RodaRoda
☰
Isu Terkini

Oktober 2024

Model Baru / 10 Mei 2016

Triumph 2016 Bonneville Street Twin Telah Tiba di Malaysia

Model terbaru Triumph, 2016 Street Twin akhirnya telah berada di pasaran negara! Model yang terkenal dengan gaya klasik ini juga merupakan salah satu daripada ahli keluarga Bonneville yang dibawa masuk oleh Fast Bike Sdn Bhd, Pengedar Rasmi Eksklusif Triumph Motorcycles di Malaysia. “Model Street Twin ini telah mendapat liputan yang cukup positif oleh wartawan permotoran di seluruh dunia dan pastinya model ini akan mendapat perhatian dan permintaan yang tinggi dengan kemasukannya ke pasaran tanahair. Terdapat beberapa lagi model Bonneville yang bakal menghiasi pusat pameran Triumph tidak lama lagi iaitu Bonneville T120, T120 Black dan Thruxton R. Kesemua barisan model Bonneville termasuk Street Twin ini merupakan ikon jenama Triumph yang telah dilahirkan semula,” kata Ketua Pegawai Operasi Fast Bikes Sdn Bhd, Dato' Razak Al-Malique.

Street Twin dilengkapi dengan enjin kembar parallel serba baru yang berisipadu 900cc yang memberikan perubahan kuasa yang cukup memberangsangkan. Kuasa maksimum model ini ialah 54bhp dan tork setinggi 80Nm berbanding hanya 61Nm bagi model sebelum ini. Triumph turut berjaya memperbaiki kadar penggunaan bahan api pada model ini dengan penjimatan sehingga 36%.

Untuk kesesuaian semua termasuklah penunggang wanita, keberatan model ini telah berjaya dikurangkan sehingga 11kg kepada hanya 198kg dan semestinya ia membantu menjadikan pengendalian lebih mudah dan tepat. Panel meter LCD yang dilengkapkan pada model ini lebih terperinci. Ia memaparkan posisi gear, jarak perjalanan, jarak sebelum tangki petrol kosong, jam dan data penggunaan bahan api. Jentera Triumph ini juga turut dilengkapi dengan tempat pengecas USB terletak di bawah pelana.

Triumph menawarkan lima warna pilihan kepada para penunggang iaitu Jet Black, Phantom Black, Matte Black, Silver dan Merah. Sebagai tambahan, terdapat 150 jenis aksesori yang tersedia untuk model 2016 Street Twin termasuk Inspiration Kits (kit pengubahsuai) untuk kesesuaian dan gaya berbeza seperti Urban, Scrambler dan Brat Tracker. Untuk menilai kehebatan Street Twin ini, sila rujuk laporan penuh pandu ujinya dalam RodaRoda keluaran Mac 2016, Bil: 353.

Model unik dan anggun ini ditawarkan pada harga RM55,900 (termasuk GST) tanpa cukai jalan dan kos insurans. Untuk melihat dengan lebih dekat, kunjungi pusat pameran dan ibu pejabat Triumph Motorcycles Malaysia (Fast Bikes Sdn Bhd) yang terletak di No.3 Jalan 13/1, Seksyen 13, 46200 Petaling Jaya, Selangor. RR

Isu Pada

Mei 2016

Popular

  • Yamaha Kali Ini Lebih Agresif Dengan RW700

  • Model Baru

    KTM 790 Duke 2027 Tampil Dengan Beberapa Pembaharuan

  • Model Baru

    Honda CRF1150L Africa Twin Enduro Sports Diperkenalkan

  • Warta Roda

    Yamaha BLU Universe Pertama Dibuka di Serdang

  • Model Baru

    APRILIA RS 457 GP Replica Dilancarkan. Harga RM35,900

Artikel berkaitan

KTM 790 Duke 2027 Tampil Dengan Beberapa Pembaharuan

Honda CRF1150L Africa Twin Enduro Sports Diperkenalkan

APRILIA RS 457 GP Replica Dilancarkan. Harga RM35,900

CFMOTO 500SR Dilancarkan - RM29,988

Yamaha YZF-R9 Tiba di Malaysia - RM68,000

Model Kembara Mewah, Brixton K750GT Bakal Masuk ke Pasaran Negara

KTM 1390 Super Adventure Tampil Dengan Tiga Varian untuk Pasaran Negara - Bermula RM144,000

KTM 990 RC R - Diinspirasikan Jentera Lumba KTM di MotoGP

Disyorkan untuk anda
Model Baru

Ducati Panigale V4S 2027: Lebih Moden & Lebih Berkuasa

Ducati terus menhangatkan pasaran superbike dengan melancarkan Panigale V4 S 2027, sebuah jentera sport yang menggabungkan enjin Desmosedici Stradale V4, Sistem Saspensi Elektronik Öhlins dan rekabentuk aerodinamik yang diinspirasikan daripada dunia perlumbaan.

Warta Roda

Kisah Di Sebalik Penciptaan Honda CB1000F

Haramoto-san merupakan Ketua Projek Utama (Large Project Leader, LPL) di Honda yang mengetuai pembangunan CB1000F; sebuah motosikal jalanan gaya retro yang mengambil inspirasi daripada jentera lumba ikonik milik ‘Fast Freddie’.

Model Baru

Aveta Falcon 180 Diperkenalkan - RM9,798

Aveta Malaysia secara rasminya memperkenalkan Falcon 180 untuk pasaran negara.

Model Baru

Honda PCX160 Kembali ke Malaysia Selepas 6 Tahun - RM12,998

Honda PCX160 tiba semula ke pasaran negara pada harga RM12,998.