RodaRoda
☰
Isu Terkini

Oktober 2024

Model Baru / 20 April 2026

Morbidelli Tampilkan 2 Model Kembara Baru Ke Pasaran Negara. Harga bermula RM16,888

Dua model kembara dari Morbidelli iaitu T252X dan T502X dengan rasminya sudah berada di pasaran negara. Ya...model yang dilancarkan di Zhejiang, China pada 21 November tahun lalu sudah pun tersedia di pusat pengedar Mforce Bike Holdings Sdn Bhd di seluruh negara.

Majlis pelancaran model-model Morbidelli yang diadakan di Zhejing, China tahun lalu.
Majlis pelancaran model-model Morbidelli yang diadakan di Zhejing, China tahun lalu.

Morbidelli T252X disempurnakan dengan enjin 249.5cc dua silinder, DOHC dan sistem penyejuk cecair menghasilkan kuasa 31.51hp pada 12,000 rpm serta tork 20Nm pada 10,000rpm - sememangnya sesuai untuk tunggangan harian dan pengembaraan ringan. Morbidelli T252X hadir dengan dua pilihan warna iaitu Bulk Black dan Tundra White.

Morbidelli T252T - Tundra White.
Morbidelli T252T - Tundra White.

  • Tiga mod tunggangan iaitu Standard, Sport dan Off-road
  • Berat 195 kg
  • Isi tangki 16.8 liter
  • Brek hadapan: brek cakera 300mm
  • Brek belakang: 240mm
  • Tangki bahan api: 16.8 liter
  • SIstem elektronik: Traction Control, TPMS, meter TFT 7-inci, sistem Moto Connectivity Unit, Sistem Navigasi, Telefon Pintar

T252X ditawarkan pada harga RM16,888.00, tidak termasuk cukai jalan dan insurans.

Morbidelli T502X - Thunder Blue.
Morbidelli T502X - Thunder Blue.

Model T502X pula model kembara yang lebih besar dan lebih moden dengan enjin 486 cc dua silinder selari yang menghasilkan 46.9hp pada 8,500rpm dan tork 45Nm pada 6,750rpm. 

T502X dilengkapi ciri-ciri menarik seperti tangki bahan api 18 liter, sistem ABS dua saluran, pelindung enjin dan pelindung tangan. Bahagian hadapan dikemaskan dengan lampu-lampu LED, lampu kabus dan fork USD (depan). TInggi pelana iaitu 830mm dan model ini seberat 2210kg.

Morbidelli T502X - Bulk Black.
Morbidelli T502X - Bulk Black.

Tayar hadapan bersaiz 110/80-19 manakala di belakang 150/70-17 yang dipadankan dengan brek cakera bersaiz 300mm (depan) dan 240mm (belakang). Ciri-ciri menarik lain ialah panel meter TFT, sistem Traction Control, TPMS dan mod tunggangan.

Morbidelli T502X ditawarkan dala dua pilihan warna iaitu Bulk Black dan Thunder Blue serta boleh dimiliki pada harga RM28,888 (tidak termasuk cukai jalan dan insurans). RR

Popular

  • Yamaha Kali Ini Lebih Agresif Dengan RW700

  • Model Baru

    KTM 790 Duke 2027 Tampil Dengan Beberapa Pembaharuan

  • Model Baru

    Honda CRF1150L Africa Twin Enduro Sports Diperkenalkan

  • Warta Roda

    Yamaha BLU Universe Pertama Dibuka di Serdang

  • Model Baru

    APRILIA RS 457 GP Replica Dilancarkan. Harga RM35,900

Artikel berkaitan

KTM 790 Duke 2027 Tampil Dengan Beberapa Pembaharuan

Honda CRF1150L Africa Twin Enduro Sports Diperkenalkan

APRILIA RS 457 GP Replica Dilancarkan. Harga RM35,900

CFMOTO 500SR Dilancarkan - RM29,988

Yamaha YZF-R9 Tiba di Malaysia - RM68,000

Model Kembara Mewah, Brixton K750GT Bakal Masuk ke Pasaran Negara

KTM 1390 Super Adventure Tampil Dengan Tiga Varian untuk Pasaran Negara - Bermula RM144,000

KTM 990 RC R - Diinspirasikan Jentera Lumba KTM di MotoGP

Disyorkan untuk anda
Model Baru

KTM 790 Duke 2027 Tampil Dengan Beberapa Pembaharuan

KTM 790 Duke 2027 dikatakan akan di bawa masuk ke pasaran negara tahun hadapan.

Warta Roda

Pusat Servis & Pejabat Urusan Mforce KL Berpindah Ke Lokasi Baru!

Mforce Bike Holdings Sdn. Bhd. mengumumkan perpindahan Pusat Servis dan Pejabat Urusan Mforce cawangan Kuala Lumpur ke premis baharu yang lebih luas dan lengkap di Jalan Segambut Tengah. Langkah ini merupakan komitmen berterusan syarikat dalam memperkasakan perkhidmatan selepas jualan seiring dengan peningkatan jumlah pemilik motosikal-motosikal Mforce di Malaysia.

Warta Roda

Voge DS800X Rally Sudah Berada di Pengedar Mforce Seluruh Negara

Voge DS800X Rally akhirnya tiba ke pasaran negara.

Warta Roda

Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026 Lebih Meriah... Lebih Mencabar

Seramai 393 penunggang motosikal dari seluruh negara menyertai Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026 yang berlangsung di Gerik, Perak pada pertengahan September yang lalu.