RodaRoda
☰
Isu Terkini

Oktober 2024

Model Baru / 21 Disember 2025

Vespa Officina 8 Series Masuk Pasaran Negara - Bermula RM22,000

Vespa Malaysia secara rasminya memperkenalkan model edisi terhad iaitu Vespa Officina 8 Series ke dalam pasaran negara sempena dengan pembukaan kedai eksklusif Casa della Vespa di Georgetown, Penang.

Untuk pasaran Malaysia, Officina 8 didatangkan dengan dua model iaitu Vespa Sprint 150 dan GTV 300 yang masing-masing menampilkan warna eksklusif "Blu Officina 8" iaitu Biru Industri dengan kemasan Matte Matellic, diinspirasikan daripada suasana bengkel pada era lampau.

Selain penggunaan warna khas, kedua-dua model ini turut dipadankan dengan kemasan satin alumunium dan brass pada beberapa bahagian termasuklah rim sentuhan daimond-cut serta hiasan di sekitar lampu. Emblem 3D Officina 8 manambah lagi ciri premium pada skuter ini. Selain itu, pelana pada Sprint Officina 8 dan GTV Officina 8 dikemaskan dengan jahitan kontras serta rivet brass bagi mengetengahkan elemen warisan pada model ini.

Nama "Officina 8" ini diinspirasikan daripada bengkel khas di kilang Piaggio, Pontedera, Itali selepas Perang Dunia Kedua. Dalam bahasa Itali, Officiana bermaksud bengkel yang memainkan peranan untuk mencipta skuter inovatif termasuklah rekabentuk dan prototaip pertama Vespa yang dihasilkan.

GTV Officina 300
GTV Officina 300

Walaubagaimanapun, dari segi spesifikasi masih sama dengan model asas yang sedia ada dipasaran. Vespa GTV Officina 8 dijana dengan enjin 300cc HPE silinder tunggal yang menawarkan kuasa 25hp pada 6,500rpm dan tork 28.9Nm pada 5,250rpm. Model ini didatangkan dengan transmisi CVT serta kelengkapan moden seperti sistem ABS, Anti-Slip Regulation (ASR), lampu-lampu LED, paparan meter digital dan sistem kunci pintar. Keunikan jentera ini menerusi lampu utamanya yang terletak di bahagian bawah (atas fender hadapan) dan penutup pelana belakang (rear cowl) ala-ala jentera perlumbaan Vespa.

Sprint Officina 150
Sprint Officina 150

Sementara itu, Vespa Sprint Officina 8 pula dilengkapi dengan enjin i-GET 150cc silinder tunggal dengan sistem penyejuk udara yang menghasilkan kuasa 12.5hp pada 7,750rpm dan tork 12.5Nm pada 6,500rpm. Ciri-ciri lain seperti paparan meter analog & digital, tinggi pelana 785mm, tangki bahan api 8 liter, lampu LED dan sistem ABS.

Setiap pembelian Vespa Officina 8, pemilik turut menerima welcome kit berupa bekas berbentuk tin dengan warna edisi khas yang mengandungi Owner's Book untuk mengimbas sejarah Officina 8. Selain itu, pihak Vespa turut perkenalkan barangan gaya hidup seperti Windbreaker, Hoddie, Baju-T dan Sport Bag yang direka bersesuaian dengan identiti model Edisi Khas ini.

Kedua-dua model tersebut boleh didapati di semua pengedar sah Vespa di seluruh Malaysia pada harga asas RM22,000 untuk Sprint Officina 150 manakala GTV Officina 300 ditawarkan pada harga asas RM37,900. RR

Popular

  • Yamaha Kali Ini Lebih Agresif Dengan RW700

  • Model Baru

    KTM 790 Duke 2027 Tampil Dengan Beberapa Pembaharuan

  • Model Baru

    Honda CRF1150L Africa Twin Enduro Sports Diperkenalkan

  • Warta Roda

    Yamaha BLU Universe Pertama Dibuka di Serdang

  • Model Baru

    APRILIA RS 457 GP Replica Dilancarkan. Harga RM35,900

Artikel berkaitan

KTM 790 Duke 2027 Tampil Dengan Beberapa Pembaharuan

Honda CRF1150L Africa Twin Enduro Sports Diperkenalkan

APRILIA RS 457 GP Replica Dilancarkan. Harga RM35,900

CFMOTO 500SR Dilancarkan - RM29,988

Yamaha YZF-R9 Tiba di Malaysia - RM68,000

Model Kembara Mewah, Brixton K750GT Bakal Masuk ke Pasaran Negara

KTM 1390 Super Adventure Tampil Dengan Tiga Varian untuk Pasaran Negara - Bermula RM144,000

KTM 990 RC R - Diinspirasikan Jentera Lumba KTM di MotoGP

Disyorkan untuk anda
Model Baru

Honda CRF1150L Africa Twin Enduro Sports Diperkenalkan

Honda global melancarkan model serba baharu iaitu CRF1150L Africa Twin Enduro Sports.

Model Baru

Global: Honda CBR500R FOUR Serba Baru Diperkenalkan

Honda Eropah baru sahaja memperkenalkan model sport baru iaitu CBR500R FOUR yang kini hadir dengan enjin 4 silinder sebaris dan sistem E-Clutch yang sudah pasti menjanjikan kemantapan tunggangan di jalanan biasa, laluan berselekoh mahupun di dalam litar.

Model Baru

Aveta Falcon 180 Diperkenalkan - RM9,798

Aveta Malaysia secara rasminya memperkenalkan Falcon 180 untuk pasaran negara.

Dari Litar

SIC Sasar 200,000 Pengujung Tahun Ini, Hakim Danish Bakal Menjadi Tumpuan di GP Malaysia

PETRONAS Grand Prix of Malaysia 2026 bakal kembali berlangsung di Litar Antarabangsa PETRONAS Sepang (SIC) dari 30 Oktober hingga 1 November ini.