RodaRoda
☰
Isu Terkini

Oktober 2024

Model Baru / 2 Disember 2025

MODA Perkenalkan AERO E - Harga bermula RM5,189

MDUA Motor Sdn Bhd selaku pengedar jenama MODA di Malaysia telah melancarkan skuter keempat mereka iaitu AERO E. Dari segi gaya model ini menampilkan rekabentuk yang lebih tajam serta aerodinamik dan sangat sesuai untuk kegunaan harian dan tunggangan di bandar.

Bahagian hadapan tampak unik yang diserlahkan dengan dua pasang lampu utama jenis projektor LED. Terdapat juga lampu DRL yang turut disepadukan bersama lampu isyarat bagi menyerlahkan lagi skuter MODA ini. Paparan meternya cukup ringkas tetapi jenis digital, cuma agak kurang jelas bila ditunggang di bawah cahaya matahari terik.

AERO E dikuasakan dengan enjin 118.8cc silinder tunggal EURO-4, SOHC dengan sistem penyejuk udara. Enjinnya mampu menghasilkan kuasa 9.1hp pada 7,500rpm dan tork 9.5Nm pada 6,000rpm. Berat jentera cukup ringan hanya sekitar 110kg, sangat sesuai untuk tunggangan di laluan terhad terutama kawasan urban.

Model ini didatangkan dengan tangki bahan api 5.5 liter. Bagi kami cukup besar bagi jentera di bawah 125cc dan menurut pihak MODEN, Aero E boleh di tunggang sekitar 250 kilometer dengan sekali isian. Manakala untuk ruang bawah pelana cukup praktikal dengan luas 6.5 liter. Terdapat juga dua ruangan kecil di hadapan serta penyangkut barang.

Antara kelengkapan lain seperti lampu belakang LED, tinggi pelana 780mm, tayar hadapan 90/90-14, tayar belakang 100/90-14, fork teleskopik, penyerap hentak tunggal di belakag, jarak roda 1,316mm, brek cakera di hadapan, transmisi CVT, sistem suntikan bahan api, soket USB Type-A dan Type-C.

MODA AERO E hadir dalam dua pilihan warna iaitu Cobalt Blue (Biru) dan Carmine Red (Merah) dnegan harga asas RM5,189 (tanpa cukai jalan, insurans dan pendaftaran). RR

Popular

  • Yamaha Kali Ini Lebih Agresif Dengan RW700

  • Model Baru

    KTM 790 Duke 2027 Tampil Dengan Beberapa Pembaharuan

  • Model Baru

    Honda CRF1150L Africa Twin Enduro Sports Diperkenalkan

  • Warta Roda

    Yamaha BLU Universe Pertama Dibuka di Serdang

  • Model Baru

    APRILIA RS 457 GP Replica Dilancarkan. Harga RM35,900

Artikel berkaitan

KTM 790 Duke 2027 Tampil Dengan Beberapa Pembaharuan

Honda CRF1150L Africa Twin Enduro Sports Diperkenalkan

APRILIA RS 457 GP Replica Dilancarkan. Harga RM35,900

CFMOTO 500SR Dilancarkan - RM29,988

Yamaha YZF-R9 Tiba di Malaysia - RM68,000

Model Kembara Mewah, Brixton K750GT Bakal Masuk ke Pasaran Negara

KTM 1390 Super Adventure Tampil Dengan Tiga Varian untuk Pasaran Negara - Bermula RM144,000

KTM 990 RC R - Diinspirasikan Jentera Lumba KTM di MotoGP

Disyorkan untuk anda
Dari Litar

SIC Sasar 200,000 Pengujung Tahun Ini, Hakim Danish Bakal Menjadi Tumpuan di GP Malaysia

PETRONAS Grand Prix of Malaysia 2026 bakal kembali berlangsung di Litar Antarabangsa PETRONAS Sepang (SIC) dari 30 Oktober hingga 1 November ini.

Dari Litar

Hakim Danish Gegarkan SIC. Nyaris Podium Di Laman Sendiri

Muhammad Hakim Danish Ramli membuktikan bahawa dirinya mempunyai semangat juang luar biasa apabila menamatkan perlumbaan Moto3 Grand Prix Malaysia 2026 di tempat keempat di Litar Antarabangsa Sepang (SIC).

Model Baru

KTM 990 RC R - Diinspirasikan Jentera Lumba KTM di MotoGP

KTM Malaysia secara rasminya memperkenalkan model supersport baharu iaitu 990 RC R.

Warta Roda

Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026 Lebih Meriah... Lebih Mencabar

Seramai 393 penunggang motosikal dari seluruh negara menyertai Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026 yang berlangsung di Gerik, Perak pada pertengahan September yang lalu.