RodaRoda
☰
Isu Terkini

Oktober 2024

Model Baru / 30 Julai 2026

MORBIDELLI T250 & T250X Kini Di Pasaran

Jenama yang semakin diminati, Morbidelli dengan rasminya mengumumkan ketibaab model gaya lasak iaitu T250 dan T250X di pasaran negara. Kedua-dua model Morbidelli ini menawarkan jentera dwi-fungsi yang menggabungkan prestasi, ketahanan serta pratikaliti untuk kegunaan harian dan pengembaraan ringan.

Morbidelli T250.
Morbidelli T250.

Morbidelli T250 dikuasakan oleh enjin bersesaran 249.4cc, silinder tunggal, 4 lejang, 4 injap, SOHC, sistem penyejukan minyak, yang menawarkan hantaran kuasa maksimum 18.0kW pada 8,000 rpm dan tork maksimum 23.0 Nm pada 6,000 rpm. Enjin ini mempunyai ukuran gerak dan lejang 71 × 63 mm, dipadankan bersama transmisi 6 kelajuan serta sistem pacuan akhir jenis rantai untuk menjamin penghantaran kuasa yang lancar dan responsif.

Morbidelli T250 dilengkapi dengan fork hadapan teleskopik jenis USD yang dipadankan dengan penyerap hentak tunggal dengan pelarasan prabeban (preload) di bahagian belakang. Gabungan ini menawarkan keseimbangan antara keselesaan, kestabilan dan kawalan di pelbagai jenis permukaan jalan.

Morbidelli T250 hadir dengan tayar hadapan bersaiz 90/90-19 dan 110/90-17 di belakang yang dimantapkan dengan sistem ABS. Model baru ini ditawarkan pada harga asas RM7,988.00 dengan tiga pilihan warna, Bulk Black, Anarchy Grey dan Carnage Red.

Spesifikasi Ringkas Morbidelli T250:

  • P x L x T: 2,070 x 975 x 1,190mm
  • Tapak roda: 1,365mm,
  • Tinggi pelana: 830mm
  • Kelegaan bumi: 250mm
  • Isi Tangki: 12 liter + Pressure Splash Lubrication (untuk kecekapan bahan api)

Morbidelli T250X

Jika T250 direka untuk kesesuaian jalanan biasa, model T250X pula hadir dalam gaya adventure yang pastinya menjadi pilihan buat para peminat off-road. Antara perbezaan paling ketara dapat kita lihat adalah menerusi rekabentuk bahagian hadapan tayar lebih sesuai untuk tunggangan lasak dan kelegaan tanah lebih tinggi.

Morbidelli T20X kekal dengan enjin 249.4cc, satu silinder, 4 lejang, 4 injap, SOHC, sistem penyejukan minyak, yang berkuasa 18.0kW dan tork 23.0 Nm. Saiz tangki juga sama iaitu 12 liter dan hadir bersama sistem pelinciran Pressure Splash Lubrication yang membantu perjalanan yang lebih jauh dan praktikal.

Pengendaliannya dikawal oleh fork hadapan teleskopik jenis USD dan penyerap hentak belakang jenis monoshock dengan pelarasan prabeban (preload). Morbidelli T250X dilengkapi dengan paparan meter digital, port pengecas USB Type-A yang ditempatkan pada kedua-dua sisi panel meter, sistem kunci mekanikal serta suis keselamatan tongkat sisi.

Sistem pencahayaan jenis LED sepenuhnya yang terdiri daripada lampu hadapan, lampu belakang, lampu isyarat dan lampu kecemasan. Turut melengkapkan motosikal ini ialah cermin pelindung angin dan pelindung tangan, yang memberikan perlindungan tambahan serta meningkatkan keselesaan penunggang.

Harga asas bagi Morbidelli T250X ialah RM9,888 dan juga hadir dalam tiga pilihan warna iaitu Bulk Black, Anarchy Grey dan Raptor Yellow. Dengan setiap pembelian Morbidelli T250 &T250X, para pembeli boleh menikmati jaminan waranti perbatuan tanpa had untuk tempoh dua tahun serta perkhidmatan pembelian alat ganti tulen atas talian oleh Morbidelli Malaysia. RR

Popular

  • Yamaha Kali Ini Lebih Agresif Dengan RW700

  • Model Baru

    KTM 790 Duke 2027 Tampil Dengan Beberapa Pembaharuan

  • Model Baru

    Honda CRF1150L Africa Twin Enduro Sports Diperkenalkan

  • Warta Roda

    Yamaha BLU Universe Pertama Dibuka di Serdang

  • Model Baru

    APRILIA RS 457 GP Replica Dilancarkan. Harga RM35,900

Artikel berkaitan

KTM 790 Duke 2027 Tampil Dengan Beberapa Pembaharuan

Honda CRF1150L Africa Twin Enduro Sports Diperkenalkan

APRILIA RS 457 GP Replica Dilancarkan. Harga RM35,900

CFMOTO 500SR Dilancarkan - RM29,988

Yamaha YZF-R9 Tiba di Malaysia - RM68,000

Model Kembara Mewah, Brixton K750GT Bakal Masuk ke Pasaran Negara

KTM 1390 Super Adventure Tampil Dengan Tiga Varian untuk Pasaran Negara - Bermula RM144,000

KTM 990 RC R - Diinspirasikan Jentera Lumba KTM di MotoGP

Disyorkan untuk anda
Warta Roda

Yamaha BLU NEXUS: Pengalaman Premium Dunia Yamaha

Hong Leong Yamaha Motor (HLYM) terus memperkukuhkan kedudukannya dalam industri motosikal Malaysia menerusi pengenalan Yamaha BLU Nexus, sebuah pusat pameran utama (flagship showroom) yang terletak di Kompleks Hong Leong Yamaha, Sungai Buloh, Selangor.

Model Baru

Aveta Falcon 180 Diperkenalkan - RM9,798

Aveta Malaysia secara rasminya memperkenalkan Falcon 180 untuk pasaran negara.

Warta Roda

Yamaha BLU Universe Pertama Dibuka di Serdang

Yamaha Blu Universe pertama di Malaysia

Model Baru

Ducati Panigale V4S 2027: Lebih Moden & Lebih Berkuasa

Ducati terus menhangatkan pasaran superbike dengan melancarkan Panigale V4 S 2027, sebuah jentera sport yang menggabungkan enjin Desmosedici Stradale V4, Sistem Saspensi Elektronik Öhlins dan rekabentuk aerodinamik yang diinspirasikan daripada dunia perlumbaan.