RodaRoda
☰
Isu Terkini

Oktober 2024

Warta Produk / 15 Jun 2021

Beg Pelana (Saddle Bag) GIVI: Praktikal & Cantik

Memang padu Boss! Cantik dan kemas! Itulah komen rakan-rakan motor setiap kali melihat saddle bag GIVI RSB01 kemas dipasang pada motosikal. Okay... saddle bag atau beg pelana ini memang cantik, tahan lasak, mudah dipasang dan sesuai untuk semua jenis motosikal tidak kira moped atau motosikal berkuasa tinggi.

Beg pelana RSB01 ini bersaiz 15 liter dan dihasil menggunakan 100% bahan polister. Beg ini boleh dipasang pada semua jenis motosikal dengan sangat mudah kerana kedua-dua beg (kiri dan kanan) disambung menggunakan velcro. Caranya dengan melekatkan kedua-dua tali (menggunakan velcro) mengikut panjang yang sesuai dankemudiannya letakkan di bahagian bawah pelana. Apabila pelana dipasang /ditutup semula, tali ini akan berada di bahagian bawah dengan selamat.

Agar tidak terhoyong hayang ketika bergerak, terdapat dua klip di bahagian belakang yang membolehkan kita mengikat beg pada casis dengan kemas. Untuk mengelakkan barangan kita daripada basah, terdapat beg kalis air akan kita gunakan untuk penyimpanan barang. Beg kalis air itu diletakkan di bahagian dalam.

Kelebihan beg pelana GIVI ini ialah ia boleh dijadikan beg sandang pada bila-bila masa. Ini bermakna, kita dapat membawa barangan bersama setiap kali berhenti atau tiba di hotel atau mana-mana destinasi. Selamat! Beg pelana ini juga boleh dibesarkan dengan adanya Expandable Compartment yang boleh kita buka dengan menggunakan zip. Kalau ride solo, memang macam-macam boleh bawa. Kalau kembara berdua, satu beg untuk kita... satu lagi untuk pasangan kita. Senangkan?

Kami telah gunakan beg pelana GIVI ini pada Yamaha XJ6, Yamaha Y15ZR, Royal Enfield Himalayan dan beberapa model lain. Ternyata ia bukan saja memudahkan perjalanan tetapi juga jentera kita nampak lebih cool dan bergaya. Tak percaya? Memang kena beli lah! Beg pelana GIVI RSB01 ini dijual pada harga RM387.00 dan boleh didapati di semua pengedar GIVI Point serta semua pengedar sah GIVI di seluruh negara. RR

Isu Pada

Mei 2021

Popular

  • Yamaha Kali Ini Lebih Agresif Dengan RW700

  • Model Baru

    KTM 790 Duke 2027 Tampil Dengan Beberapa Pembaharuan

  • Model Baru

    Honda CRF1150L Africa Twin Enduro Sports Diperkenalkan

  • Warta Roda

    Yamaha BLU Universe Pertama Dibuka di Serdang

  • Model Baru

    APRILIA RS 457 GP Replica Dilancarkan. Harga RM35,900

Artikel berkaitan

DJI Osmo 360 II Dilancarkan - Tawar Rakaman 360 Bersama 8K/60FPS

LS2 Perkenalkan Barisan Produk Baharu, Bakal Masuk Pasaran Malaysia Bermula September 2026

ARC Helmet Pertontonkan Topi Keledar XRS Star Wars Special Edition

Helmet Alpinestars Supertech R10 Dilancarkan. Harga bermula dari RM3,999

Continental SportAttack 5: Tayar Supersport Baharu

GIVI Lancar Tiga Topi Keledar Baharu

GIVI XSPACE Dilancarkan - Bermula RM1,600

Continental Tires bakal rancakkan pasaran tayar motosikal negara

Disyorkan untuk anda
Warta Roda

Voge DS800X Rally Sudah Berada di Pengedar Mforce Seluruh Negara

Voge DS800X Rally akhirnya tiba ke pasaran negara.

Pandu Uji

KOVE 800X GT: Best Untuk Kembara...Syok Di Selekoh

Untuk model yang baru sahaja saya pick-up iaitu KOVE 800X GT, saya rasa lebih baik kalau dibawa keluar jauh. Bukan setakat pusing-pusing bandar.

Warta Roda

Aveta Nova 200 Limited Edition Tiba ke Pasaran Negara - RM8,788

Aveta Malaysia turut memperkenalkan Nova 200 Limited Edition yang menampilkan warna dan kemasan berbeza berbanding varian standard.

Model Baru

CFMOTO 500SR Dilancarkan - RM29,988

CFMOTO Malaysia melancarkan 500SR sempena MotoGP Malaysia 2026.