RodaRoda
☰
Isu Terkini

Oktober 2024

Warta Produk / 4 April 2022

Tayar Cheetahking KIN 6240 - Luar Jangkaan

Sehingga artikel ini ditulis, kami telah menunggang uji tayar berjenama Cheetahking sejauh 2,450 kilometer dalam masa tepat satu bulan yang merangkumi pelbagai jenis laluan, permukaan jalan dan cuaca. Daripada pengalaman memacu jentera bersama tayar ini, kami cukup kagum dengan tahap cengkamannya khusus untuk model KIN 6240.

Cheetahking diedarkan oleh Teck Hin Motor Trading Sdn Bhd yang telah berada di persada pasaran pelincir dan tayar automobil sejak tahun 1968 lagi. Tayar-tayar keluaran Cheetahking terdiri daripada Tayar Berprestasi Tinggi (High Performance Tyres), Tayar Berprestasi (Performance Tyres) dan Tayar Lasak (Off Road – Trail Tyres).

Tayar yang diuji ini (KIN 6240) bersaiz 90/80-17M/C (38P) di depan dan 120/70-17M/C (58P) di di belakang. Model yang diuji ini adalah dalam keluarga Tayar Berprestasi Tinggi termasuk beberapa model lain seperti KIN 08, KIN 88, KIN 100, KIN 200, KIN 900, KIN 6170 dan KIN 72.

Untuk KIN 6240, ia ditawarkan dalam dua varian iaitu jenis tiub dan tanpa tiub. Model ini disempurnakan dengan sebatian Medium Hard yang dinyatakan memiliki daya kemampuan untuk perjalanan sejauh 10,000 kilometer.

KIN 6240 ini memiliki corak bunga yang berbentuk seperti 'kilat' yang bukan sahaja cantik tetapi menawarkan tahap cengkaman yang lebih baik khususnya pengaliran air sewaktu berada di permukaan basah.

Prestasi tayar Cheetahking ini di waktu panas dan di jalan yang kering cukup mengagumkan. Selain menggunakannya sepanjang hari untuk perjalanan bertugas sejauh 72 kilometer (pergi-balik), kami turut menguji tahap cengkamannya di lebuhraya dan di laluan -laluan berliku.

Bunga tayar Cheetahking KIN 6240 memiliki kawasan 'footprint' yang besar untuk lebih cengkaman dan ia cukup membantu pengendalian di laluan berselekoh lebih yakin. Ketika berada di jalan Kuala Klawang, Negeri Sembilan, kami betul-betul seronok dapat mengambil setiap selekoh dengan agak laju.

Kami menukar laluan menuju ke Temiang – Pantai – Pajam. Sempat juga melalui kawasan kampung yang baru dinaiki air. Jalan yang masih berair dan lumpur memerlukan cengkaman tayar dan kawalan jentera yang baik. Namun begitu, apabila berada di kawasan begini, logiknya kita pasti akan memperlahankan kelajuan tidak kiralah sedang menggunakan tayar apa sekali pun. Jangan sengaja cari penyakit.

Begitu juga apabila menunggang di dalam hujan, tahap cengkaman tayar menjadi lebih rendah dan untuk KIN 6240, ia bukanlah dicipta khas untuk lebih cengkaman di dalam hujan. Ini kerana rekacorak bunga tayarnya yang memang lebih sesuai dan selamat di jalan-jalan kering.

Namun begitu, Cheetahking turut memiliki tayar yang lebih sesuai untuk tunggangan dalam hujan seperti KIN 6170 (jenis tiub/tanpa tiub). KIN 6170 diberi gelaran 'King of The Rain” kerana tahap pengaliran air pada bunga tayarnya cukup efisyen.

Sedikit perkongsian tentang cara menunggang di dalam hujan dengan selamat. Selain menggunakan tayar berkualiti, kita juga perlu awasi beberapa perkara seperti:

  1. Elak daripada berada di atas Garisan Bercat terutama sekali ketika di jalan berselekoh atau ketika berhenti dengan tiba-tiba. Garisan Bercat ini sangat-sangat licin.
  2. Elak menunggang laju di jalan permukaan konkrit seperti di kawasan perniagaan atau pusat komersil atau di lorong memandu/menunggang dalam kondominium.
  3. Jika ingin menyambung semula perjalanan

selepas hujan, jangan terburu-buru. Keadaan permukaan jalanraya selepas hujan agak berbahaya. Terdapat banyak sampah, kesan tumpahan minyak, pasir, kaca dan lain-lain.

Memecut laju di selekoh panjang Lebuhraya Karak tidak memberikan sebarang masalah. Kita dapat rasakan gigitan tayar ini yang cukup baik di laluan sebegini termasuklah apabila kita menarik tuas brek dengan keras. Melekat!

Secara keseluruhannya, Cheetahking memiliki produk tayar yang cukup mantap dan dijual pada harga mampu milik. Kami dah rasa lebih daripada 2,000 kilometer dengannya dan perjalanan tidak terhenti di sini, masih ada banyak tempat akan kami terokai dengan Cheetahking selepas ini.

Harga untuk tayar-tayar Cheetahking adalah dalam lingkungan RM50 hingga RM180 bergantung kepada saiz dan model. RR

Isu Pada

Februari 2022

Popular

  • Yamaha Kali Ini Lebih Agresif Dengan RW700

  • Model Baru

    KTM 790 Duke 2027 Tampil Dengan Beberapa Pembaharuan

  • Model Baru

    Honda CRF1150L Africa Twin Enduro Sports Diperkenalkan

  • Warta Roda

    Yamaha BLU Universe Pertama Dibuka di Serdang

  • Model Baru

    APRILIA RS 457 GP Replica Dilancarkan. Harga RM35,900

Artikel berkaitan

DJI Osmo 360 II Dilancarkan - Tawar Rakaman 360 Bersama 8K/60FPS

LS2 Perkenalkan Barisan Produk Baharu, Bakal Masuk Pasaran Malaysia Bermula September 2026

ARC Helmet Pertontonkan Topi Keledar XRS Star Wars Special Edition

Helmet Alpinestars Supertech R10 Dilancarkan. Harga bermula dari RM3,999

Continental SportAttack 5: Tayar Supersport Baharu

GIVI Lancar Tiga Topi Keledar Baharu

GIVI XSPACE Dilancarkan - Bermula RM1,600

Continental Tires bakal rancakkan pasaran tayar motosikal negara

Disyorkan untuk anda

Yamaha Kali Ini Lebih Agresif Dengan RW700

Warta Roda

Kisah Di Sebalik Penciptaan Honda CB1000F

Haramoto-san merupakan Ketua Projek Utama (Large Project Leader, LPL) di Honda yang mengetuai pembangunan CB1000F; sebuah motosikal jalanan gaya retro yang mengambil inspirasi daripada jentera lumba ikonik milik ‘Fast Freddie’.

Model Baru

Honda PCX160 Kembali ke Malaysia Selepas 6 Tahun - RM12,998

Honda PCX160 tiba semula ke pasaran negara pada harga RM12,998.

Warta Roda

Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026 Lebih Meriah... Lebih Mencabar

Seramai 393 penunggang motosikal dari seluruh negara menyertai Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026 yang berlangsung di Gerik, Perak pada pertengahan September yang lalu.