RodaRoda
☰
Isu Terkini

Oktober 2024

Model Baru / 9 Januari 2026

Honda Perkenalkan Skuter EV UC3 Untuk Pasaran Thailand & Vietnam

Tokyo, Jepun - Honda dijangka akan memulakan penjualan skuter elektrik dengan bateri tetap iaitu UC3 untuk pasaran Thailand dan Vietman bermula suku pertama tahun 2026.

UC3 merupakan model pertama motosikal elektrik yang mewakili janji jenama global Honda bagi segmen jentera EV iaitu Expected life. Unexpected discoveries. Model ini dibangunkan mengikut konsep Intelligent Urban Life Partner dengan menawarkan pengalaman baharu yang hanya terdapat pada motosikal elektrik, tetapi sambil mengekalkan tahap kualiti dan keselamatan tinggi hasil pengalaman  Honda dalam pembangunan motosikal yang menggunakan bahan api.



Skuter elektrik ini didatangkan dengan bateri lithium iron phosphate (LFP) yang dipasang secara kekal. Kuasa motor elektrik wheel-side ini dibangunkan sendiri oleh Honda yang menawarkan kuasa 6.0kW (8hp) manakala kelajuan maksimum boleh mencecah 80km/j. 

Terdapat dua jenis pengecasan pada motosikal ini iaitu 1200W dan 450W mengikut keperluan dan kemudahan pengguna. Menurut pihak Honda, dengan 1200W, motosikal ini boleh dicas dari 0-100% dalam masa empat jam sahaja manakala 20-80% hanya dua jam. Untuk 450W pula akan mengambil masa selama 9 jam dari 0-100% dan 5 jam bagi 20-80%. UC3 boleh ditunggang sehingga 122 kilometer dengan sekali cas penuh.

Salah satu ciri utama yang ada pada UC3 ialah tiga jenis mod tunggangan yang terdiri daripda Standard, Sport dan Eco. Selain itu, model ini turut dilengkapi fungsi undur untuk memudahkan pergerakkan terutama di kawasan parking. 

Seiring dengan pelancaran model ini, Honda bakal memperluaskan lagi tempat pengecasan di sekitar kawasan bandar utama di Thailand dan juga Vietnam. Selain itu, pihaknya juga akan meningkatkan lagi kemudahan untuk motosikal elektrik Honda yang menggunakan bateri boleh ditukar, Honda Mobile Power Pack e:. Pemasangan  pusat pengecas Honda e:Swap BATTERY SSTATION akan diteruskan di pengedar motosikal Honda di Bangkok dan Hanoi. RR

Popular

  • Yamaha Kali Ini Lebih Agresif Dengan RW700

  • Model Baru

    KTM 790 Duke 2027 Tampil Dengan Beberapa Pembaharuan

  • Model Baru

    Honda CRF1150L Africa Twin Enduro Sports Diperkenalkan

  • Warta Roda

    Yamaha BLU Universe Pertama Dibuka di Serdang

  • Model Baru

    APRILIA RS 457 GP Replica Dilancarkan. Harga RM35,900

Artikel berkaitan

KTM 790 Duke 2027 Tampil Dengan Beberapa Pembaharuan

Honda CRF1150L Africa Twin Enduro Sports Diperkenalkan

APRILIA RS 457 GP Replica Dilancarkan. Harga RM35,900

CFMOTO 500SR Dilancarkan - RM29,988

Yamaha YZF-R9 Tiba di Malaysia - RM68,000

Model Kembara Mewah, Brixton K750GT Bakal Masuk ke Pasaran Negara

KTM 1390 Super Adventure Tampil Dengan Tiga Varian untuk Pasaran Negara - Bermula RM144,000

KTM 990 RC R - Diinspirasikan Jentera Lumba KTM di MotoGP

Disyorkan untuk anda
Warta Roda

MFORCE Tawar Tiga Model Motosikal Buat JSPT PDRM Dalam Program Proof of Concept (PoC)

Mforce Bike Holdings Sdn. Bhd. (Mforce), telah menganjurkan Majlis Penyerahan Motosikal bagi Program Proof of Concept (PoC) kepada Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT), Polis Diraja Malaysia (PDRM), di ibu pejabat Mforce yang beroperasi di Valdor, Pulau Pinang.

Warta Roda

Aveta Nova 200 Limited Edition Tiba ke Pasaran Negara - RM8,788

Aveta Malaysia turut memperkenalkan Nova 200 Limited Edition yang menampilkan warna dan kemasan berbeza berbanding varian standard.

Model Baru

Ducati Panigale V4S 2027: Lebih Moden & Lebih Berkuasa

Ducati terus menhangatkan pasaran superbike dengan melancarkan Panigale V4 S 2027, sebuah jentera sport yang menggabungkan enjin Desmosedici Stradale V4, Sistem Saspensi Elektronik Öhlins dan rekabentuk aerodinamik yang diinspirasikan daripada dunia perlumbaan.

Model Baru

Honda PCX160 Kembali ke Malaysia Selepas 6 Tahun - RM12,998

Honda PCX160 tiba semula ke pasaran negara pada harga RM12,998.