RodaRoda
☰
Isu Terkini

Oktober 2024

Sudut RR / 10 Ogos 2015

Lampu! Oh, Lampu!

Dalam Kamus Dewan, lampu bermaksud Alat untuk menerangi (sesuatu ruang, kawasan, tempat dsb). Apa pula ertinya gelap? Kamus Dewan menerangkan, Gelap bererti tidak terdapat cahaya, kelam atau tidak terang. Ini bermakna kehadiran LAMPU sebagai alat memberi pencahayaan amat penting apabila kita berada di suatu kawasan yang gelap dan kelam. Sebagai seorang pengguna jalan raya atau lebih tepat, penunggang motosikal... kita juga perlu sentiasa beringat pada lima jenis lampu yang amat-amat penting ini iaitu Lampu Isyarat, Lampu Jalan, Lampu Utama Motosikal, Lampu Isyarat Motosikal dan Lampu Brek.

Lampu Isyarat. Ia dihasilkan buat pertama kali ialah di Westminster, England pada tahun 1868 dan merupakan lampu jenis gas yang tidak tahan lama. Lampu jenis ini akhirnya digantikan dengan jenis elektrik pada tahun 1912 yang digunakan di Utah, Amerika Syarikat. Enam tahun kemudian barulah sistem lampu isyarat dengan tiga warna pula telah diperkenalkan di New York. Bermula dari saat itu hingga kini, semua pengguna jalan raya wajib mematuhi tiga warna ini iaitu Merah (berhenti), Kuning (bersedia) dan Hijau (jalan).

Walaupun hampir 100 tahun sistem ini digunakan di jalan raya, ribuan nyawa terus melayang setiap hari akibat kemalangan yang berpunca daripada sikap tidak mematuhi lampu isyarat. Apakah masalahnya? Kalau rabun warna, pastinya kedudukan nyalaan lampu isyarat itu telah membantu untuk kita mengenal pasti apakah isyarat itu? Jika lampu atas sekali yang menyala, pastinya ia lampu merah, tengah untuk kuning dan bawah sekali berwarna hijau. Di sesetengah negara, turut disediakan lampu-lampu khas untuk pengguna yang mempunyai masalah buta warna iaitu warna jingga sebagai ganti warna merah manakala warna biru pula pengganti lampu hijau.

Jika masih kurang mengerti, makin banyak lokasi di bandar-bandar yang kini menggunakan sistem lampu isyarat dengan Penentu Waktu. Dengan adanya sistem lampu seperti ini, kita dapat membuat anggaran jarak, kelajuan yang perlu dipilih untuk memastikan sama ada masih sempat atau tidak untuk melalui suatu persimpangan. Tidak kiralah apa jenis lampu isyarat pun, yang penting.... bersabarlah! Jangan gadaikan nyawa kita hanya kerana 60 saat. Ingatlah... isteri, suami, ibu, bapa atau anak-anak kita sedang menunggu kepulangan atau kedatangan kita.

Lampu Jalan: Tidak salah menunggang di waktu malam dan mungkin ada kalanya ia lebih baik jika kadar kesesakan terlalu teruk atau cuaca terlalu panas tetapi pilihlah untuk menunggang di kawasan yang terang. Jika boleh, elak daripada menunggang di kawasan luar bandar, ladang-ladang atau di hutan simpan kerana risikonya cukup tinggi. Penunggang mungkin terdedah dengan lubang dalam, sisa kotoran, minyak, ranting kayu, paku, longgokan batu atau binatang yang tidur di tengah-tengah jalan.

Lampu-lampu jalan di seluruh dunia diletakkan di kawasan-kawasan yang dipilih berdasarkan keutamaan penggunaannya. Seperti yang sedia maklum, ia bertujuan untuk mengurangkan kadar kemalangan, jenayah dan memudahkan pengguna jalan raya membaiki kenderaan jika berlakunya kecemasan. Kadar jumlah kekuatan sinaran cahaya juga berbeza, bergantung kepada kawasan itu sendiri dengan pengiraan 1,000K hingga 10,000K.

Untuk kawasan pejalan kaki, aktiviti sosial, taman permainan, depot, ruang servis, trek basikal dan di ruang parkir awam, kadar pencerahan ialah sekitar 4,000k-5,000k. Untuk jalan-jalan utama, jambatan atau persimpangan, kadar pencahayaan yang disyorkan ialah pada 2,500K hingga 3,500K. Kadar paling rendah iaitu sekitar 2,500K - digunakan di kawasan perumahan, rumah kebajikan dan pusat pemuliharaan binatang. Kadar pencahayaan ini baik untuk istirehat dan tidur.

