RodaRoda
☰
Isu Terkini

Oktober 2024

Model Baru / 1 April 2026

Moto Morini X-CAPE 700 Rasmi di Malaysia - RM33,888

Moto Morini X-CAPE 700 kini rasmi memasuki pasaran Malaysia selepas diperkenalkan dalam satu acara khas di White Swan Hotel, Zhejiang, China pada November tahun lalu. Model ini ditawarkan pada harga asas RM33,888 (tidak termasuk cukai jalan dan insurans)yang hadir dalam tiga pilihan warna menarik iaitu Stone Black, Vortex Red dan Dynamic White.

X-CAPE 700 dikuasakan enjin 693cc dua silinder, empat lejang bersama sistem penyejuk cecair yang mampu menghasilkan kuasa 74hp pada 8,500rpm dan 68Nm tork pada 6,500rpm. Enjin ini dipadankan dengan transmisi enam kelajuan bersama sistem pacuan akhir jenis rantai bagi memastikan penghantaran kuasa yang lancar dan konsisten.

Kapasiti tangki bahan api bersaiz 18 liter yang sangat sesuai bagi kategori dalam segmennya. Sitem klac jenis multi-cakera basah dengan fungsi slipper daripada FCC membantu meningkatkan kawalan ketika penunggang menurunkan kedudukan gear secara agrasif

Dari segi pengendalian, model ini menggunakan fork hadapan jenis terbalik boleh laras daripada Marzocchi dan penyerap hentak belakang tunggal boleh laras daripada KYB yang bukan sahaja sesuai untuk tunggangan di jalan biasa tetapi bagi laluan lasak pun tiada masalah. Dari segi sistem brek pula disempurnakan dengan brek cakera berkembar bersama caliper Brembo di hadapan manakala belakang cakera tunggal. Kedua-duanya turt tampil dengan sistem ABS dua saluran.

Sebagai sebuah jentera yang boleh mengharungi pelbagai jenis lalulan, X-CAPE 700 dipadankan dengan rim jenis jejari (spoke) bersama tayar bersaiz 110/90-R19 di hadapan dan 150/70-R17 di belakang. Model ini mempunyai ukuran 2,220mm (panjang), 960mm (lebar) dan 1,510mm (tinggi). Jarak rodanya 1,490mm, tinggi pelana 840mm, kelegaan tanah 190mm  serta berat keseluruhan adalah 233 kg.

Antara kelengkapan lain adalah paparan meter TFT 7-inci, soket pengecas USB Type-A dan Type-C, suis keselamatan tongkat sisi, lampu LED sepenuhnya, Tracion Control, TPMS, dua mod tunggangan (Ride & Offroad) dan kamera dashcam di hadapan.

Lebih menarik sekali dengan harga asas bawah RM34,000, model ini turut lengkap bersama dua kotak sisi berkapasiti 34 liter (kiri) dan 30 liter (kanan) serta kotak atas 39 liter. Selain itu, pelindung tangan dan palang pelindung sebagai kelengkapan standard. Cermin penghadanag angin pula boleh dilaras secara manual untuk keselesaan tambahan.

Setiap pembelian turut disertakan waranti dua tahun tanpa had perbatuan serta kemudahan pembelian alat ganti tulen secara dalam talian melalui Mforce Bike Holdings Sdn. Bhd. RR

Popular

  • Yamaha Kali Ini Lebih Agresif Dengan RW700

  • Model Baru

    KTM 790 Duke 2027 Tampil Dengan Beberapa Pembaharuan

  • Model Baru

    Honda CRF1150L Africa Twin Enduro Sports Diperkenalkan

  • Warta Roda

    Yamaha BLU Universe Pertama Dibuka di Serdang

  • Model Baru

    APRILIA RS 457 GP Replica Dilancarkan. Harga RM35,900

Artikel berkaitan

KTM 790 Duke 2027 Tampil Dengan Beberapa Pembaharuan

Honda CRF1150L Africa Twin Enduro Sports Diperkenalkan

APRILIA RS 457 GP Replica Dilancarkan. Harga RM35,900

CFMOTO 500SR Dilancarkan - RM29,988

Yamaha YZF-R9 Tiba di Malaysia - RM68,000

Model Kembara Mewah, Brixton K750GT Bakal Masuk ke Pasaran Negara

KTM 1390 Super Adventure Tampil Dengan Tiga Varian untuk Pasaran Negara - Bermula RM144,000

KTM 990 RC R - Diinspirasikan Jentera Lumba KTM di MotoGP

Disyorkan untuk anda
Model Baru

Honda PCX160 Kembali ke Malaysia Selepas 6 Tahun - RM12,998

Honda PCX160 tiba semula ke pasaran negara pada harga RM12,998.

Model Baru

Kawasaki Versys 900 2027: Versatil & Berkuasa

Kawasaki melangkah ke era lebih menarik dengan memperkenalkan Versys 900 2027, sebuah motosikal sport-touring yang menggabungkan enjin 948cc, empat silinder sebaris yang berkuasa 120hp pada 9,500rpm dan tork 9.3Nm pada 8,000rpm.

Model Baru

Aveta Falcon 180 Diperkenalkan - RM9,798

Aveta Malaysia secara rasminya memperkenalkan Falcon 180 untuk pasaran negara.

Dari Litar

Marco Bezzechhi Cemerlang di Mandalika

Marco Bezzecchi mencuri tumpuan apabila menjuarai Grand Prix Indonesia di Litar Antarabangsa Mandalika, sekali gus menghidupkan semula cabarannya dalam perebutan gelaran dunia MotoGP 2026.