RodaRoda
☰
Isu Terkini

Oktober 2024

Model Baru / 9 Ogos 2026

Yamaha Y16ZR-R Masuk Pasaran Negara - RM10,888

Sempena dengan karnival Yamaga Gen Blu 2026, Hong Leong Yamaha Motor (HLYM) melancarkan Y16ZR-R untuk pasaran negara. Dari segi prestasi asas masih sama demgan model terdahulu, Y16ZR-R menerima beberapa peningkatan penting meliputi sistem kawalan elektronik, nisbah gear, reka bentuk, pencahayaan serta sistem ketersambungan pintar.

Model ini hadir dengan wajah serba baharu yang lebih sporty, tajam dan kompak. Reka bentuk bahagian hadapan turut menerima lampu LED Kelas D yang direka semula. Sistem pencahayaan baharu ini menawarkan pencahayaan yang lebih baik bagi membantu meningkatkan tahap penglihatan ketika menunggang pada waktu malam. Reka bentuk lampu DRL pula diinspirasi daripada mata tajam seekor pemangsa yang memberikan Y16ZR-R identiti yang lebih berani. Lampu belakangnya turut dinaik taraf agat tampak lebih menarik.

Dari segi enjin kekal sama iaitu satu silinder 155cc VVA, SOHC, 5-lejang dengan sistem penyejuk cecair. Model ini menghasilkan kuasa 13.6kW pada 9,500rpm dan tork pula mencecah 14.4Nm pada 8,500 rpm. Model ini didatangkan dengan sistem transmisi 6-kelajuan bersama Assist & Slipper Clutch bagun membantu proses penukarang gear yang lebih selesa.

Yamaha turut melakukan perubahan pada nisbah gear dengan meningkatkan saiz sproket belakang daripada 46T kepada 48T. Perubahan ini bertujuan memberikan tindak balas yang lebih pantas semasa memulakan perjalanan.

Antara ciri yang paling menarik pada Y16Z-R ini sudah tentulah dengan kehadiran sistem Tranction Control generasi 1.5. Kehadiran teknologi ini sekali gus menjadikan moped pertama Yamaha dengan sistem TCS. Dari segi karakter bunyi enjin turut diperhalusi menerusi sistem kemasukan udara Twin Funnel yang dipertingkatkan.

Model ini turut diperkenalkan dengan Simple Communication Control Unit (SCCU) buat pertama kali pada sebuah moped Yamaha. Sistem ini berfungsi bersama aplikasi Yamaha Motor Connectivity (Y-ON) bagi menghubungkan motosikal dengan telefon pintar penunggang.

Antara kelengkapan lain seperti paparan meter digital baharu, tayar hadapan 90/80 - 17, tayar belakang 120/70 - 17, kerangka jenis backbone, fork teleskopik, penyerap hentak monoshock, brek-brek cakera, jarak kelegaan tanah 158mm, tangki bahan api 5.4 liter dan berat 124kg.

Yamaha Y16ZR-R didatangkan dalam tiga pilihan warna iaitu Kouka Grey, Raijin Green dan Yoru Black. Warna Yoru Black, kemasan khas berunsur Chameleon memberikan perubahan tona warna mengikut sudut pencahayaan. Model ini ditawarkan pada harga asas bermula RM10,888 (tanpa insurans & pendaftaran). RR

Popular

  • Yamaha Kali Ini Lebih Agresif Dengan RW700

  • Model Baru

    KTM 790 Duke 2027 Tampil Dengan Beberapa Pembaharuan

  • Model Baru

    Honda CRF1150L Africa Twin Enduro Sports Diperkenalkan

  • Warta Roda

    Yamaha BLU Universe Pertama Dibuka di Serdang

  • Model Baru

    APRILIA RS 457 GP Replica Dilancarkan. Harga RM35,900

Artikel berkaitan

KTM 790 Duke 2027 Tampil Dengan Beberapa Pembaharuan

Honda CRF1150L Africa Twin Enduro Sports Diperkenalkan

APRILIA RS 457 GP Replica Dilancarkan. Harga RM35,900

CFMOTO 500SR Dilancarkan - RM29,988

Yamaha YZF-R9 Tiba di Malaysia - RM68,000

Model Kembara Mewah, Brixton K750GT Bakal Masuk ke Pasaran Negara

KTM 1390 Super Adventure Tampil Dengan Tiga Varian untuk Pasaran Negara - Bermula RM144,000

KTM 990 RC R - Diinspirasikan Jentera Lumba KTM di MotoGP

Disyorkan untuk anda
Warta Roda

Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026 Lebih Meriah... Lebih Mencabar

Seramai 393 penunggang motosikal dari seluruh negara menyertai Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026 yang berlangsung di Gerik, Perak pada pertengahan September yang lalu.

Model Baru

KTM 990 RC R - Diinspirasikan Jentera Lumba KTM di MotoGP

KTM Malaysia secara rasminya memperkenalkan model supersport baharu iaitu 990 RC R.

Model Baru

Suzuki GSX-8TT 2027 Tampil Dengan Warna Merah Serba Baru!

Jentera 'retro-moden', Suzuki GSX-8TT bakal memasuki tahun model 2027 dengan perubahan yang cukup menarik dengan memperkenalkan warna Candy Daring Red.

Model Baru

Kawasaki Versys 900 2027: Versatil & Berkuasa

Kawasaki melangkah ke era lebih menarik dengan memperkenalkan Versys 900 2027, sebuah motosikal sport-touring yang menggabungkan enjin 948cc, empat silinder sebaris yang berkuasa 120hp pada 9,500rpm dan tork 9.3Nm pada 8,000rpm.