RodaRoda
☰
Isu Terkini

Oktober 2024

Model Baru / 31 Mei 2026

MBS26 | ARIIC Touch 250 & GOBI 250 Masuk Pasaran Negara - Bermula RM13,688

Sempena dengan Malaysia Bike Show 2026 menerusi acara anjuran Mforce Bike Holdings "Moto Xperience" di MAEPS, Serdang, ARIIC Motorcycles mengumumkan ketibaan dua model baharu ke dalam pasaran negara iaitu Touch 250 dan GOBI 250.

Kedua-dua model didatangkan dengan enjin silinder tunggal, 249cc bersama sistem penyejuk cecair yang memberikan hantaran kuasa setinggi 22.5hp pada 7,500 rpm dan tork 23.5Nm pada 7,500rpm. Walaupun menampilkan spesifikasi enjin yang sama namun kedua-dua model skuter ini hadir dengan rupenbentuk yang berbeza.

ARIIC Touch 250 merupakan sebuah skuter maxi yang menampilkan gaya elegan dan praktikal untuk kegunaan harian serta perjalanan jarak jauh. Model ini turut dilengkapi dengan sermin penghadang angin boleh laras elektronik, sistem kunci pintar, lampu LED penuh serta panel meter TFT bersaiz 6.75 inci yang menyokong sambungan telefon dan navigasi.

Manakala untuk ARIIC GOBI 250 pula hadir dengan karakter lebih lasak menerusi konsep skuter adventure. Selain menggunakan enjin yang sama seperti Touch 250, model ini dibezakan melalui penggunaan fork hadapan jenis USD, rim jenis spoke aluminium, cermin penghadang angin boleh laras secara manual, crash bar dan panel meter TFT 7-inci. Dari segi berat juga berbeza di mana GOBI 176kg manakala  Touch 147kg.

Dari aspek keselamatan dan teknologi, kedua-dua model ini menerima kelengkapan yang sama termasuk sistem brek ABS dua saluran, Traction Control (TCS), lampu LED sepenuhnya, soket USB dan kamera pdashcam yang dipasang secara standard.

Bersempena pelancarannya di Malaysia Bike Show 2026, ARIIC Touch 250 ditawarkan pada harga asas RM13,688 dengan tiga pilihan warna iaitu Matt Black, Urban Green dan Phantom Grey. Sementara itu, GOBI 250 pula dijual pada harga bermula RM13,988 yang hadir dengan tiga warna menarik antaranya Carbon Black, Velocity Grey dan Mystic Purple. RR

Popular

  • Yamaha Kali Ini Lebih Agresif Dengan RW700

  • Model Baru

    KTM 790 Duke 2027 Tampil Dengan Beberapa Pembaharuan

  • Model Baru

    Honda CRF1150L Africa Twin Enduro Sports Diperkenalkan

  • Warta Roda

    Yamaha BLU Universe Pertama Dibuka di Serdang

  • Model Baru

    APRILIA RS 457 GP Replica Dilancarkan. Harga RM35,900

Artikel berkaitan

KTM 790 Duke 2027 Tampil Dengan Beberapa Pembaharuan

Honda CRF1150L Africa Twin Enduro Sports Diperkenalkan

APRILIA RS 457 GP Replica Dilancarkan. Harga RM35,900

CFMOTO 500SR Dilancarkan - RM29,988

Yamaha YZF-R9 Tiba di Malaysia - RM68,000

Model Kembara Mewah, Brixton K750GT Bakal Masuk ke Pasaran Negara

KTM 1390 Super Adventure Tampil Dengan Tiga Varian untuk Pasaran Negara - Bermula RM144,000

KTM 990 RC R - Diinspirasikan Jentera Lumba KTM di MotoGP

Disyorkan untuk anda
Model Baru

Suzuki GSX-8TT 2027 Tampil Dengan Warna Merah Serba Baru!

Jentera 'retro-moden', Suzuki GSX-8TT bakal memasuki tahun model 2027 dengan perubahan yang cukup menarik dengan memperkenalkan warna Candy Daring Red.

Model Baru

CFMOTO 500SR Dilancarkan - RM29,988

CFMOTO Malaysia melancarkan 500SR sempena MotoGP Malaysia 2026.

Warta Roda

Honda ADV160 RoadSync Kini Dengan Warna Perlumbaan Trico

Boon Siew Honda Sdn. Bhd. memperkenalkan Honda ADV160 Trico Edition dengan Honda RoadSync, yang menampilkan corak warna merah, putih dan biru yang telah membawa semangat perlumbaan Honda sejak sekian lama.

Dari Litar

SIC Sasar 200,000 Pengujung Tahun Ini, Hakim Danish Bakal Menjadi Tumpuan di GP Malaysia

PETRONAS Grand Prix of Malaysia 2026 bakal kembali berlangsung di Litar Antarabangsa PETRONAS Sepang (SIC) dari 30 Oktober hingga 1 November ini.