RodaRoda
☰
Isu Terkini

Oktober 2024

Model Baru / 16 Januari 2026

QJMOTOR SRK450RR & SRK250RD dah mendarat!

Seperti yang dijanjikan, QJMOTOR Malaysia mengumumkan ketibaan dua model jentera sport berprestasi tinggi iaitu RK250RD dan SRK450RR, yang kini secara rasminya memasuki pasaran negara. Kedua-dua model ini direka khusus untuk penunggang yang mengutamakan prestasi enjin berkelajuan tinggi, teknologi perlumbaan moden serta pengalaman menunggang yang cukup mantap.

QJMOTOR SRK450RR.
QJMOTOR SRK450RR.
QJMOTOR SRK250RD.
QJMOTOR SRK250RD.

QJMOTOR SRK450RR

Model ini dikuasakan oleh enjin 4-silinder, 16-injap DOHC dengan sistem penyejukan cecair bersesaran 421 cc, yang menjana kuasa maksimum 57 kW pada 14,000 rpm serta tork maksimum 39.0 Nm pada 13,000 rpm. Sistem suntikan bahan api EFI, penghidup elektrik serta transmisi pacuan rantai dipadankan dengan tangki bahan api berkapasiti 16.5 liter. QJMOTOR SRK450RR pula ditawarkan pada harga RM25,888.00 (tidak termasuk cukai jalan dan insurans) dengan pilihan warna Black, Silver dan Red.

Antara ciri-ciri menarik:

  • Panel meter TFT, USB Type-A dan Type-C
  • Sistem pencahayaan jenis LED berserta DRL

  • Sistem elektronik terkini - Traction Control System (TCS) boleh laras, Dash Cam, Action Camera Control, Sistem TPMS,  Mod Tunggangan (Normal dan Sport), Launch Control, Bluetooth, Carbit Ride, Screen Mirroring Android dan iOS untuk sistem navigasi dan notifikasi mesej,
  • Fork hadapan: Marzocchi jenis terbalik
  • Tayar hadapan: 120/70 ZR17, tayar belakang 160/70 ZR17
  • Brek hadapan jenis Brembo bersaiz 300 mm dan belakang 240 mm lengkap dengan sistem ABS dua saluran

  • P x L x T: 2,020 x 755 x 1,130mm
  • Tapak roda: 1,385 mm
  • Tinggi pelana: 808 mm
  • Kelegaan tanah: 150 mm
  • Berat kering: 176kg

QJMOTOR SRK250RD

Model ini dikuasakan oleh enjin 4-silinder, 16-injap DOHC dengan sistem penyejukan cecair bersesaran 249 cc, yang mampu menghasilkan kuasa maksimum 30.0 kW pada 15,500 rpm serta tork puncak 22.0 Nm pada 12,500 rpm. QJMOTOR SRK250RD hadir dalam tiga pilihan warna iaitu White, Red dan Black, dan ditawarkan pada harga RM21,888.00 (tidak termasuk cukai jalan dan insurans).

Ciri-ciri menarik:

  • Panel meter TFT, port pengecasan USB Type-A dan Type-C
  • Sistem pencahayaan jenis LED penuh termasuk DRL
  • Sistem elektronik: Traction Control System (TCS), Action Camera Control, Tyre Pressure Monitoring System (TPMS), Mod tunggangan (Normal dan Sport), Launch Control, sistem sambungan Bluetooth, Carbit Ride, Screen Mirroring untuk Android dan iOS
  • Brek cakera Brembo depan bersaiz 320mm dan brek cakera belakang bersaiz 240 mm yang dilengkapkan dengan sistem ABS dua saluran

  • Tayar hadapan bersaiz 110/70-R17 dan tayar belakang 150/60-R17
  • P x L x T: 2,020 x 720 x 1,130mm tinggi
  • Tapak roda: 1,375 mm
  • Tinggi pelana: 808mm
  • Kelegaan tanah: 150mm
  • Berat: 176kg

Kedua-dua model ini boleh didapati di pasaran Malaysia bermula hari ini dan tersedia di semua pengedar sah Mforce di seluruh negara. RR

Isu Pada

April 2016

Popular

  • Yamaha Kali Ini Lebih Agresif Dengan RW700

  • Model Baru

    KTM 790 Duke 2027 Tampil Dengan Beberapa Pembaharuan

  • Model Baru

    Honda CRF1150L Africa Twin Enduro Sports Diperkenalkan

  • Warta Roda

    Yamaha BLU Universe Pertama Dibuka di Serdang

  • Model Baru

    APRILIA RS 457 GP Replica Dilancarkan. Harga RM35,900

Artikel berkaitan

KTM 790 Duke 2027 Tampil Dengan Beberapa Pembaharuan

Honda CRF1150L Africa Twin Enduro Sports Diperkenalkan

APRILIA RS 457 GP Replica Dilancarkan. Harga RM35,900

CFMOTO 500SR Dilancarkan - RM29,988

Yamaha YZF-R9 Tiba di Malaysia - RM68,000

Model Kembara Mewah, Brixton K750GT Bakal Masuk ke Pasaran Negara

KTM 1390 Super Adventure Tampil Dengan Tiga Varian untuk Pasaran Negara - Bermula RM144,000

KTM 990 RC R - Diinspirasikan Jentera Lumba KTM di MotoGP

Disyorkan untuk anda
Model Baru

KTM 790 Duke 2027 Tampil Dengan Beberapa Pembaharuan

KTM 790 Duke 2027 dikatakan akan di bawa masuk ke pasaran negara tahun hadapan.

Warta Roda

Aveta Nova 200 Limited Edition Tiba ke Pasaran Negara - RM8,788

Aveta Malaysia turut memperkenalkan Nova 200 Limited Edition yang menampilkan warna dan kemasan berbeza berbanding varian standard.

Model Baru

Honda CRF1150L Africa Twin Enduro Sports Diperkenalkan

Honda global melancarkan model serba baharu iaitu CRF1150L Africa Twin Enduro Sports.

Dari Litar

SIC Sasar 200,000 Pengujung Tahun Ini, Hakim Danish Bakal Menjadi Tumpuan di GP Malaysia

PETRONAS Grand Prix of Malaysia 2026 bakal kembali berlangsung di Litar Antarabangsa PETRONAS Sepang (SIC) dari 30 Oktober hingga 1 November ini.