RodaRoda
☰
Isu Terkini

Oktober 2024

Warta Produk / 27 Februari 2023

Asal-usul dan Sejarah Pembuat Helmet Shoei

Shoei merupakan satu jenama helmet yang amat terkenal dan disegani sekarang tetapi mereka bermula dengan cara yang amat sederhana.

Namun, mereka telah berjaya memperkenalkan beberapa inovasi yang telah menjadi ciri-ciri kebiasaan pada helmet zaman sekarang. Kita mungkin boleh berkata helmet moden tidak berbentuk atau berciri seperti yang ada sekarang tanpa inisiatif Shoei. Antaranya ialah lubang pengaliran udara, visor yang dipasang dengan mekanisma dalaman (tanpa penutup bahagian luar). Tambah lagi helmet yang diperbuat daripada bahan gentian karbon yang menjadi pujaan ramai juga dipelopori oleh Shoei.

Marilah kita imbas kembali.

Asal-usul syarikat ini sebenarnya berkait rapat dengan Kamata Polyester Co. yang ditubuhkan pada 1954. Ia menghasilkan helmet bagi industri pembinaan.

Salah seorang ahli keluarga tersebut, Eitara Kamata, juga membuka sebuah restoran Jepun bernama Edogin serta sebuah hotel yang bernama Kamata Ryokan di Tokyo. Pada masa yang sama, pengasas Honda Motor Co., Soichiro Honda dan kawannya Kiyoshi Kawashima sering berkunjung ke kedua-dua tempat apabila mereka melawat Tokyo dari Hamamatsu. Kawashima merupakan penunggang pembangunan yang pertama untuk syarikat Honda, dan dia kemudiannya menjadi Presiden Honda Motor Co. setelah Soichiro bersara.

Kamata dan Kawashima akhirnya menjadi kawan karib, dan Kamata juga sangat mengagumi helmet yang dipakai oleh rakannya kerana ia dicat secara "custom."

Kamata akhirnya berpisah dengan perniagaan keluarganya dan memulakan satu syarikat baharu yang dinamakan Shoei Kao Co., Ltd pada 1959. Ia menghasilkan topi keledar serbaguna pada mulanya, sebelum beralih kepada helmet motosikal pada 1960. Syarikat baharu ini menunjukkan potensi mereka sejak awal lagi dan pada 1962, helmet motosikal mereka merupakan helmet yang pertama sekali yang diluluskan oleh Piawaian Perindustrian Jepun (Japan Industrial Standard - JIS).

Syarikat itu pernah ditanya apakah maksud nama SHOEI, dan seorang wakil berjawab, "Shoei bukanlah suatu perkataan yang sah dan ia tidak membawa sebarang maksud. Tetapi, kitaran masa di Jepun mengikut kitaran dinasti dan maharaja. Ia merupakan era dinasti Showa pada 1959. Oleh itu, 'Sho' dipilih sebagai abjab-abjab di depan, disambung dengan nama pengasas 'Ei' (daripada Eitaro) yang menghasilkan SHOEI."

Justeru, cara penyebutan nama itu ialah "Sho-Ay" dan bukan "Shu-Ee."

Shoei telah berkembang pesat selepas itu serta memperkenalkan beberapa perkembangan terbaharu dalam dunia helmet motosikal.

1963 - Shoei menunjukkan jiwa bersaing mereka apabila memperkenalkan helmet perlumbaan Shoei yang pertama, SR-1.

1965 - Honda Motor Co. menyenaraikan helmet Shoei sebagai sebahagian daripada banjaran produk Honda Parts and Accessories. Ini membuatkan Shoei lebih popular dan senang diperolehi.

1967 - Produksi helmet muka penuh (full-face) yang pertama bermula, Shoei SR-Z.

1968 - Kilang di Ibaraki yang didiami sehingga sekarang telah siap dibina.

1976 - Shoei GR-Z, helmet yang diperbuat daripada gentian karbon yang pertama di dunia diperkenalkan.

1983 - Shoei Z-100 dengan visor yang diperbuat secara pengacuan suntikan dan spoiler dagu yang pertama di dunia diperkenalkan.

1984 - Shoei memperkenalkan helmet-helmet dengan liang udara (vents) yang pertama di dunia iaitu RF-102V dan TJ-201V.

