RodaRoda
☰
Isu Terkini

Oktober 2024

Warta Produk / 22 November 2021

ShiftBoss 2.0 Sudah Berada Di Pasaran

Selepas memperkenalkan ECU TuneBoss generasi kedua baru-baru ini, FSR Technology kini telah melancarkan ShiftBoss 2.0 dalam pasaran negara. ShiftBoss merupakan sistem QuickShifter yang membantu pengguna motosikal menukar kedudukan gear dengan pantas tanpa menggunakan klac dan menutup pendikit.

ShiftBoss hanya boleh dipadankan dengan kedua-dua generasi ECU TuneBoss termasuklah dari stage 1 hingga stage 3 untuk ECU TuneBoss Gen2.

Sebelum ini, teknologi Quickshifter sangat popular untuk jentera berkuasa tinggi. Namun, TuneBoss berjaya menghasilkan produk di mana sistem tersebut juga boleh digunakan untuk motosikal bawah 250cc.

“Lebih 30,000 pengguna ECU TuneBoss sejak ianya dilancarkan pada tahun 2014. Namun, setakat ini hanya 10% sahaja pengguna yang menggunakan produk Quickshifter kami. Perkara ini mungkin disebabkan versi lama ShiftBoss hanya dicipta untuk dua model sahaja iaitu Yamaha Y15ZR & FZ150i,” kata CEO FSR Technology, En. Farhan Ali.

ShiftBoss 2.0 boleh didapati untuk model-model seperti berikut:

  1. Yamaha Y15ZR
  2. Yamaha Y16ZR
  3. Yamaha FZ150i
  4. Honda RS150R
  5. Yamaha YZF-R25
  6. Yamaha YZF-R15
  7. Yamaha MT-15

Sistem Quickshifter ShiftBoss 2.0 ini ditawarkan pada harga mampu milik iaitu RM250. Bagi pengguna ShiftBoss versi lama pula, anda boleh menaiktaraf kepada versi baru dengan hanya menukar bahagian perkakasan yang bernilai RM100 sahaja. Perkakasan yang dibeli selain dari pengedar TuneBoss tidak akan berfungsi kerana ia perlu diaktifkan menggunakan kunci elektronik yang hadir sekali dengan kit ShiftBoss.

Sama seperti ECU TuneBoss, ShiftBoss 2.0 juga boleh didapati di 49 pengedar sah TuneBoss di seluruh Malaysia. RR

Popular

  • Yamaha Kali Ini Lebih Agresif Dengan RW700

  • Model Baru

    KTM 790 Duke 2027 Tampil Dengan Beberapa Pembaharuan

  • Model Baru

    Honda CRF1150L Africa Twin Enduro Sports Diperkenalkan

  • Warta Roda

    Yamaha BLU Universe Pertama Dibuka di Serdang

  • Model Baru

    APRILIA RS 457 GP Replica Dilancarkan. Harga RM35,900

Artikel berkaitan

DJI Osmo 360 II Dilancarkan - Tawar Rakaman 360 Bersama 8K/60FPS

LS2 Perkenalkan Barisan Produk Baharu, Bakal Masuk Pasaran Malaysia Bermula September 2026

ARC Helmet Pertontonkan Topi Keledar XRS Star Wars Special Edition

Helmet Alpinestars Supertech R10 Dilancarkan. Harga bermula dari RM3,999

Continental SportAttack 5: Tayar Supersport Baharu

GIVI Lancar Tiga Topi Keledar Baharu

GIVI XSPACE Dilancarkan - Bermula RM1,600

Continental Tires bakal rancakkan pasaran tayar motosikal negara

Disyorkan untuk anda
Warta Roda

Honda ADV160 RoadSync Kini Dengan Warna Perlumbaan Trico

Boon Siew Honda Sdn. Bhd. memperkenalkan Honda ADV160 Trico Edition dengan Honda RoadSync, yang menampilkan corak warna merah, putih dan biru yang telah membawa semangat perlumbaan Honda sejak sekian lama.

Model Baru

Ducati Panigale V4S 2027: Lebih Moden & Lebih Berkuasa

Ducati terus menhangatkan pasaran superbike dengan melancarkan Panigale V4 S 2027, sebuah jentera sport yang menggabungkan enjin Desmosedici Stradale V4, Sistem Saspensi Elektronik Öhlins dan rekabentuk aerodinamik yang diinspirasikan daripada dunia perlumbaan.

Model Baru

Aveta Falcon 180 Diperkenalkan - RM9,798

Aveta Malaysia secara rasminya memperkenalkan Falcon 180 untuk pasaran negara.

Dari Litar

SIC Sasar 200,000 Pengujung Tahun Ini, Hakim Danish Bakal Menjadi Tumpuan di GP Malaysia

PETRONAS Grand Prix of Malaysia 2026 bakal kembali berlangsung di Litar Antarabangsa PETRONAS Sepang (SIC) dari 30 Oktober hingga 1 November ini.