RodaRoda
☰
Isu Terkini

Oktober 2024

Model Baru / 31 Mei 2026

Honda ADV160 RoadSync Tampil Dengan Meter TFT

Sempena dengan Malaysia Bike Show 2026, Boon Siew Honda Sdn. Bhd. (BSH) sekali lagi mengukuhkan kedudukannya dalam segmen motosikal kembara dengan melancarkan ADV160 baharu di MAEPS, Serdang. Apa yang menarik, ADV160 untuk pasaran negara kali ini didatangkan dalam dua varian iaitu versi ABS dan Honda RoadSync.

Varian Honda RoadSync
Varian Honda RoadSync

Honda ADV160 baharu dijana oleh enjin 157cc Enhanced Smart Power+ (eSP+) yang telah menerima pengiktirafan sebagai Kenderaan Cekap Tenaga (EEV) dan akreditasi 5-Bintang MyMAP. Enjin tersebut menghasilkan kuasa 15.8hp pada 8,500 rpm dan tork sekitar14.7Nm pada 6,500 rpm.

Varian Honda RoadSync
Varian Honda RoadSync

Antara ciri standard yang ditawarkan termasuk Honda Selectable Torque Control (HSTC), Sistem Brek Anti-Kunci (ABS), cermin penghadang angin boleh laras dengan hanya menggunakan satu tangan, sistem lampu LED penuh, Honda Smart Key, soket USB Type-C, ruang simpanan bawah tempat duduk berkapasiti 30 liter serta suspensi belakang SHOWA Subtank untuk keselesaan yang lebih baik. 

Varian ABS
Varian ABS

Bagi varian ADV160 Honda RoadSync, model ini dilengkapi panel meter TFT berwarna bersaiz 5-inci yang diintegrasikan dengan sistem Honda RoadSync. Melalui sambungan telefon pintar, penunggang boleh mengakses fungsi navigasi, panggilan telefon, muzik dan notifikasi mesej secara terus pada paparan meter.

Varian ABS
Varian ABS

Sementara itu, ADV160 ABS mengekalkan DNA pengembaraan yang menjadi identiti siri ADV dengan menawarkan gabungan praktikaliti harian, keselesaan dan keyakinan tunggangan. Model ini masih menggunakan paparan meter digital yang menawarkan info-info penting buat penunggnag. Untuk kedua-dua varian didatangkan dengan tangi bahan api  8.1 liter yang dikatakan mampu menawarkan jarak perjalanan sehingga 350 kilometer.

Honda ADV160 ABS ditawarkan dalam pilihan warna Gray dan White pada harga yang dosyorkan RM13,249. ADV160 versi Honda RoadSync pula hadir dalam pilihan warna Matte Grey dan Brown pada harga asas RM13,649. Kesemua harga yang dinyatakan adalah tidak termasuk cukai jalan, insurans serta pendaftaran. RR

Popular

  • Yamaha Kali Ini Lebih Agresif Dengan RW700

  • Model Baru

    KTM 790 Duke 2027 Tampil Dengan Beberapa Pembaharuan

  • Model Baru

    Honda CRF1150L Africa Twin Enduro Sports Diperkenalkan

  • Warta Roda

    Yamaha BLU Universe Pertama Dibuka di Serdang

  • Model Baru

    APRILIA RS 457 GP Replica Dilancarkan. Harga RM35,900

Artikel berkaitan

KTM 790 Duke 2027 Tampil Dengan Beberapa Pembaharuan

Honda CRF1150L Africa Twin Enduro Sports Diperkenalkan

APRILIA RS 457 GP Replica Dilancarkan. Harga RM35,900

CFMOTO 500SR Dilancarkan - RM29,988

Yamaha YZF-R9 Tiba di Malaysia - RM68,000

Model Kembara Mewah, Brixton K750GT Bakal Masuk ke Pasaran Negara

KTM 1390 Super Adventure Tampil Dengan Tiga Varian untuk Pasaran Negara - Bermula RM144,000

KTM 990 RC R - Diinspirasikan Jentera Lumba KTM di MotoGP

Disyorkan untuk anda
Warta Roda

Honda ADV160 RoadSync Kini Dengan Warna Perlumbaan Trico

Boon Siew Honda Sdn. Bhd. memperkenalkan Honda ADV160 Trico Edition dengan Honda RoadSync, yang menampilkan corak warna merah, putih dan biru yang telah membawa semangat perlumbaan Honda sejak sekian lama.

Warta Roda

Yamaha BLU Universe Pertama Dibuka di Serdang

Yamaha Blu Universe pertama di Malaysia

Model Baru

Suzuki GSX-8TT 2027 Tampil Dengan Warna Merah Serba Baru!

Jentera 'retro-moden', Suzuki GSX-8TT bakal memasuki tahun model 2027 dengan perubahan yang cukup menarik dengan memperkenalkan warna Candy Daring Red.

Model Baru

Aveta Falcon 180 Diperkenalkan - RM9,798

Aveta Malaysia secara rasminya memperkenalkan Falcon 180 untuk pasaran negara.