RodaRoda
☰
Isu Terkini

Oktober 2024

Model Baru / 8 Januari 2026

Benelli TNT 550 2026 Diperkenalkan Untuk Pasaran Global

Benelli terus memperkukuh jenamanya di pasaran global selepas memperkenalkan segmen motosikal bersaiz sederhana menerusi TNT 550 2026. Kehadiran jentera ini semestinya menjadi pelengkap kepada model supersport Tornado 550 tetapi dalam bentuk naked yang lebih praktikal dan selesa dalam keluarga 550cc Benelli.

Mode ini menampilkan rekabentuk yang agresif dan moden. Bahagian hadapan memang tampak unik dengan sepasang lampu utama jenis projector LED dan lampu DRL yang berbentuk seakan huruf T bagi menyerlahkan lagi identiti TNT 550 sebagai model naked kelas pertengahan berprestasi tinggi.

Dari segi enjin, TNT 550 berkongsikan nadi yang sama seperti Tornado 550 iaitu 554cc dua silinder bersama sistem penyejuk cecair. Model ini mampu menghasilkan kuasa 56hp pada 8,250rpm dan tork 54Nm pada 5,500rpm. 

Jentera ini turut dipadankan dengan dua mod tunggangan iaitu Normal dan Sport. Manakala sistem elektronik  lain seperti Traction Control (boleh off) dan sistem ABS dua saluran.

Dari segi casis menggunakan rangka jenis keluli trellis, manakala bahagian sistem suspensi pula hadir dengan fork USD di hadapan dan penyerap hentak monoshock bagi suspensi belakang. 

Sistem brek pula dipadankan dengan cakera berkembar 320mm bersama brek Brembo, manakala belakang menggunakan cakera tunggal bersaiz 260mm. TNT 550 turut disempurnakan dengan penggunaan tayar 17-inci jenis Pirelli Angel GT II.

Turut melengkapkan lagi kemodenan TNT ini adalah meter TFT bersaiz 5-inci yang lengkap dengan sistem navigasi dan sambungan Bluetooth serta Wi-Fi.

Buat masa ini masih belum ada lagi berita rasmi adakah model ini akan ditawarkan untuk pasaran Malaysia, sama-sama kita nantikan. RR

Popular

  • Yamaha Kali Ini Lebih Agresif Dengan RW700

  • Model Baru

    KTM 790 Duke 2027 Tampil Dengan Beberapa Pembaharuan

  • Model Baru

    Honda CRF1150L Africa Twin Enduro Sports Diperkenalkan

  • Warta Roda

    Yamaha BLU Universe Pertama Dibuka di Serdang

  • Model Baru

    APRILIA RS 457 GP Replica Dilancarkan. Harga RM35,900

Artikel berkaitan

KTM 790 Duke 2027 Tampil Dengan Beberapa Pembaharuan

Honda CRF1150L Africa Twin Enduro Sports Diperkenalkan

APRILIA RS 457 GP Replica Dilancarkan. Harga RM35,900

CFMOTO 500SR Dilancarkan - RM29,988

Yamaha YZF-R9 Tiba di Malaysia - RM68,000

Model Kembara Mewah, Brixton K750GT Bakal Masuk ke Pasaran Negara

KTM 1390 Super Adventure Tampil Dengan Tiga Varian untuk Pasaran Negara - Bermula RM144,000

KTM 990 RC R - Diinspirasikan Jentera Lumba KTM di MotoGP

Disyorkan untuk anda
Warta Roda

Aveta Nova 200 Limited Edition Tiba ke Pasaran Negara - RM8,788

Aveta Malaysia turut memperkenalkan Nova 200 Limited Edition yang menampilkan warna dan kemasan berbeza berbanding varian standard.

Model Baru

Ducati Panigale V4S 2027: Lebih Moden & Lebih Berkuasa

Ducati terus menhangatkan pasaran superbike dengan melancarkan Panigale V4 S 2027, sebuah jentera sport yang menggabungkan enjin Desmosedici Stradale V4, Sistem Saspensi Elektronik Öhlins dan rekabentuk aerodinamik yang diinspirasikan daripada dunia perlumbaan.

Model Baru

Honda PCX160 Kembali ke Malaysia Selepas 6 Tahun - RM12,998

Honda PCX160 tiba semula ke pasaran negara pada harga RM12,998.

Dari Litar

Hakim Danish Gegarkan SIC. Nyaris Podium Di Laman Sendiri

Muhammad Hakim Danish Ramli membuktikan bahawa dirinya mempunyai semangat juang luar biasa apabila menamatkan perlumbaan Moto3 Grand Prix Malaysia 2026 di tempat keempat di Litar Antarabangsa Sepang (SIC).