RodaRoda
☰
Isu Terkini

Oktober 2024

Model Baru / 19 November 2025

Keeway RKR 250 Tembusi Pasaran Negara - RM13,888

Pada acara khas di Taizhou, China, Keeway dan Mforce Bike Holdings Sdn Bhd telah melancarkan model terbaharu untuk pasaran Malaysia iaitu RKR 250. Dari segi gaya, Model ini menampilkan rekabentuk agresif yang dibangunkan dengan kerjasama Centro Stile Morbidelli di Itali untuk menawarkan elemen estetika Eropah yang moden, berprestasi tinggi tetapi mampu milik. 

Sportbike ini dijana enjin 249.3cc parallel-twin, DOHC dengan sistem penyejuk cecair yang menghasilkan kuasa maksimum sekitar 31.5hp pada 10,500rpm dan tork 22.5Nm pada 9,500rpm. Sistem transmisi 6-kelajuan pada jentera ini turut dipadankan bersama Slipper Clutch supaya proses penukaran gear dapat dilakukan dengan lebih lancar.

Motosikal ini juga direka untuk menawarkan prestasi yang mengagumkan di laluan berselekoh di mana suspensi hadapan menggunakan fork USD 40mm manakala belakang dilengkapi penyerap hentak tunggal boleh laras. Bahagian roda pula hadir dengan rim bersaiz 17-inci yang disluti tayar hadapan 110/70 dan belakang 150/60.

Dari segi ciri-ciri moden terdapat sistem ABS dua saluran, lampu-lampu LED, Traction Control, soket pengecas USB Type-C & Type-A serta paparan meter TFT yang lengkap dengan maklumat seperti tekanan angin tayar melalui sistem TPMS.

Antara kelengkapan lain seperti tangki bahan api 12 liter, tinggi pelana 770mm, berat 165kg, brek cakera 320mm (depan), brek cakera 240mm (belakang) dan kerangka Daimond.

Menariknya, harga asas yang diumumkan untuk model Keeway RKR 250 ialah RM13,888, menjadikannya antara jenetra dua silinder 250cc paling murah di pasaran tempatan. RR

Popular

  • Yamaha Kali Ini Lebih Agresif Dengan RW700

  • Model Baru

    KTM 790 Duke 2027 Tampil Dengan Beberapa Pembaharuan

  • Model Baru

    Honda CRF1150L Africa Twin Enduro Sports Diperkenalkan

  • Warta Roda

    Yamaha BLU Universe Pertama Dibuka di Serdang

  • Model Baru

    APRILIA RS 457 GP Replica Dilancarkan. Harga RM35,900

Artikel berkaitan

KTM 790 Duke 2027 Tampil Dengan Beberapa Pembaharuan

Honda CRF1150L Africa Twin Enduro Sports Diperkenalkan

APRILIA RS 457 GP Replica Dilancarkan. Harga RM35,900

CFMOTO 500SR Dilancarkan - RM29,988

Yamaha YZF-R9 Tiba di Malaysia - RM68,000

Model Kembara Mewah, Brixton K750GT Bakal Masuk ke Pasaran Negara

KTM 1390 Super Adventure Tampil Dengan Tiga Varian untuk Pasaran Negara - Bermula RM144,000

KTM 990 RC R - Diinspirasikan Jentera Lumba KTM di MotoGP

Disyorkan untuk anda
Model Baru

Aveta Nova 250 G Elite Edition Diperkenalkan! Harga asas RM14,888

Aveta Malaysia terus mengukuhkan kedudukannya dalam pasaran motosikal Malaysia menerusi pembukaan rasmi G Elite Motor – Aveta Elite Centre di Shah Alam, Selangor.

Model Baru

Aveta Falcon 180 Diperkenalkan - RM9,798

Aveta Malaysia secara rasminya memperkenalkan Falcon 180 untuk pasaran negara.

Warta Roda

Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026 Lebih Meriah... Lebih Mencabar

Seramai 393 penunggang motosikal dari seluruh negara menyertai Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026 yang berlangsung di Gerik, Perak pada pertengahan September yang lalu.

Model Baru

Yamaha YZF-R9 Tiba di Malaysia - RM68,000

HLYM secara rasminya melancarkan model supersport baharu iaitu YZF-R9.