbike premium.

V4 SR-RR dibangunkan sepenuhnya oleh pasukan R&D CFMOTO di Hangzhou dengan kerjasama oleh pasukan perlumbaan mereka dalam Moto2 dan Moto3.

Menurut pihak CFMOTO, model ini menggunakan enjin v4 bersudut 90 darjah yang berkapasiti 997cc dan mampu menghasilkan kuasa sekitar 210hp, sebaris dengan jentera berkuasa tinggi keluaran Eropah dan Jepun. Tahap kelajuan maksimum dianggarkan boleh mencapai 300km/j.

Selain itu, V4 SR-RR turut menampilkan sistem aerodinamik aktif yang membolehkan winglet yang terletak di bahagian fairing hadapan menyesuaikan kedudukannya secara automatik mengikut kelajuan jentera. 

Ciri lain yang ada seperti berat jentera bawah 200kg, Traction Control, mod tunggangan,quickshifter, Wheelie Control, Cornering ABS, Ride-by-Wire, brek jenis brembo, sistem suspensi elektronik dan sistem ekzos titanium dari Akrapovic. Buat masa ini spesifikasi akhir masih lagi dalam proses penyempurnaah termasuklah kuasa, berat, dan sistem elektronik.

CFMOTO menjelaskan bahawan model V4 SR-RR yang ditayangkan di EICMA 2025 masih berstatus prototaip. RR

Popular

  • Yamaha Kali Ini Lebih Agresif Dengan RW700

  • Model Baru

    KTM 790 Duke 2027 Tampil Dengan Beberapa Pembaharuan

  • Model Baru

    Honda CRF1150L Africa Twin Enduro Sports Diperkenalkan

  • Warta Roda

    Yamaha BLU Universe Pertama Dibuka di Serdang

  • Model Baru

    APRILIA RS 457 GP Replica Dilancarkan. Harga RM35,900

Artikel berkaitan

KTM 790 Duke 2027 Tampil Dengan Beberapa Pembaharuan

Honda CRF1150L Africa Twin Enduro Sports Diperkenalkan

APRILIA RS 457 GP Replica Dilancarkan. Harga RM35,900

CFMOTO 500SR Dilancarkan - RM29,988

Yamaha YZF-R9 Tiba di Malaysia - RM68,000

Model Kembara Mewah, Brixton K750GT Bakal Masuk ke Pasaran Negara

KTM 1390 Super Adventure Tampil Dengan Tiga Varian untuk Pasaran Negara - Bermula RM144,000

KTM 990 RC R - Diinspirasikan Jentera Lumba KTM di MotoGP

Disyorkan untuk anda
Warta Roda

Yamaha BLU NEXUS: Pengalaman Premium Dunia Yamaha

Hong Leong Yamaha Motor (HLYM) terus memperkukuhkan kedudukannya dalam industri motosikal Malaysia menerusi pengenalan Yamaha BLU Nexus, sebuah pusat pameran utama (flagship showroom) yang terletak di Kompleks Hong Leong Yamaha, Sungai Buloh, Selangor.

Dari Litar

Marco Bezzechhi Cemerlang di Mandalika

Marco Bezzecchi mencuri tumpuan apabila menjuarai Grand Prix Indonesia di Litar Antarabangsa Mandalika, sekali gus menghidupkan semula cabarannya dalam perebutan gelaran dunia MotoGP 2026.

Model Baru

KTM 790 Duke 2027 Tampil Dengan Beberapa Pembaharuan

KTM 790 Duke 2027 dikatakan akan di bawa masuk ke pasaran negara tahun hadapan.

Model Baru

Suzuki GSX-8TT 2027 Tampil Dengan Warna Merah Serba Baru!

Jentera 'retro-moden', Suzuki GSX-8TT bakal memasuki tahun model 2027 dengan perubahan yang cukup menarik dengan memperkenalkan warna Candy Daring Red.