Lampu Utama Motosikal: Masalah ini sudah terlalu lama dibincangkan! Masih kurang fahamkah? Peraturan memasang lampu di waktu siang ini telah dikuatkuasa lebih daripada 20 tahun yang lalu dan semestinya terdapat banyak hikmah dan sebab utama ianya dijalankan. Cahaya motosikal bukan sahaja penting untuk memberi suluhan di tempat dan situasi gelap tetapi ia juga membantu kita agar mudah dilihat oleh pemandu kenderaan lain. Keutamaan pemasangan ini amat penting, lebih-lebih lagi bagi ibubapa yang menjemput anak-anak dari sekolah sesi petang dan kakitangan sektor perkilangan yang mempunyai jadual bertugas mengikut syif.

Kos paling murah untuk membeli mentol utama jentera moped sebenarnya tidak lebih daripada RM5. Adakah ia masih dikira mahal berbanding nyawa kita? Jika tiba-tiba berlaku kecemasan seperti mentol terbakar, duit pula tiada, bengkel motosikal tutup.... pilihlah untuk menunggang di siang hari, setidak-tidaknya kita mudah melihat dan dilihat!

Lampu Isyarat Motosikal dan Lampu Brek: Masalah ini tidak akan timbul jika kita adalah seorang penunggang yang berdisiplin, peka dan bertanggung jawab. Bukankah lebih mudah dan selamat jika kita menggunakan lampu isyarat untuk membelok, menukar laluan atau memasuki suatu persimpangan. Kenderaan dari belakang mahu pun hadapan yang melihat kelipan lampu ini pastinya akan sedar dan tahu ke mana hala tuju kita seterusnya memperlahankan kelajuan atau membatalkan niat untuk memintas. Ini amat penting untuk elakkan daripada berlakunya kemalangan.

Bagi penunggang yang ada urusan di waktu malam, elaklah daripada dilanggar dari belakang oleh kenderaan lain dengan memastikan lampu belakang dan brek jentera anda dalam keadaan baik. Sememangnya terdapat beberapa lokasi di jalanan biasa mahupun di lebuhraya yang masih belum dipasangkan dengan lampu jalan menyebabkan keadaan lalu lintas suram dan gelap. Jadi…. bertindaklah sebelum kita menjadi salah seorang mangsa keadaan. Ingat dan berwaspadalah. Sebelum memulakan perjalanan, periksa motosikal kita dan pastikan lampu-lampu berfungsi dengan sempurna. Jangan kerana 'nak' cepat, kita memperjudikan nyawa! Selamat Menunggang. RR

Salam Mesra,
Khairil Azuan, Ketua Pengarang

Isu Pada

Ogos 2015

Popular

  • Yamaha Kali Ini Lebih Agresif Dengan RW700

  • Model Baru

    KTM 790 Duke 2027 Tampil Dengan Beberapa Pembaharuan

  • Model Baru

    Honda CRF1150L Africa Twin Enduro Sports Diperkenalkan

  • Warta Roda

    Yamaha BLU Universe Pertama Dibuka di Serdang

  • Model Baru

    APRILIA RS 457 GP Replica Dilancarkan. Harga RM35,900

Artikel berkaitan

Silau Akibat Lampu LED? Ramai Luahkan Perasaan yang Sama

5 Sebab Kenapa Tayar Slick tidak Sesuai untuk Jalanraya

Kematian Penunggang Jalan Raya Kian Bertambah Salah Siapa?

Motosikal Kian Moden, Tabiat Menunggang Kekal Tak Berubah

Menghadapi Hari Dengan Penuh Cekal... Selamat Tahun Baru 2023!

Hukuman Lebih Berat Menanti Pelumba Haram

Hasrat Mengurangkan Kadar Kemalangan Motosikal Perlu Kesedaran

Saranan Haramkan Jualan Kapcai Prestasi Tinggi - Ketua Polis Negara

Disyorkan untuk anda
Warta Roda

Mengapa VOGE SR450X Lewat? Ini Penjelasan VOGE Malaysia

Menurut pihak MForce selaku pengedar rasmi jenama VOGE di Malaysia, kelewatan proses pemasangan model VOGE SR450X di Malaysia adalah disebabkan pihak VOGE telah membuat penambahbaikan ke atas bahagian tangki bahan api.

Warta Roda

Voge DS800X Rally Sudah Berada di Pengedar Mforce Seluruh Negara

Voge DS800X Rally akhirnya tiba ke pasaran negara.

Model Baru

Aveta Falcon 180 Diperkenalkan - RM9,798

Aveta Malaysia secara rasminya memperkenalkan Falcon 180 untuk pasaran negara.

Warta Roda

Pusat Servis & Pejabat Urusan Mforce KL Berpindah Ke Lokasi Baru!

Mforce Bike Holdings Sdn. Bhd. mengumumkan perpindahan Pusat Servis dan Pejabat Urusan Mforce cawangan Kuala Lumpur ke premis baharu yang lebih luas dan lengkap di Jalan Segambut Tengah. Langkah ini merupakan komitmen berterusan syarikat dalam memperkasakan perkhidmatan selepas jualan seiring dengan peningkatan jumlah pemilik motosikal-motosikal Mforce di Malaysia.