RodaRoda
☰
Isu Terkini

Oktober 2024

Model Baru / 17 November 2025

CFLITE 250 Dual Masuk Malaysia Awal Tahun hadapan - Bawah RM10K

Dalam satu sesi lawatan RR bersama para media tempatan lain ke kilang CFMOTO di Zhejiang, China, kami juga turut berkesempatan menunggal beberapa model baharu termasuklah CFLite 250 Dual. Kami turut dimaklumkan oleh pihak Mforce Bike holdings selaku pengedar rasmi jenama CFMOTO di Malaysia, model dual-purpose iaitu CFLITE 250 Dual bakal dibawa masuk ke pasaran negara pada awal tahun 2026.

Model ini dikuasakan oleh enjin 249.2cc silinder tunggal, SOHC dengan sistem penyejuk cecair yang menghasilkan kuasa maksimum 24hp pada 8,000rpm dan tork sekitar 22.5Nm pada 7,000rpm. 

Sebagai sebuah motosikal dual-purpose yang amat sesuai untuk tunggangan lasak, CFLITE 250 Dual dilengkapi fork hadapan jenis terbalik manakala bahagian belakang dipadankan dengan penyerap hentak monoshock. Rim jenis jejari 21 inci di depan dan 18 inci di belakang merupakan satu konfigurasi yang sinonim dengan motosikal trail sebenar. Kelegaan bumi sekitar 245mm pula memudahkan pergerakkan jentera di laluan off-road tanpa sebarang masalah.



Antara kelengkapan lain seperti brek cakera 265mm (depan), brek cakera 220mm (belakang), sistem suntikan bahan api (EFI), tangki bahan api 13 liter, lampu LED, sistem ABS, soket USB Type-A, paparan meter digital dan tinggi pelana 840mm.

Kehadiran model ini pada tahun hadapan sudah pasti bakal memberikan saingan sengit pada beberapa model lain dalam kelasnya di Malaysia, terutama dengan penawaran harga yang lebih kompetitif iaitu dijangka bawah RM10k. RR

Popular

  • Yamaha Kali Ini Lebih Agresif Dengan RW700

  • Model Baru

    KTM 790 Duke 2027 Tampil Dengan Beberapa Pembaharuan

  • Model Baru

    Honda CRF1150L Africa Twin Enduro Sports Diperkenalkan

  • Warta Roda

    Yamaha BLU Universe Pertama Dibuka di Serdang

  • Model Baru

    APRILIA RS 457 GP Replica Dilancarkan. Harga RM35,900

Artikel berkaitan

KTM 790 Duke 2027 Tampil Dengan Beberapa Pembaharuan

Honda CRF1150L Africa Twin Enduro Sports Diperkenalkan

APRILIA RS 457 GP Replica Dilancarkan. Harga RM35,900

CFMOTO 500SR Dilancarkan - RM29,988

Yamaha YZF-R9 Tiba di Malaysia - RM68,000

Model Kembara Mewah, Brixton K750GT Bakal Masuk ke Pasaran Negara

KTM 1390 Super Adventure Tampil Dengan Tiga Varian untuk Pasaran Negara - Bermula RM144,000

KTM 990 RC R - Diinspirasikan Jentera Lumba KTM di MotoGP

Disyorkan untuk anda
Dari Litar

Hakim Danish Gegarkan SIC. Nyaris Podium Di Laman Sendiri

Muhammad Hakim Danish Ramli membuktikan bahawa dirinya mempunyai semangat juang luar biasa apabila menamatkan perlumbaan Moto3 Grand Prix Malaysia 2026 di tempat keempat di Litar Antarabangsa Sepang (SIC).

Dari Litar

SIC Sasar 200,000 Pengujung Tahun Ini, Hakim Danish Bakal Menjadi Tumpuan di GP Malaysia

PETRONAS Grand Prix of Malaysia 2026 bakal kembali berlangsung di Litar Antarabangsa PETRONAS Sepang (SIC) dari 30 Oktober hingga 1 November ini.

Warta Roda

Yamaha BLU NEXUS: Pengalaman Premium Dunia Yamaha

Hong Leong Yamaha Motor (HLYM) terus memperkukuhkan kedudukannya dalam industri motosikal Malaysia menerusi pengenalan Yamaha BLU Nexus, sebuah pusat pameran utama (flagship showroom) yang terletak di Kompleks Hong Leong Yamaha, Sungai Buloh, Selangor.

Warta Roda

Yamaha BLU Universe Pertama Dibuka di Serdang

Yamaha Blu Universe pertama di Malaysia