RodaRoda
☰
Isu Terkini

Oktober 2024

Sudut RR / 10 Julai 2015

Sayangi Motosikal Anda!

Antara pengalaman paling sedih dan menyusahkan sebagai penunggang motosikal selain kemalangan tentulah kehilangannya. Saya sendiri pernah alaminya dan memang insiden ini cukup sukar untuk dilupakan. Kita bukan sahaja setakat ‘patah kaki’ tetapi terpaksa bersusah payah perlu ke balai polis membuat laporan, mencari jejak hilangnya dan mengumpul semula duit untuk mencari pengganti.

Beringat sebelum kena! Sebelum kita meninggalkan motosikal, wajib untuk dipastikan lokasi dan persekitaran itu, adakah ia selamat atau tidak. Antara tempat-tempat ‘panas’ yang sering menjadi perhatian ‘manusia durjana’ itu ialah tempat parkir awam, tepian pasaraya, kawasan perumahan dan di kawasan rumah-rumah kedai. Sememangnya tahap kecerdikan pencuri-pencuri ini juga selari dengan peredaran zaman. Semakin maju kita mencipta alatan pencegah keselamatan, semakin bergeliga otak mereka mencari jalan menewaskannya. Apa pun…setidak-tidaknya ada usaha dari pihak kita sendiri untuk mencegah.

Seperti yang dikatakan tadi, paling utama ialah pemilihan tempat untuk diletakkan jentera kita. Biar di tempat terang dan mudah untuk dilihat oleh kita atau orang lain. Kalau di waktu malam, jangan sesekali motosikal kita ditinggalkan di kawasan tiada berlampu. Jangan biarkan jentera kita terlindung dengan kenderaan berat, pokok, pondok telefon atau tiangtiang lampu kerana ini juga memudahkan ‘kerja’ mereka.

Belanja lebih sedikit untuk membeli kunci tambahan yang berkualiti tinggi dan biarlah lebih daripada satu unit. Kunci bahagian hadapan, rantai, tayar dan brek cakera. Walaupun ia mengambil sedikit masa untuk dibuka satu per satu tetapi percayalah ia boleh memperlambatkan dan malah mampu mengatasi usaha pencurian. Turut ditawarkan kini ialah sistem penggera untuk kegunaan motosikal dan ini juga salah satu usaha baik untuk terus menangani masalah ini.

Penggunaan rantai penggunci juga patut digunakan walaupun ramai penunggang motosikal kurang selesa membawanya kerana berat atau leceh. Penunggang motosikal juga boleh memasang suis pemati di dalam sistem enjin yang tidak mungkin dapat dihidupkan tanpa kita menggunakan suis tersebut. Percaya dan yakinlah, segala usaha kita ini, walaupun perlu menggunakan sedikit modal tambahan, ia mungkin dapat menjadikan cubaan mencuri itu lebih sukar.

Bantuan dan sokongan daripada pihak berkuasa juga amat dialu-alukan. Rondaan menggunakan kereta dan motosikal perlu dilakukan dengan lebih kerap terutama sekali di lokasi-lokasi ‘panas’ yang dimaksudkan. Apabila suatu destinasi itu selamat, ia bukan sahaja menggembirakan masyarakat tempatan tetapi juga menggamit pelancong luar untuk terus mengunjungi Malaysia. Sama-sama kita berusaha! RR

Isu Pada

Julai 2015

Popular

  • Yamaha Kali Ini Lebih Agresif Dengan RW700

  • Model Baru

    KTM 790 Duke 2027 Tampil Dengan Beberapa Pembaharuan

  • Model Baru

    Honda CRF1150L Africa Twin Enduro Sports Diperkenalkan

  • Warta Roda

    Yamaha BLU Universe Pertama Dibuka di Serdang

  • Model Baru

    APRILIA RS 457 GP Replica Dilancarkan. Harga RM35,900

Artikel berkaitan

Silau Akibat Lampu LED? Ramai Luahkan Perasaan yang Sama

5 Sebab Kenapa Tayar Slick tidak Sesuai untuk Jalanraya

Kematian Penunggang Jalan Raya Kian Bertambah Salah Siapa?

Motosikal Kian Moden, Tabiat Menunggang Kekal Tak Berubah

Menghadapi Hari Dengan Penuh Cekal... Selamat Tahun Baru 2023!

Hukuman Lebih Berat Menanti Pelumba Haram

Hasrat Mengurangkan Kadar Kemalangan Motosikal Perlu Kesedaran

Saranan Haramkan Jualan Kapcai Prestasi Tinggi - Ketua Polis Negara

Disyorkan untuk anda
Model Baru

CFMOTO 500SR Dilancarkan - RM29,988

CFMOTO Malaysia melancarkan 500SR sempena MotoGP Malaysia 2026.

Model Baru

Yamaha YZF-R9 Tiba di Malaysia - RM68,000

HLYM secara rasminya melancarkan model supersport baharu iaitu YZF-R9.

Warta Roda

Model Kembara Mewah, Brixton K750GT Bakal Masuk ke Pasaran Negara

Model kembara mewah, Brixton K750GT bakal masuki pasaran negara.

Warta Roda

Mengapa VOGE SR450X Lewat? Ini Penjelasan VOGE Malaysia

Menurut pihak MForce selaku pengedar rasmi jenama VOGE di Malaysia, kelewatan proses pemasangan model VOGE SR450X di Malaysia adalah disebabkan pihak VOGE telah membuat penambahbaikan ke atas bahagian tangki bahan api.