RodaRoda
☰
Isu Terkini

Oktober 2024

Model Baru / 11 Ogos 2026

Yamaha XMAX 300 Tech Max Dilancarkan

Hong Leong Yamaha Motor (HLYM) telah menambah satu lagi model dalam siri keluarga MAX iaitu Yamaha XMAX 300 Tech MAX. Model ini merupakan sebuah skuter maksi premium yang menawarkan prestasi bertenaga dan berteknologi terkini.

Skuter ini didatangkan dnegan enjin satu silinder SOHC 292cc, penyejukan cecair dan teknologi Blue Core. Enjin transmisi CVT ini mampu menghasilkan  kuasa 27.6hp pada 7,250rpm dan tork 28.9Nm pada 5,750rpm. Bahagian pelana tampil dengan kemasan premium dan dilengkapi backrest untuk meningkatkan keselesaan penunggang.

Dari segi keselamatan, XMAX 300 Tech MAX dilengkapi sistem Traction Control (TCS), sistem ABS dan Emergency Stop System. Gabungan teknologi ini membantu meningkatkan kawalan dan keyakinan penunggang terutama ketika berdepan keadaan jalan yang mencabar atau situasi membrek secara kecemasan.

Sama seperti adiknya iaitu XMAX 250, model ini turut dilengkapi paparan meter jenis TFT 4.2-inci yang boleh dihubungkan kepada telefon pintar menerusi aplikasi Yamaha Y-Connect. Sistem tersebut turut menyokong navigasi Garmin serta mengakses fungsi seperti panggilan telefon, mesej dan muzik.

XMAX 300 Tech MAX turut dilengkali tempat pemijak kaki yang luas bersama plat kaki aluminium. Ruang simpanan bawah pelana cukup luas yang mampu memuatkan sehingga dua topi keledar. Kelebihan ini menjadikan skuter ini cukup praktikal untuk kegunaan harian dan mengembara jauh.

Antara ciri-ciri lain seperti lampu-lampu LED, cermin penghadang angin boleh laras secara automatik, ruangan kecil di hadapan, emblem Tech MAX, tayar hadapan 120/70-15, tayar belakang  140/70-14, fork teleskopik, penyerap hentak berkembar, brek-brek cakera, tinggi pelana 805mm, ABS dua saluran dan tangki bahan api 13 liter.

Yamaha XMAX 300 Tech MAX akan mula berada tdi semua pengedar Yamaha Big Bikes yang sah di seluruh negara bermula pertengahan Ogos 2026. Model ini ditawarkan pada harga yang disyorkan RM28,499 (tanpa insurans & pendaftaran) dengan satu pilihan warna sahaja iaitu Crystal Graphite. RR

Popular

  • Yamaha Kali Ini Lebih Agresif Dengan RW700

  • Model Baru

    KTM 790 Duke 2027 Tampil Dengan Beberapa Pembaharuan

  • Model Baru

    Honda CRF1150L Africa Twin Enduro Sports Diperkenalkan

  • Warta Roda

    Yamaha BLU Universe Pertama Dibuka di Serdang

  • Model Baru

    APRILIA RS 457 GP Replica Dilancarkan. Harga RM35,900

Artikel berkaitan

KTM 790 Duke 2027 Tampil Dengan Beberapa Pembaharuan

Honda CRF1150L Africa Twin Enduro Sports Diperkenalkan

APRILIA RS 457 GP Replica Dilancarkan. Harga RM35,900

CFMOTO 500SR Dilancarkan - RM29,988

Yamaha YZF-R9 Tiba di Malaysia - RM68,000

Model Kembara Mewah, Brixton K750GT Bakal Masuk ke Pasaran Negara

KTM 1390 Super Adventure Tampil Dengan Tiga Varian untuk Pasaran Negara - Bermula RM144,000

KTM 990 RC R - Diinspirasikan Jentera Lumba KTM di MotoGP

Disyorkan untuk anda
Warta Roda

Model Kembara Mewah, Brixton K750GT Bakal Masuk ke Pasaran Negara

Model kembara mewah, Brixton K750GT bakal masuki pasaran negara.

Model Baru

Honda PCX160 Kembali ke Malaysia Selepas 6 Tahun - RM12,998

Honda PCX160 tiba semula ke pasaran negara pada harga RM12,998.

Model Baru

Suzuki GSX-8TT 2027 Tampil Dengan Warna Merah Serba Baru!

Jentera 'retro-moden', Suzuki GSX-8TT bakal memasuki tahun model 2027 dengan perubahan yang cukup menarik dengan memperkenalkan warna Candy Daring Red.

Model Baru

Yamaha YZF-R9 Tiba di Malaysia - RM68,000

HLYM secara rasminya melancarkan model supersport baharu iaitu YZF-R9.