RodaRoda
☰
Isu Terkini

Oktober 2024

Warta Produk / 25 Januari 2023

Pirelli Diablo Supercorsa V4 Dilancarkan

Tayar Pirelli, khususnya model Supercorsa menjadi pilihan di kalangan ramai penunggang motosikal superbike di Malaysia. Mereka berpendapat bahawa tayar tersebut dapat memberikan tahap cengkaman yang amat baik, tidak kira di atas litar mahupun di atas jalanraya.

Kini, Pirelli telah melancarkan Supercorsa generasi baharu iaitu Pirelli Diablo Supercorsa V4. Sebenarnya terdapat dua versi, iaitu Supercorsa SC serta Supercorsa SP, bergantung kepada jenis compound. Namun, kedua-duanya berkongsi corak "bunga" yang sama.

Versi SC ini bermaksud Special Compound (Kompaun Istimewa) dan bagi kegunaan di atas litar. Pirelli berkata versi baharu ini menggunakan kompaun baharu yang telah direka untuk memberikan lebih banyak cengkaman di dalam selekoh berbanding dengan V3. Ia juga mempunyai "badan" (carcass) yang lebih keras bagi membolehkan pecutan keluar selekoh yang lebih baik serta kestabilan ketika kelajuan tinggi.

Versi SC ini pula dibahagikan kepada 3 jenis kompaun iaitu SC1, SC2, SC3.

SC1 menggunakan kompaun paling lembut untuk kegunaan di atas permukaan litar yang kurang kasar pada kepanasan yang tinggi. SC2 pula bagi permukaan litar yang lebih kasar serta haba cuaca yang lebih sejuk. Kompaun SC3 merupakan kompaun paling keras dan sesuai bagi kegunaan sesi litar yang berpanjangan ataupun perlumbaan endurance (lasak).

Versi SP ini bukanlah tayar yang dikhususkan untuk kegunaan di atas litar, tetapi ia direka bagi menggabungkan kegunaan di atas litar serta ketahanan untuk kegunaan harian. Oleh itu, ia menggunakan dua kompaun untuk tayar depan dan belakang. Kompaun di bahagian tengah lebih keras, manakala kompaun di tepi lebih lembut untuk anda yang suka "melayan" selekoh.

Tayar ini baharu sahaja dilancarkan di Eropah jadi ia akan mengambil masa untuk tiba di tanahair kita.

Popular

  • Yamaha Kali Ini Lebih Agresif Dengan RW700

  • Model Baru

    KTM 790 Duke 2027 Tampil Dengan Beberapa Pembaharuan

  • Model Baru

    Honda CRF1150L Africa Twin Enduro Sports Diperkenalkan

  • Warta Roda

    Yamaha BLU Universe Pertama Dibuka di Serdang

  • Model Baru

    APRILIA RS 457 GP Replica Dilancarkan. Harga RM35,900

Artikel berkaitan

DJI Osmo 360 II Dilancarkan - Tawar Rakaman 360 Bersama 8K/60FPS

LS2 Perkenalkan Barisan Produk Baharu, Bakal Masuk Pasaran Malaysia Bermula September 2026

ARC Helmet Pertontonkan Topi Keledar XRS Star Wars Special Edition

Helmet Alpinestars Supertech R10 Dilancarkan. Harga bermula dari RM3,999

Continental SportAttack 5: Tayar Supersport Baharu

GIVI Lancar Tiga Topi Keledar Baharu

GIVI XSPACE Dilancarkan - Bermula RM1,600

Continental Tires bakal rancakkan pasaran tayar motosikal negara

Disyorkan untuk anda
Model Baru

Suzuki GSX-8TT 2027 Tampil Dengan Warna Merah Serba Baru!

Jentera 'retro-moden', Suzuki GSX-8TT bakal memasuki tahun model 2027 dengan perubahan yang cukup menarik dengan memperkenalkan warna Candy Daring Red.

Warta Roda

Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026 Lebih Meriah... Lebih Mencabar

Seramai 393 penunggang motosikal dari seluruh negara menyertai Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026 yang berlangsung di Gerik, Perak pada pertengahan September yang lalu.

Yamaha Kali Ini Lebih Agresif Dengan RW700

Model Baru

Aveta Nova 250 G Elite Edition Diperkenalkan! Harga asas RM14,888

Aveta Malaysia terus mengukuhkan kedudukannya dalam pasaran motosikal Malaysia menerusi pembukaan rasmi G Elite Motor – Aveta Elite Centre di Shah Alam, Selangor.