RodaRoda
☰
Isu Terkini

Oktober 2024

Model Baru / 31 Mei 2026

MBS26 | WMOTO Griffin 205 Masuk Pasaran Negara - RM8,888

MForce Bike Holdings terus memperkukuhkan penawaran dalam segmen skuter automatik tempatan menerusi pelancaran rasmi WMOTO Griffin 205 sempena acara Malaysia Bike Show 2026 yang berlangsung di MAEPS, Serdang. Pelancaran ini menjadi antara tarikan utama di ruang pameran MForce Moto Xperience yang menampilkan pelbagai model baharu dan teknologi terkini untuk pasaran Malaysia.

Griffin 205 hadir dengan enjin silinder tunggal 198.8cc, penyejukan cecair serta sistem suntikan bahan api elektronik (EFI). Jentera ini menghasilkan kuasa maksimum 14.5kW (19.4 hp) pada 8,250 rpm dan tork 17.4 Nm pada 6,250 rpm serta dipadankan bersama transmisi automatik CVT bagi memberikan tunggangan lancar sama ada di dalam bandar mahupun perjalanan jarak jauh.

Dari aspek reka bentuk, Griffin 205 tampil agresif dengan garisan badan tajam, lampu hadapan berkembar moden serta penggunaan sistem pencahayaan LED sepenuhnya. Ciri premium turut diserlahkan menerusi paparan meter TFT berwarna yang memaparkan pelbagai maklumat tunggangan secara jelas dan mudah dibaca. Selain itu, model ini turut dilengkapi kamera dashcam yang menjadi keperluan penting bagi penunggang masa kini untuk tujuan keselamatan dan rakaman perjalanan.

Bagi meningkatkan tahap keselamatan, WMOTO Griffin 205 dibekalkan dengan sistem brek cakera hadapan dan belakang yang disokong ABS dua saluran (Dual-Channel ABS). Turut melengkapkan pakej elektronik ialah Traction Control System (TCS) yang membantu mengawal cengkaman tayar ketika memecut di atas permukaan jalan yang licin atau kurang cengkaman.

Dari segi keselesaan, model ini menggunakan suspensi hadapan jenis fork teleskopik dan penyerap hentak berkembar di belakang dengan subtank. Kelengkapan lain  seperti tayar hadapan bersaiz 100/80-14, tayar belakang 120/70-14, tangki bahan api 11 liter, berat kering 126kg dan ketinggian pelana 790mm.

Untuk pasaran Malaysia, WMOTO Griffin 205 ditawarkan dalam empat pilihan warna menarik iaitu Nitro Red, Xtreme White, Action Blue dan Glacier Grey dengan harga asas bermula RM8,888 (tidak termasuk cukai jalan, insurans & pendaftaran). RR

Popular

  • Yamaha Kali Ini Lebih Agresif Dengan RW700

  • Model Baru

    KTM 790 Duke 2027 Tampil Dengan Beberapa Pembaharuan

  • Model Baru

    Honda CRF1150L Africa Twin Enduro Sports Diperkenalkan

  • Warta Roda

    Yamaha BLU Universe Pertama Dibuka di Serdang

  • Model Baru

    APRILIA RS 457 GP Replica Dilancarkan. Harga RM35,900

Artikel berkaitan

KTM 790 Duke 2027 Tampil Dengan Beberapa Pembaharuan

Honda CRF1150L Africa Twin Enduro Sports Diperkenalkan

APRILIA RS 457 GP Replica Dilancarkan. Harga RM35,900

CFMOTO 500SR Dilancarkan - RM29,988

Yamaha YZF-R9 Tiba di Malaysia - RM68,000

Model Kembara Mewah, Brixton K750GT Bakal Masuk ke Pasaran Negara

KTM 1390 Super Adventure Tampil Dengan Tiga Varian untuk Pasaran Negara - Bermula RM144,000

KTM 990 RC R - Diinspirasikan Jentera Lumba KTM di MotoGP

Disyorkan untuk anda
Warta Roda

Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026 Lebih Meriah... Lebih Mencabar

Seramai 393 penunggang motosikal dari seluruh negara menyertai Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026 yang berlangsung di Gerik, Perak pada pertengahan September yang lalu.

Warta Roda

Yamaha BLU Universe Pertama Dibuka di Serdang

Yamaha Blu Universe pertama di Malaysia

Warta Roda

Yamaha XMAX 250 vs XMAX 300: Empat Media Kongsi Pengalaman

Kalau nak tahu sedap atau tidak sesebuah skuter, jangan tengok angka atas kertas saja. Jangan hanya sekadar membaca komen di sosial media. Jawapannya kena cari sendiri...kena rasai sendiri. Begitu juga dengan perbezaan antara dua skuter 'terhangat' di pasaran. Tak lain dan tak bukan... Yamaha XMAX 250 dan yang terbaru, Yamaha XMAX 300.

Warta Roda

Yamaha BLU NEXUS: Pengalaman Premium Dunia Yamaha

Hong Leong Yamaha Motor (HLYM) terus memperkukuhkan kedudukannya dalam industri motosikal Malaysia menerusi pengenalan Yamaha BLU Nexus, sebuah pusat pameran utama (flagship showroom) yang terletak di Kompleks Hong Leong Yamaha, Sungai Buloh, Selangor.