RodaRoda
☰
Isu Terkini

Oktober 2024

Model Baru / 17 April 2026

Morbidelli F252 Dilancarkan Untuk Pasaran Negara - RM14,888

Mfroce Bike Holdings Sdn Bhd selaku pengedar rasmi jenama Morbidelli di Malaysia secara rasmi mengumumkan ketibaan model street fighter F252 sudah tiba ke dalam pasaran negara. Hadir dalam dua pilihan warna iaitu Bulk Black dan Tundra White yang ditawarkan pada harga asas bermula RM14,888 (tidak termasuk cukai jalan dan insurans).

Model ini dijana dengan enjin 249.5cc dua silinder, 8-injap dengan sistem penyejuk cecair. Enjin transmisi 6-kelajuan ini mampu menghasilkan kuasa maksimum 33.5hp pada12,000rpm dan tork 20nm pada 10,000rpm. Sistem suntikan bahan api elektronik (EFI) pula turut menawark penggunaan bahan api yang lebih efisien.

Rekabentuk hadapan disempurnakan dengan penggunaan lampu utama jenis LED manakala lampu belakangnya juga adalah jenis LED. Paparan meter TF 5 inci pula memaparkan info-info penting buat penunggang. Menerusi meter ini juga penunggang boleh menggunakan ciri connectivity untuk sambungan kepada telefon bimbit melalui Bluetooth bagi tujuan notifikasi panggilan, paparan skrin dan sistem navigasi.

F252 juga dilengkapi Traction Control dan sistem ABS bagi meningkatkan lagi kestabilan pada jentera. Terdapat tiga mod tunggangan iaitu Standard, Sport dan Expert. Setiap mod menawarkan respon enjin yang berbeza.

Antara kelengkapan lain seperti tinggi pelana 790mm, tangki bahan api 15 liter, tayar hadapan 110/70R17, tayar belakang 150/60R17, brek cakera hadapan 300mm, cakera belakang 240mm, fork USD, penyerap hentak tunggal di belakang, kelegaan tanah 160mm dan berat kering jentera 170kg.

Dengan setiap pembelian Morbidelli F252, para pembeli boleh menikmati jaminan waranti perbatuan tanpa had untuk tempoh dua tahun serta perkhidmatan pembelian alat ganti tulen atas talian oleh Mforce Bike Holdings Sdn. Bhd. RR

Popular

  • Yamaha Kali Ini Lebih Agresif Dengan RW700

  • Model Baru

    KTM 790 Duke 2027 Tampil Dengan Beberapa Pembaharuan

  • Model Baru

    Honda CRF1150L Africa Twin Enduro Sports Diperkenalkan

  • Warta Roda

    Yamaha BLU Universe Pertama Dibuka di Serdang

  • Model Baru

    APRILIA RS 457 GP Replica Dilancarkan. Harga RM35,900

Artikel berkaitan

KTM 790 Duke 2027 Tampil Dengan Beberapa Pembaharuan

Honda CRF1150L Africa Twin Enduro Sports Diperkenalkan

APRILIA RS 457 GP Replica Dilancarkan. Harga RM35,900

CFMOTO 500SR Dilancarkan - RM29,988

Yamaha YZF-R9 Tiba di Malaysia - RM68,000

Model Kembara Mewah, Brixton K750GT Bakal Masuk ke Pasaran Negara

KTM 1390 Super Adventure Tampil Dengan Tiga Varian untuk Pasaran Negara - Bermula RM144,000

KTM 990 RC R - Diinspirasikan Jentera Lumba KTM di MotoGP

Disyorkan untuk anda
Model Baru

Aveta Falcon 180 Diperkenalkan - RM9,798

Aveta Malaysia secara rasminya memperkenalkan Falcon 180 untuk pasaran negara.

Warta Roda

Voge DS800X Rally Sudah Berada di Pengedar Mforce Seluruh Negara

Voge DS800X Rally akhirnya tiba ke pasaran negara.

Model Baru

Honda PCX160 Kembali ke Malaysia Selepas 6 Tahun - RM12,998

Honda PCX160 tiba semula ke pasaran negara pada harga RM12,998.

Pandu Uji

KOVE 800X GT: Best Untuk Kembara...Syok Di Selekoh

Untuk model yang baru sahaja saya pick-up iaitu KOVE 800X GT, saya rasa lebih baik kalau dibawa keluar jauh. Bukan setakat pusing-pusing bandar.