RodaRoda
☰
Isu Terkini

Oktober 2024

Model Baru / 31 Mac 2026

Yamaha Ténéré 700 Versi Naik Taraf Dilancarkan - RM58,998

Hong Leong Yamaha Motor (HLYM) melancarkan Yamaha Tenere 700 versi naik taraf untuk pasaran Malaysia. Model ini tampil dengan satu warna sahaja iaitu Adventure Blue yang ditawarkan pada harga asas bermula RM58,998.

Untuk model 2026, dari segi enjin masih sama seperti model yang terdahulu di mana Tenere 700 didatangkan dengan enjin CP2 689cc, DOHC bersama sistem penyejuk cecair. Enjin Euro5+ dengan transmisi 6-kelajuan ini mampu menghasilkan kuasa maksimum 72.4hp pada 9,000rpm dan tork sekitar 68Nm pada 6,500rpm.

Walaupun menampilkan spesifikasi enjin yang sama, antara ciri-ciri baharu yang ada pada Tenere 700 termasuklah Yamaha Chip Controlled Throttle (YCC-T) buat kali pertama dipadankan pada enjin CP2 ini. Kehadiran teknologi ini dapat dapat memberikan tindak balas respon pendikit lebih lancar dan cepat.

Bukan itu sahaja, jentera ini dilengkapi dua mod tunggangan iaitu SPORT dan EXPLORER yang menawarkan respon enjin berbeza. Posisi tunggangannya juga dipertingkatkan melalui rekaan pelana yang rata manakala tempat pemijak kaki lebih besar. Bahagian tangki diperkemaskan semula agar menawarkan keselesaan buat penungang, namun saiz tangki bahan api kekal sama iaitu 16 liter.

Antara pembaharuan lain yang dilakukan adalah fork USD 43mm, suspensi belakang Monocross yang dikemas kini semula, suis panel bar hendal serba baharu, lampu hadapan quad LED baharu, dan paparan meter TFT bersaiz 6.3 inci yang boleh disambungkan dengan telefon bimbit melalui Y-Connect untuk sistem navigasi turn-by-turn.

Ciri-ciri lain pula adalah soket USB Type-C, sistem ABS boleh laras 3 mod, Traction Control (On/Off), brek cakera hadapan 282mm, brek cakera belakang 245mm, tayar hadapan 90/90-21 M/C 54V, tayar belakang 150/70 R18 M/C 70V M+S, berat basah 208kg, tinggi pelana 875mm dan kelegaan tanah 240mm. RR

Popular

  • Yamaha Kali Ini Lebih Agresif Dengan RW700

  • Model Baru

    KTM 790 Duke 2027 Tampil Dengan Beberapa Pembaharuan

  • Model Baru

    Honda CRF1150L Africa Twin Enduro Sports Diperkenalkan

  • Warta Roda

    Yamaha BLU Universe Pertama Dibuka di Serdang

  • Model Baru

    APRILIA RS 457 GP Replica Dilancarkan. Harga RM35,900

Artikel berkaitan

KTM 790 Duke 2027 Tampil Dengan Beberapa Pembaharuan

Honda CRF1150L Africa Twin Enduro Sports Diperkenalkan

APRILIA RS 457 GP Replica Dilancarkan. Harga RM35,900

CFMOTO 500SR Dilancarkan - RM29,988

Yamaha YZF-R9 Tiba di Malaysia - RM68,000

Model Kembara Mewah, Brixton K750GT Bakal Masuk ke Pasaran Negara

KTM 1390 Super Adventure Tampil Dengan Tiga Varian untuk Pasaran Negara - Bermula RM144,000

KTM 990 RC R - Diinspirasikan Jentera Lumba KTM di MotoGP

Disyorkan untuk anda
Warta Roda

Aveta Nova 200 Limited Edition Tiba ke Pasaran Negara - RM8,788

Aveta Malaysia turut memperkenalkan Nova 200 Limited Edition yang menampilkan warna dan kemasan berbeza berbanding varian standard.

Model Baru

APRILIA RS 457 GP Replica Dilancarkan. Harga RM35,900

Didi Group, pengimport dan pengedar tunggal Aprilia di Malaysia, memperkenalkan model istimewa Aprilia RS 457 GP Replica sempena PETRONAS Grand Prix of Malaysia 2026 di Litar Antarabangsa Sepang pada 30 Oktober lalu. Lebih istimewa, majlis pelancaran tersebut turut diserikan dengan kehadiran pelumba Aprilia Racing MotoGP, Marco Bezzecchi.

Model Baru

Honda PCX160 Kembali ke Malaysia Selepas 6 Tahun - RM12,998

Honda PCX160 tiba semula ke pasaran negara pada harga RM12,998.

Model Baru

CFMOTO 500SR Dilancarkan - RM29,988

CFMOTO Malaysia melancarkan 500SR sempena MotoGP Malaysia 2026.