1987 - Wayne Gardner memenangi Kejuaraan 500cc Dunia dengan memakai helmet Shoei.

1988 - Eddie Lawson memenangi Kejuaraan tersebut, juga dengan memakai helmet Shoei.

1990 - Helmet yang pertama di dunia memasangkan visor dengan mekanisma dalaman, Shoei X-18 diperkenalkan. Ia tidak menggunakan penutup luaran.

1991 - Model VF-X bagi kegunaan off-road diperkenalkan.

1992 - Wayne Rainey memengangi Kejuaraan 500cc Dunia kali ketiga buat dirinya, juga dengan memakai helmet Shoei.

1993 - Helmet Shoei X-8SP dengan span EPS dengan dua bahagian yang berlainan diperkenalkan.

1999 - Giliran Alex Criville memenangi kejuaraan 500cc.

2003 - Model Shoei XR-1000 dilancarkan.

2006 - Model Shoei Multitec merevolusikan pasaran helmet flip-up.

2011 - Terowong angin di Ibaraki mula beroperasi.

2011 - Model Neotec flip-up yang pertama dilancarkan dan terus mendapat sambutan hangat.

2012 - Model GT-Air diperkenalkan dan menjadi helmet touring yang paling maju.

2013 - Model NXR untuk kegunaan jalanan dilancarkan.

2013 - Marc Marquez memenangi Kejuaraan MotoGP yang pertama buat dirinya.

2015 - Model X-Spirit 3 diperkenalkan dan dikenali sebagai helmet perlumbaan  yang paling maju.

2015 - Model muka terbuka (open-face) JO diperkenalkan.

2021 - Prototaip helmet Shoei Opticson yang mencirikan skrin HUD diperkenalkan. Ia kemudiannya mula dijual di Jepun pada September lepas, dan ini membuatkannya helmet HUD yang pertama di dalam pasaran.

2022 - Helmet Shoei X-SPR Pro dilancarkan di dalam MotoGP dan ia merupakan helmet perlumbaan yang paling unggul.

Popular

  • Yamaha Kali Ini Lebih Agresif Dengan RW700

  • Model Baru

    KTM 790 Duke 2027 Tampil Dengan Beberapa Pembaharuan

  • Model Baru

    Honda CRF1150L Africa Twin Enduro Sports Diperkenalkan

  • Warta Roda

    Yamaha BLU Universe Pertama Dibuka di Serdang

  • Model Baru

    APRILIA RS 457 GP Replica Dilancarkan. Harga RM35,900

Artikel berkaitan

DJI Osmo 360 II Dilancarkan - Tawar Rakaman 360 Bersama 8K/60FPS

LS2 Perkenalkan Barisan Produk Baharu, Bakal Masuk Pasaran Malaysia Bermula September 2026

ARC Helmet Pertontonkan Topi Keledar XRS Star Wars Special Edition

Helmet Alpinestars Supertech R10 Dilancarkan. Harga bermula dari RM3,999

Continental SportAttack 5: Tayar Supersport Baharu

GIVI Lancar Tiga Topi Keledar Baharu

GIVI XSPACE Dilancarkan - Bermula RM1,600

Continental Tires bakal rancakkan pasaran tayar motosikal negara

Disyorkan untuk anda
Dari Litar

Marco Bezzechhi Cemerlang di Mandalika

Marco Bezzecchi mencuri tumpuan apabila menjuarai Grand Prix Indonesia di Litar Antarabangsa Mandalika, sekali gus menghidupkan semula cabarannya dalam perebutan gelaran dunia MotoGP 2026.

Model Baru

Honda PCX160 Kembali ke Malaysia Selepas 6 Tahun - RM12,998

Honda PCX160 tiba semula ke pasaran negara pada harga RM12,998.

Model Baru

Ducati Panigale V4S 2027: Lebih Moden & Lebih Berkuasa

Ducati terus menhangatkan pasaran superbike dengan melancarkan Panigale V4 S 2027, sebuah jentera sport yang menggabungkan enjin Desmosedici Stradale V4, Sistem Saspensi Elektronik Öhlins dan rekabentuk aerodinamik yang diinspirasikan daripada dunia perlumbaan.

Model Baru

CFMOTO 500SR Dilancarkan - RM29,988

CFMOTO Malaysia melancarkan 500SR sempena MotoGP Malaysia 2026.