RodaRoda
☰
Isu Terkini

Oktober 2024

Model Baru / 18 Disember 2025

ZXMOTO 500RR Muncul di EICMA Dengan Tawarkan enjin 4 Silinder Sebaris

ZXMOTO diperkenalkan buat kali pertama di Pameran Motosikal Antarabangsa EICMA tahun ini dengan menampilkan pelbagai model-model menarik bersesaran dari 250cc, 500cc hingga 820cc. Jenama ini diasaskan pada tahun 2024 oleh Zhang Xue dan berpengkalan di China.

Untuk kali ini, RR perkenalkan dulu model sport iaitu ZXMOTO 500RR yang menawarkan rekabentuk serta spesifikasi yang mantap. Ia disempurnakan dengan enjin 470cc, 4-silinder sebaris, DOHC, 16-injap dengan sistem penyejuk cecair yang berkuasa 84.2hp pada 13,500rpm dan tork 46Nm pada 11,500rpm.

Model ini juga didatangkan dengan sistem Slipper Clutch tetapi tidak pula dinyatakan sama ada lengkap dengan sistem Quick Shifter. Menurut pihak ZXMOTO, laju maksimum adalah sekitar 235-240km/j dan cukup sesuai untuk tunggangan di jalanan biasa dan di litar.

Model ini hadir dengan taya hadapan 120/70 ZR17 dan belakang 180/55 ZR17 yang dipadankan dengan sepasang brek cakera  300mm (depan), brek cakera 220mm berserta sistem ABS.

Antara ciri-ciri menarik ZXMOTO 500RR:

  • panel meter TFT
  • Sistem EFI BOSCH
  • Bar hendal Aluminium

  • Lengan ayun tunggal
  • Sistem saspensi depan (fork USD 41mm) boleh laras
  • Penyerap hentak tunggal dengan pelasaran penuh

Tinggi pelana 800mm manakala beratnya hanya 168kg.

Belum pasti sama ada model ini akan dipasarkan di Malaysia tetapi semestinya sesebuah jentera itu perlu terlebih dahulu menjalani ujian ketahanan dan kesesuaian di jalanraya Malaysia. Penggunaan motosikal di Malaysia agak ekstrim memandangkan adanya lebuhraya, jalan-jalan baik ke kawasan bukit dan pergunungan yang memerlukan kuasa enjin, sistem saspensi, sistem transmisi yang cemerlang. RR

Popular

  • Yamaha Kali Ini Lebih Agresif Dengan RW700

  • Model Baru

    KTM 790 Duke 2027 Tampil Dengan Beberapa Pembaharuan

  • Model Baru

    Honda CRF1150L Africa Twin Enduro Sports Diperkenalkan

  • Warta Roda

    Yamaha BLU Universe Pertama Dibuka di Serdang

  • Model Baru

    APRILIA RS 457 GP Replica Dilancarkan. Harga RM35,900

Artikel berkaitan

KTM 790 Duke 2027 Tampil Dengan Beberapa Pembaharuan

Honda CRF1150L Africa Twin Enduro Sports Diperkenalkan

APRILIA RS 457 GP Replica Dilancarkan. Harga RM35,900

CFMOTO 500SR Dilancarkan - RM29,988

Yamaha YZF-R9 Tiba di Malaysia - RM68,000

Model Kembara Mewah, Brixton K750GT Bakal Masuk ke Pasaran Negara

KTM 1390 Super Adventure Tampil Dengan Tiga Varian untuk Pasaran Negara - Bermula RM144,000

KTM 990 RC R - Diinspirasikan Jentera Lumba KTM di MotoGP

Disyorkan untuk anda
Model Baru

KTM 790 Duke 2027 Tampil Dengan Beberapa Pembaharuan

KTM 790 Duke 2027 dikatakan akan di bawa masuk ke pasaran negara tahun hadapan.

Model Baru

Aveta Falcon 180 Diperkenalkan - RM9,798

Aveta Malaysia secara rasminya memperkenalkan Falcon 180 untuk pasaran negara.

Dari Litar

SIC Sasar 200,000 Pengujung Tahun Ini, Hakim Danish Bakal Menjadi Tumpuan di GP Malaysia

PETRONAS Grand Prix of Malaysia 2026 bakal kembali berlangsung di Litar Antarabangsa PETRONAS Sepang (SIC) dari 30 Oktober hingga 1 November ini.

Warta Roda

Honda ADV160 RoadSync Kini Dengan Warna Perlumbaan Trico

Boon Siew Honda Sdn. Bhd. memperkenalkan Honda ADV160 Trico Edition dengan Honda RoadSync, yang menampilkan corak warna merah, putih dan biru yang telah membawa semangat perlumbaan Honda sejak sekian lama.