RodaRoda
☰
Isu Terkini

Oktober 2024

Warta Produk / 4 Disember 2020

GIVI Lancar Topi Keledar Baru - M10.1 ACQUA DEMI JET & M30.3 D-VISOR JET

Pengeluar aksesori terkemuka di dunia, GIVI Asia Sdn Bhd telah memperkenalkan dua topi keledar terbaru mereka iaitu M10.1 ACQUA DEMI JET & M30.3 D-VISOR JET.

M10.1 ACQUA DEMI JET
M10.1 ACQUA DEMI JET

M10.1 ACQUA DEMI JET merupakan topi keledar yang ringan dengan menampilkan rekaan klasik moden dan vintaj. Topi keledar ini mempunyai sistem pengikat jenis Micrometric untuk memudahkan pengguna membuka atau memasang ikatannya.

Terdapat empat warna pilihan iaitu Graphic Lava Black, Graphic Lava Cream White, Soda Metallic Black & Soda Metallic Fuchsia. M10.1 ACQUA DEMI JET boleh dimiliki dari saiz S sehingga XL yang dijual pada harga bermula RM230.

M30.3 D-VISOR JET
M30.3 D-VISOR JET

Selain itu, M30.3 D-VISOR JET pula didatangkan dengan teknologi System Protection Head (HPS) yang menampilkan rekabentuk terkini. Topi keledar ini dilengkapi dengan sistem pengudaraan untuk beri keselesaan buat pengguna serta mengurangkan kesan kabus di bahagian visor. Bagi memudahkan pengguna menunggang pada waktu matahari terik, topi keledar ini turut menawarkan cermin gelap di bahagian dalam yang mudah digunakan.

Topi keledar M30.3 D-VISOR JET ditawarkan pada harga bermula RM312 dengan tiga pilihan warna iaitu Graphic Echo Neon Yellow, Graphic Echo Red & Solid Black. RR

Isu Pada

Disember 2020

Popular

  • Yamaha Kali Ini Lebih Agresif Dengan RW700

  • Model Baru

    KTM 790 Duke 2027 Tampil Dengan Beberapa Pembaharuan

  • Model Baru

    Honda CRF1150L Africa Twin Enduro Sports Diperkenalkan

  • Warta Roda

    Yamaha BLU Universe Pertama Dibuka di Serdang

  • Model Baru

    APRILIA RS 457 GP Replica Dilancarkan. Harga RM35,900

Artikel berkaitan

DJI Osmo 360 II Dilancarkan - Tawar Rakaman 360 Bersama 8K/60FPS

LS2 Perkenalkan Barisan Produk Baharu, Bakal Masuk Pasaran Malaysia Bermula September 2026

ARC Helmet Pertontonkan Topi Keledar XRS Star Wars Special Edition

Helmet Alpinestars Supertech R10 Dilancarkan. Harga bermula dari RM3,999

Continental SportAttack 5: Tayar Supersport Baharu

GIVI Lancar Tiga Topi Keledar Baharu

GIVI XSPACE Dilancarkan - Bermula RM1,600

Continental Tires bakal rancakkan pasaran tayar motosikal negara

Disyorkan untuk anda
Model Baru

CFMOTO 500SR Dilancarkan - RM29,988

CFMOTO Malaysia melancarkan 500SR sempena MotoGP Malaysia 2026.

Model Baru

Suzuki GSX-8TT 2027 Tampil Dengan Warna Merah Serba Baru!

Jentera 'retro-moden', Suzuki GSX-8TT bakal memasuki tahun model 2027 dengan perubahan yang cukup menarik dengan memperkenalkan warna Candy Daring Red.

Model Baru

KTM 790 Duke 2027 Tampil Dengan Beberapa Pembaharuan

KTM 790 Duke 2027 dikatakan akan di bawa masuk ke pasaran negara tahun hadapan.

Model Baru

KTM 1390 Super Adventure Tampil Dengan Tiga Varian untuk Pasaran Negara - Bermula RM144,000

KTM Malaysia secara rasmi memperkenalkan model adventure yang menawarkan tiga varian iaitu 1390 Super Adventure R, S dan S EVO.