
T-15 mewarisi segala DNA dan karaktor Siri-MT seperti pengendalian yang tangkas, lincah dan mantap. Jentera jalanan ini disempurnakan dengan enjin VVA 155cc, sistem suntikan bahan api, 4-lejang, transmisi 6 kelajuan yang mampu menghasilkan kuasa setinggi 14.2 kW pada 10,000 rpm dan tork 14.7 Nm pada 8,500 rpm.

Honda telah memperkenalkan model terbaru, CB125F yang akan berada di pasaran Eropah untuk tahun 2021. Enjin 125cc lengkap dengan eSP ('enhanced Smart Power') serba baru yang telah dipertingkatkan untuk hantaran kuasa lebih mantap serta penjimatan bahan api yang mengagumkan.