RodaRoda
☰
Isu Terkini

Oktober 2024

Model Baru / 26 April 2026

Royal Alloy GT125S Versi Baharu Tiba di Malaysia - RM9,800

Jenama motosikal dari United Kingdom (Britain), Royal Alloy terus mengorak langkah dalam pasaran negara dengan memperkenalkan versi terbaharu Royal Alloy GT125S. Model ini ditawarkan pada harga asas RM9,800 dengan tiga pilihan warna iaitu Matte Silver, Pink dan Ivory.

Royal Alloy GT12S menampilkan identiti klasik yang cukup ikonik dengan bentuk badan berinspirasikan skuter era lama. Garisan badan yang bulat dan kemas digabungkan dengan sentuhan moden seperti penggunaan lampu LED penuh dan paparan meter TFT berwarna penuh dengan fungsi 'Screen Mirroring'.

Dari segi prestasi, GT125S menggunakan enjin 124cc satu silinder dengan sistem penyejuk cecair yang mampu menghasilkan kuasa 9.1hp pada 8,500rpm manakala untuk torknya sekitar 12Nm pada 6,500rpm. Kelebihan ini cukup sesuai untuk kegunaan harian terutamanya di kawasan bandar serta menawarkan penggunaan bahan api yang efisien dan mesra alam dengan pematuhan piawaian Euro 5+.

Aspek keselesaan turut diberi perhatian dengan ketinggian tempat duduk sekitar 750mm yang sesuai untuk pelbagai jenis ketinggian penunggang. Sistem suspensi hadapan menggunakan double hydraulic preload manakala bahagian belakang dilengkapi double shock absorber yang memberikan tunggangan yang stabil dan selesa. Sistem brek cakera depan dan belakang pula bersaiz 220mm selain turut didatangkan dengan sistem ABS dan Traction Control.

Antara kelangkapan lain adalah tangki bahan api 9 liter terletak di bahagian dada hadapan, ruang simpanan bawah pelana, soket USB Type-A & Type-C, kelegaan tanah 320mm, berat tanpa beban 145kg, tayar hadapan & belakang 120/70-12, tempat penyangkut barang dan sistem kunci pintar. RR

Popular

  • Yamaha Kali Ini Lebih Agresif Dengan RW700

  • Model Baru

    KTM 790 Duke 2027 Tampil Dengan Beberapa Pembaharuan

  • Model Baru

    Honda CRF1150L Africa Twin Enduro Sports Diperkenalkan

  • Warta Roda

    Yamaha BLU Universe Pertama Dibuka di Serdang

  • Model Baru

    APRILIA RS 457 GP Replica Dilancarkan. Harga RM35,900

Artikel berkaitan

KTM 790 Duke 2027 Tampil Dengan Beberapa Pembaharuan

Honda CRF1150L Africa Twin Enduro Sports Diperkenalkan

APRILIA RS 457 GP Replica Dilancarkan. Harga RM35,900

CFMOTO 500SR Dilancarkan - RM29,988

Yamaha YZF-R9 Tiba di Malaysia - RM68,000

Model Kembara Mewah, Brixton K750GT Bakal Masuk ke Pasaran Negara

KTM 1390 Super Adventure Tampil Dengan Tiga Varian untuk Pasaran Negara - Bermula RM144,000

KTM 990 RC R - Diinspirasikan Jentera Lumba KTM di MotoGP

Disyorkan untuk anda
Warta Roda

Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026 Lebih Meriah... Lebih Mencabar

Seramai 393 penunggang motosikal dari seluruh negara menyertai Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026 yang berlangsung di Gerik, Perak pada pertengahan September yang lalu.

Pandu Uji

KOVE 800X GT: Best Untuk Kembara...Syok Di Selekoh

Untuk model yang baru sahaja saya pick-up iaitu KOVE 800X GT, saya rasa lebih baik kalau dibawa keluar jauh. Bukan setakat pusing-pusing bandar.

Warta Roda

Aveta Nova 200 Limited Edition Tiba ke Pasaran Negara - RM8,788

Aveta Malaysia turut memperkenalkan Nova 200 Limited Edition yang menampilkan warna dan kemasan berbeza berbanding varian standard.

Model Baru

Honda CRF1150L Africa Twin Enduro Sports Diperkenalkan

Honda global melancarkan model serba baharu iaitu CRF1150L Africa Twin Enduro Sports.