RodaRoda
☰
Isu Terkini

Oktober 2024

Model Baru / 12 September 2026

Honda E-Clutch Kini di NX500, CB750 & Transalp

Boon Siew Honda (BSH) memperkenalkan teknologi Honda E-Clutch kepada tiga lagi modeluantuk pasaran Malaysia iaitu NX500, CB750 dan Transalp. Sebelum ini teknlogi tersebut hanya ditawarkan pada jentera CBR650R dan CB650R.

Dengan adanya E-Clutch, jenetra-jentera tersebut mudah digunakan oleh pelbagai jenis penunggang termasuklah buat mereka yang baru beralih kepada motosikal dengan kapasiti enjin yang lebih besar. Teknologi tersebut berkenaan direka untuk mengawal operasi klac secara automatik ketika mula bergerak, berhenti dan menukar gear bagi mengurangkan penggunaan tuil klac.



Apa beza dengan transmisi automatik seperti Honda Dual Clutch Transmission (DCT), E-Clucth masih perlu menukar kedudukan gear secara manual seperti varian sebelum ini. Namun, operasi klac tersebut dikawal secara automatik bagi menghasilkan proses penukaran gear yang lebih pantas dan lancar. Walaubagaimanapun, tuil klac masih lagi berfungsi sepenuhmnya jika penunggang mahu mengambil alih kawalan pada bila-bila masa.

Honda turut membenarkan sistem E-Clutch dimatikan sepenuhnya menerusi paparan meter TFT bagi penunggang yang mahu menikmati pengalaman menunggang secara manual. Pada model yang dilengkapi Throttle-By-Wire (TBW), sistem itu turut membolehkan padanan putaran enjin secara automatik ketika penukaran gear rendah untuk menghasilkan tunggangan lebih lancar.

Teknologi ini juga membatu penunggang yang menaik taraf daripada motosikal berkapasiti kecil kepada motosikal lebih besar bagi mengurangkan kebimbangan enjin mati ketika berhenti atau bergerak semula. Ciri ini juga memberi manfaat kepada penunggang terutama ketika di  kesesakan lalu lintas dan di kawasan berbukit. Bagi penunggang harian pula, teknologi itu boleh mengurangkan keletihan tangan ketika melalui keadaan trafik henti-gerak.

Untuk tahun 2026, model pertama yang menerima teknologi berkenaan ialah Honda NX500. Jentera ini dikuasakan dengan enjin dua silinder selari 471cc sejukan cecair yangmenghasilkan kuasa 50.3hp dan tork sekitar 45Nm. Model crossover adventure itu turut dilengkapi Honda Selectable Torque Control (HSTC) berat 199kg dan tinggi pealana 830mm. NX500 E-Clutch didatangkan dalam dua pilihan warna iaitu Pearl Horizon White dan Matte Gunpowder Black Metallic pada harga asas bermula RM34,099.

Selain itu, Honda CB750 turut menjadi model pertama yang menggabungkan E-Clutch dengan sistem Throttle-By-Wire. Enjin dua silinder selari 755cc menghasilkan kuasa 91.8hp dan tork 75Nm. Model ini disempurnakan bersama lima mod tunggangan iaitu Sport, Rain, Standard, User 1 dan User 2. Turut terdapat HSTC tiga tahap, Wheelie Control dan pelarasan Engine Braking. CB750 E-Clutch ditawarkan dalam warna Gold Finch Yellow pada harga asas RM44,999.

Bagi peminat model adventur, Honda Translap E-Clutch menghasilkan kuasa 91.8hp dan tork 75Nm bersama enam pilihan mod tunggangan seperti Sport, Standard, Rain, Gravel dan dua tetapan USER. Untuk model 2026, suspensi hadapan Showa 43mm SFF-CATM USD dan penyerap hentak belakang menerima pelarasan mampatan dan lantunan yang menjadikan model ini lebih fleksibel untuk kegunaan atas jalan raya dan laluan off-road. Transalp E-Clutch ditawarkan dalam warna Ross White dan Pearl Deep Mud Grey. Namun dari segi harga akan dimumkan nanti. RR

Popular

  • Yamaha Kali Ini Lebih Agresif Dengan RW700

  • Model Baru

    KTM 790 Duke 2027 Tampil Dengan Beberapa Pembaharuan

  • Model Baru

    Honda CRF1150L Africa Twin Enduro Sports Diperkenalkan

  • Warta Roda

    Yamaha BLU Universe Pertama Dibuka di Serdang

  • Model Baru

    APRILIA RS 457 GP Replica Dilancarkan. Harga RM35,900

Artikel berkaitan

KTM 790 Duke 2027 Tampil Dengan Beberapa Pembaharuan

Honda CRF1150L Africa Twin Enduro Sports Diperkenalkan

APRILIA RS 457 GP Replica Dilancarkan. Harga RM35,900

CFMOTO 500SR Dilancarkan - RM29,988

Yamaha YZF-R9 Tiba di Malaysia - RM68,000

Model Kembara Mewah, Brixton K750GT Bakal Masuk ke Pasaran Negara

KTM 1390 Super Adventure Tampil Dengan Tiga Varian untuk Pasaran Negara - Bermula RM144,000

KTM 990 RC R - Diinspirasikan Jentera Lumba KTM di MotoGP

Disyorkan untuk anda
Model Baru

Suzuki GSX-8TT 2027 Tampil Dengan Warna Merah Serba Baru!

Jentera 'retro-moden', Suzuki GSX-8TT bakal memasuki tahun model 2027 dengan perubahan yang cukup menarik dengan memperkenalkan warna Candy Daring Red.

Model Baru

Ducati Panigale V4S 2027: Lebih Moden & Lebih Berkuasa

Ducati terus menhangatkan pasaran superbike dengan melancarkan Panigale V4 S 2027, sebuah jentera sport yang menggabungkan enjin Desmosedici Stradale V4, Sistem Saspensi Elektronik Öhlins dan rekabentuk aerodinamik yang diinspirasikan daripada dunia perlumbaan.

Warta Roda

Pusat Servis & Pejabat Urusan Mforce KL Berpindah Ke Lokasi Baru!

Mforce Bike Holdings Sdn. Bhd. mengumumkan perpindahan Pusat Servis dan Pejabat Urusan Mforce cawangan Kuala Lumpur ke premis baharu yang lebih luas dan lengkap di Jalan Segambut Tengah. Langkah ini merupakan komitmen berterusan syarikat dalam memperkasakan perkhidmatan selepas jualan seiring dengan peningkatan jumlah pemilik motosikal-motosikal Mforce di Malaysia.

Yamaha Kali Ini Lebih Agresif Dengan RW700