RodaRoda
☰
Isu Terkini

Oktober 2024

Model Baru / 9 April 2026

Boon Siew Honda Lancarkan Honda Vario 125 Street Serba Baru!

Satu lagi skuter terbaru telah dilancarkan hari ini oleh Boon Siew Honda (BSH) iaitu Vario 125 Street yang menawarkan rekabentuk lebih moden dan spesifikasi enjin yang sesuai untuk tunggangan harian mahupun bersantai di hujung minggu.

Model baru ini didatangkan dengan rekabentuk lebih segar menerusi bar hendal gaya naked dan panel meter 'floating' yang diinspirasikan daripada skuter gaya-kembara. Namun begitu, rekabentuk 'V' di hadapan masih dikekalkan tetapi diberikan penampilan gaya lebih sporty dan menarik. Untuk lebih 'dekat' dengan para peminat muda, Vario 125 Street ini diberikan imej yang lebih ceria, seronok dan hip!

Skuter Honda baru ini disempurnakan dengan enjin 125cc, sistem penyejuk cecair yang memberikan kuasa maksimum 8.5kW (11.5hp) pada 8,500rpm dan tork 11.9Nm pada 5,000rpm. Vario 15 Street ini turut dimantapkan dengan teknologi Enhanced Smart Power (eSP) dan Idling Stop System (ISS) untuk respon lebih padu dan jimat bahan api. 

Antara ciri-ciri menarik ialah sistem Honda Smart Key, Ruang Simpanan Bawah Pelana (18 liter), Kunci Brek Parkir dan sistem Combi Brake.

Honda Vario 125 Street boleh dimiliki pada harga RM7,468 dengan dua pilihan warna iaitu Ungu dan Putih. Skuter baru ini akan tersedia di semua cawangan Honda Impian X dan pengedar sah bermula Mei 2026 ini. Setiap pembelian akan menerima Waranti Kilang untuk tempoh dua tahun atau 20,000km (yang mana terdahulu).

Bagi meraikan penampilan terbaru Vario 25 Street ini, acara 'pop-up' dengan tagline 'INI ERA VARIO AKU' diadakan di REXKL pada 10hb-11hb April 2026 bermula jam 10 pagi hinga 10 malam. Pihak BSH turut berkolaborasi dengan artis ilustrator grafiti tempatan, Katun yang telah menyempurnakan sentuhan seninya pada bahagian 'cover set' khas Vario 125 Street yang akan dipamerkan sepanjang dua hari acara 'pop-up' berlansung. RR

Popular

  • Yamaha Kali Ini Lebih Agresif Dengan RW700

  • Model Baru

    KTM 790 Duke 2027 Tampil Dengan Beberapa Pembaharuan

  • Model Baru

    Honda CRF1150L Africa Twin Enduro Sports Diperkenalkan

  • Warta Roda

    Yamaha BLU Universe Pertama Dibuka di Serdang

  • Model Baru

    APRILIA RS 457 GP Replica Dilancarkan. Harga RM35,900

Artikel berkaitan

KTM 790 Duke 2027 Tampil Dengan Beberapa Pembaharuan

Honda CRF1150L Africa Twin Enduro Sports Diperkenalkan

APRILIA RS 457 GP Replica Dilancarkan. Harga RM35,900

CFMOTO 500SR Dilancarkan - RM29,988

Yamaha YZF-R9 Tiba di Malaysia - RM68,000

Model Kembara Mewah, Brixton K750GT Bakal Masuk ke Pasaran Negara

KTM 1390 Super Adventure Tampil Dengan Tiga Varian untuk Pasaran Negara - Bermula RM144,000

KTM 990 RC R - Diinspirasikan Jentera Lumba KTM di MotoGP

Disyorkan untuk anda
Model Baru

Aveta Falcon 180 Diperkenalkan - RM9,798

Aveta Malaysia secara rasminya memperkenalkan Falcon 180 untuk pasaran negara.

Warta Roda

Pusat Servis & Pejabat Urusan Mforce KL Berpindah Ke Lokasi Baru!

Mforce Bike Holdings Sdn. Bhd. mengumumkan perpindahan Pusat Servis dan Pejabat Urusan Mforce cawangan Kuala Lumpur ke premis baharu yang lebih luas dan lengkap di Jalan Segambut Tengah. Langkah ini merupakan komitmen berterusan syarikat dalam memperkasakan perkhidmatan selepas jualan seiring dengan peningkatan jumlah pemilik motosikal-motosikal Mforce di Malaysia.

Model Baru

KTM 1390 Super Adventure Tampil Dengan Tiga Varian untuk Pasaran Negara - Bermula RM144,000

KTM Malaysia secara rasmi memperkenalkan model adventure yang menawarkan tiga varian iaitu 1390 Super Adventure R, S dan S EVO.

Model Baru

Kawasaki Versys 900 2027: Versatil & Berkuasa

Kawasaki melangkah ke era lebih menarik dengan memperkenalkan Versys 900 2027, sebuah motosikal sport-touring yang menggabungkan enjin 948cc, empat silinder sebaris yang berkuasa 120hp pada 9,500rpm dan tork 9.3Nm pada 8,000rpm.